"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, July 4, 2015

Shopping Raya di Zmar Apparel Shoppe !

Assalamualaikum..
hye semua :D
Punyalah sibuk promote kan barang orang lain, sampai diri sendiri lupa yang kte ni pun berniaga..hahaa..lupa nak promote barang sendiri :P aduhaiii.. 
Syira jadi vendor di Butik Zmar Apparel Shoppe sejak April 2015 yang lalu. Alhamdulillah...berniaga biasalah ada pasang surut but ni permulaan yang baik. :) i'm happy !
NAK RAYA DAH NI ! JOM SHOPPING ^_^

Telekung ni kainnya sangat best oke ! tak jarang, sejuk..and corak sangat lawa :D
paling best design kat bahagian muka, nampak kemas sangat !
macam-macam warna ada, pilih je nak mana di Zmar Apparel Shoppe !
serbuuu cepattt !



ada yang dah serbu butik Zmar Apparel Shoppe ke belum ??
Alaa..tak susah pun nak cari..dekat je dengan butik SBU..
sambil belajar, berblog..Syira nak cari duit sikit..mula jadi vendor dulu..
Rezeki Allah bagi kan :) kita usaha je..

Kalau korang nak tahu, di butik ni banyak lagi vendor lain juga tau !
tapi kalau pergi wajibbb beli koleksi by Syira Lokman ! 
wajib oke..
hehe..limited pieces tauuuu  :D semua dibawah harga RM100...dress pun RM79 je okeee ! 
Takde yg lebihhhh..syokkk kannn ? kalau tempat lain beratus-ratus..beli koleksi by Syira Lokman..semua berpatutan !

Antara barangan Syira Lokman (vendor) yang  dijual di butik ini ialah :

  • shimmery bawal square (boleh pakai depan belakang, mudah bentuk, senang iron)
  • knit t-shirt
  • cotton cardigan
  • wool cardigan 
  • cardigan leopard
  • prada lace exclusive blouse
  • eyelash dress
  • baju kurung lace
  • kurti blouse
  • telekung
  • songket blouse and many more :D



Shimmery bawal square ni keluaran exclusive by Syira Lokman tau !
korang takkan jumpa di mana-mana bawal sama macam ni..
tailormade and sangat selesa dipakai !
yang bestnya tudung ni..kalau korang pakai hari ni,lepas tu mesti nak kena gantung elok sebab esok or lusa nak pakai balik kan ? tapi tudung ni, korang tindih lah dengan beberapa helaian tudung yang lain, confirm bila pakai semula tanpa iron still mudah bentuk !
kalau memang siap pin tu, sarung je ! 
mudah and cepat tau !

Allah..nak cerita kelebihan bawal square ni banyak !
cuba dulu baru tauuu..hanya RM30 sahaja !

  • kain berkualiti
  • tak jarang
  • mudah bentuk
  • shimmery
  • pelbagai warna menarik
  • mudah iron dan tak mudah kedut
  • saiz 1m x 1m 
  • boleh dilabuhkan dan digayakan mengikut citarasa anda.


So jangan lupa singgah Butik Zmar Apparel Alam Avenue di Shah Alam !
banyak juga vendor lain di butik tu..
datang shopping and borong semua tudung and bajuu tauuu !
 Ada macam macam warna and
paling penting..
HARGA BERPATUTAN !

Tiada yang melebihi RM100 punnn :D
syokkann :D
..nak rayaaa ni..cepat rebut beli dress, baju, tudung murah murahhh :D


Jom dapatkan pakaian exclusive by Syira Lokman di 
Butik Zmar Apparel Alam Avenue !
Sambil tu boleh cuci mata tengok barangan vendor lain dan owner butik tu sendiri :D


Alamat :
E-23-G,Alam Avenue 2, Jln Serai Wangi M 16/M,Seksyen 16, Shah Alam 

No telefon :
0172045027, 0137147816 

Waktu operasi:

Pengalaman di Henry Gurney dan CCRC.

Assalamualaikum
hye semua :)

Sepanjang tahun pertama menjadi pelajar kaunseling di Universiti Malaya, sebaik yang boleh Syira cuba sertai pelbagai aktiviti yang beri pengalaman berbeza.
Rezeki.
3 tempat berjaya dijejaki sepanjang 2 sem ini. Pusat Koreksional Dungun, Cure and Care Rehabilitation Center dan Sekolah Henry Gurney.
Siapa sangka masih berada di tahun pertama namun diberi kepercayaan untuk menjadi Pengarah Projek Masih Ada Yang Sayang di Cure and Care Rehabilitation Center.
Peluang emas untuk ke tempat kawalan seperti ni.

Pengalaman menjejakkan kaki ke 3 tempat istimewa ini amat menyentuh hati. Tidak semua gambar semasa program boleh dikongsi.
Tapi untuk entry kali ini Syira hanya ingin berkongsi rasa dan pengalaman. 
Perkongsian dengan penghuni di ketiga-tiga tempat ini amat memberi kesan. Disebalik persepsi masyarakat, jiwa mereka tidaklah seteruk tanggapan dunia. 

Aktiviti dan perkongsian bersama mereka membuka minda tentang apa yang tersurat dan apa yang tersirat.
Pelbagai cerita, emosi suka duka..
Setiap dari mereka ada "jiwa sepi" yang bersembunyi,
Ada impian yang belum lengkap dikecapi..
Hidup bersama "keluarga" senasib yang sama..
Hidup mengharap masih ada harapan buat mereka.

Pelbagai usia ,pelbagai kisah.
Ada antara mereka di pangkat adik adik dalam lingkungan umur 14 tahun - 19 tahun. Cuma jalan ceritanya tak sama dengan remaja di luar sana yang bebas membuat apa sahaja dan terbentuk elok dengan pantauan ibu bapa. Mungkin orang luar menganggap mereka bengis, agresif dan sukar diatur,tetapi mereka di sini juga bertingkah laku sama macam remaja lain yang aktif, mesra, selesa untuk berkongsi dan teruja untuk mencuba pelbagai perkara baru. Biasalah, itu jiwa mereka.
Bezanya adalah kehidupan remaja mereka terkurung di balik pagar besi.

Melalui aktiviti yang kami selitkan, jelas terlihat pelbagai impian yang dilakar.  Banyak yang kami belajar daripada mereka melalui sesi perkongsian.
Sebenarnya bila join program sebegini, bukan kita membawa ilmu kepada mereka, sebenarnya mereka memberi ilmu pada kita.
Lantunan cerminan masa silam terpalit silaunya demi membentuk masa depan insan lain.
Penerimaan tanpa syarat, walau siapa pun mereka apa sahaja kisahnya, dengar dan fahami dengan empati. Berdetak hati bila dalam usia sebaya dengan adik di rumah tapi sudah mengenal dadah, samun bersenjata, bergaduh hingga membunuh dan mencuri. Mereka berkongsi dengan terbuka kerana bagi mereka, seronok bila ada yang sudi melawat dan teruja bila yang datang cuba meneroka tanpa membezakan kasta.

"berubah pun, orang still cakap kita jahat sebab kisah silam kita"
"takde siapa nak terima kami"


Itu label yang ditanam dalam pemikiran mereka. Buat lah apa sahaja hatta fail peribadi di bakar selepas mendapat pelepasan keluar, masyarakat tetap pandang hina kepada mereka. Satu peranan masyarakat yg gagal, bila tanggungjawab untuk sama sama membantu dipalit dengan budaya cerca dan mendabik pada kasta.
Masyarakat juga sering menuding jari salahnya dia, salahnya dia dan dia tanpa menuding jari itu ke arahnya sendiri, diri sendiri !
Kalau bukan kita yang mengambil peranan dan tangungjawab ini, siapa lagi ?
Andai bukan kita yang membantu, siapa lagi?

Semudahnya mereka ini "dilabel jahat" oleh manusia di luar gerigi besi sedangkan kisah mereka sebelum ditempatkan di situ tidak kita ketahui.
Kita berkata dan menyebarkan cerita tanpa selidik kisah sebenar di sebalik kejadian yang menimpa.
Mereka di sana kerana pelbagai kisah hidup, 
Sekiranya kesalahan yang dilakukan itu disengajakan, mereka selayaknya di situ..
tetapi..
ada sebahagian dari mereka yang teraniaya..akhirnya tersilap langkah..

Namun, semuanya hanya urusan antara mereka dengan Allah..
Allah yang selayaknya menghukum, bukan manusia. :)
Kita tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi semalam, tetapi kita boleh mencipta memori untuk hari esok.
Kisah nyata hidup mereka tidaklah seteruk drama, movie yang diarahkan oleh manusia.
Jahat-jahat mereka, Allah hantar ke ruang tirai besi cuci saki baki daki, sejahat-jahat kita masih lalai dengan dunia.
Entah siapa jejak syurga.kita atau mereka?

"Cerita hari ini bermula dari tirai semalam"

"..Dalam dunia ini, tidak pernah ada jiwa yang dilahirkan dengan sikap jahat, tidak pernah ada manusia yang diminta untuk dilahirkan sebagai pesalah dan memilih untuk hidup di balik tirai besi.. Setiap antara kita mempunyai jalan cerita sendiri untuk menentukan pilihan kehidupan yang terbaik, dan pilihan itu membawa kita untuk sedari, jalan putih atau jalan hitam yang kita pilih.. Jika seseorang itu dipandang atas dasar darjat dan kejayaannya, jangan pula ada seseorang yang lain disisih dan dimatikan rasa cintanya kerana sejarah lampau dan sejarah silamnya.."



Semoga ada cahaya yang lebih baik buat mereka yang pernah tersilap langkah ini. Semoga ditiupkan rasa kesal atas tiap kejahatan yang telah dibuat. 


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Langkah yang diambil dengan menubuhkan tempat sebegini demi "mendidik semula jiwa" mereka amat baik.
Nilai jiwa insan mulia yang membantu amat sukar dibalas.
Semoga manfaatnya diambil bersama demi membentuk peribadi insan masa hadapan.

Selama hayat masih ada, selama itu juga kita diberi pilihan untuk terus melakukan yang terbaik.
Rezeki juga pengalaman demi mencipta jejak jejak mimpi,
Agar coretan indah masa depan menjadi realiti ^_^
http://instagram.com/syira_lokman/


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah