"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, July 15, 2016

Buku SERENITY Syira Lokman dikritik ??

Assalamualaikum
hye semua :D

Buku  SERENITY by Syira Lokman ni dah 6 bulan di pasaran and mesti korang nak tahu sangat apa pendapat or komen-komen pembaca kan ?? ramai yang kritik or ramai yang puji ?? 
kalau nak tahu, jom baca sampai habis..




yeayyy..ni yg best ni, hehe...alhamdulillah, syukur sangat dengan sokongan semuaaaa ^_^ Ramai bagi feedback positif and tunggu buku ke 2..hehehe..buku ke 2 next year mungkin, doakan je !! masih dalam usaha menyiapkan manuskrip ke2 :) korang nak Syira kupas isu apa dalam buku ke 2 ?? boleh beri idea di ruangan komen or pm syira di facebook  :)


Buku ni kecil, ringan and mudah dibawa kemana-mana tau, senang je simpan dalam beg. Harga pun hanya RM20 ! Yang penting isinya padat :D Dah beli nanti, janga lupa hashtag ‪#‎serenitysyiralokman‬.
Share je komen-komen korang, boleh Syira perbaiki untuk buku seterusnya nanti :) Kalau ada cikgu-cikgu ke nak hadiahkan untuk student or sesiapa nak beli borong, boleh PM Syira Lokman di facebook or emel ---> syiralokman@yahoo.com.my :)

Anda boleh dapatkan buku SERENITY melalui :

1. Komrad Buku
2. Butik Zmar Apparel Shoppe, Alam Avenue, Shah Alam.
3. Bookcafe.com
4. Buku Halal
5. Ejen-ejen komrad
6. Kinokuniya
7. Mph bookstore
8. Popular bookstore
9. Kedai-kedai buku berhampiran anda.
10. Online seller.


Facebook Komrad Buku : Komrad Buku
Instagram Komrad Buku : @komradbuku



 Terima kasih buat semua pembaca serenitysyiralokman ^_^ Alhamdulillah setakat ni belum ada lagi komen-komen negatif,  semua super awesome punya komen, hehee...buku pertama kan, risau juga Syira...hehee, tapi takpe, if ada kekurangan Syira akan perbaiki untuk buku seterusnya ye :)
semoga buku ini menjadi inspirasi buat semua ^_^ sebarkan yang baik baik oke!! Syira harap sangat buku ni bermanfaat buat semua ! Syira nasihatkan if korang beli di kedai buku, better tanya terus di kaunter, ada sesetengah bookstores dan habis stok ya. Nanti sian pula korang penat-penat cari tapi tak jumpa.. ^_^

## Nak buku dipos terus ke rumah anda ??? order secara online > http://tinyurl.com/OrderBukuKomrad

# Cash on Delivery (cod) dibuat sekitar IPOH bermula 13 Julai hingga 1 September 2016 ! untuk order boleh DM Syira Lokman ^_^


#serenitysyiralokman #blogsyiralokman #universitimalaya #syiralokman #blogger #komradbuku #motivasi #puisi #monologhati #cashondelivery #astar #umisone #astarum #bukumurah #belibuku #buku #bukuterkini #ejenbuku #media #mediateam #sukarelawan #volunteermalaysia #karangkraf #ipoh #mphbookstores #kinokuniya #popularbookstores #smobookstores

Thursday, July 14, 2016

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak


Assalamualaikum
hye semua !!

klik banner di bawah untuk rebut duit raya RM50 :D

Giveaway tamat : 25.07.2016 jam 7.00 pagi
Pemenang akan diumum pada 25.07.2016 jam 8.00 pagi

Monday, July 11, 2016

OOTD# Selamat Hari Raya Aildilfitri.

Assalamualaikum
hye semua !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !
hehee..belum terlambat kan Syira nak wish. :P Tak update blog bukan sebab beraya sakan, tak sakan mana pun cuma makin malas nak update blog ni. Syira nak minta maaf andai ada silap dan salah sepanjang Syira menaip di blog ini. Sorry kalau ada terguris hati, ada perbezaan pendapat atau apa sahaja.

Apa yang syok lepas raya ni ialah Syira cuti 2 bulan :D so boleh bermalasan..hehee..kalau ada job nak bagi boleh PM/emel ye :D 
cuti ni kena siapkan manuskrip kedua, memang nak buat tapiii idea ke laut ! Korang doakan la Syira dapat idea nak tulis sesuatu yang bermanfaat buat semua. Tak sabar nak hasilkan #serenitysyiralokman yang kedua. InsyaAllah semoga Allah permudahkan segalanya :)

Btw, raya-raya ni confirm semua gegirlsss share #ootdraya kan. Syira pun nak share acah acah #ootdsyiralokman. Time raya la nak posing perasan cantikkk dari biasa :P

Tahun ni raya pertama satu family tema HIJAU. Syira beli baju kurung moden kat Mydin, kasut tahun lepas, shawl curi mama punya lagi..beg tak payah..blur kan background gambar guna phone sepupu..muahahha..


Baju purple ni mix and match je. Kain and baju beli di Kenanga Mall. Kain ni dah selalu pakai pergi kuliah, kali ni pakai untuk jenjalan hari rayaa :D kasut tahun lepas juga. Tudung bawal dari @butterflysyiralokman. Tahun ni mood malas, so semua redah je pakai apa ada. Janji konfidennnnnnn cantik dik non..haha


Ada lagi satu baju tapi tu kasi surprise dulu, kenapa ? hehee..sebab..ada la sebab dia. Kalau rajin Syira share, kalau malas lupakan saje.. *kelip kelip mata

Entry simple #ootdsyiralokmanraya :D Maafkan salah silap Syira ye semua !
Jumpa lagi di next entry !! Doakan Syira semakin rajin nak menaip..hehee..Jangan lupa beli dan baca #serenitysyiralokman. Buku motivasi pertama Syira Lokman yang mendapat status BEST SELLER dalam tempoh 3 bulan di pasaran :D



DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah