"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, January 21, 2018

Syira Lokman dalam Majalah Mingguan Wanita Januari 2018.

Assalamualaikum. 
Hai semua ! :D 

Rezeki dan permulaan 2018 yang sangat baik !.. 
Syira Lokman dalam Majalah Mingguan Wanita Januari 2018.


Tajuk : Tetap Cemerlang Walau Fokus Tiga Perkara Dalam Satu Masa.
 Menyingkap kisah sebagai pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kaunseling Universiti Malaya, penulis blog, dan penulis buku motivasi.

Alhamdulillah untuk artikel ni, sentiasa ada insan mulia yang beri peluang untuk Syira. 
Terima kasih team mingguan wanita
Terima kasih semua !!
Siapa nak tahu apa yang ditulis mengenai Syira Lokman, cepat cepat beli Majalah Mingguan Wanita and baca artikel ni. Semoga menjadi inspirasi !



Terima kasih setia menyokong blog Syira, beli buku motivasi Fragile dan Serenity. Alhamdulillah, blog ni dah berusia 6 tahun lebih dan masih belum berhabuk..hehe...
Rindu sebenarnya nak blogwalking tapi kalau mengadap blog je sampai tak siap assignment pun susah juga kan. So terpaksa la pandai-pandai bahagi masa.
2017 tahun yang agak sibuk. Banyak menangis nak siapkan tesis, assignment, projek persatuan lagi namun Syira berjaya hasilkan dua buah buku motivasi :D Menangis menangis pun kerja jalan..hahaa.. pelik dengan perangai sendiri tapi alhamdulillah berjaya harungi dengan bantuan ramai pihak.
Doakan buku seterusnya pula ya :)
InsyaAllah bermula Februari ini Syira akan mula internship sebagai kaunselor pelatih. Nervous sebenarnya tapi nak tak nak kena juga belajar menceburi dunia pekerjaan sebagai kaunselor kan. Semoga semua berjalan lancar. Doakan Syira jumpa jodoh juga tau..hahaha :P
smile emotico
Terima kasih juga kepada semua pemilik online shop, blogger yang sudi mendapatkan servis advertorial daripada Syira.
Syira harap semua puas hati dengan servis yang diberikan. 
Untuk sebarang urusan seperti sewa ruang iklan , review, bussiness, sponsorship or nak minta tolong Syira promote barang, ig, blog..boleh hubungi Syira bila bila masa oke..harga 2 angka sahaja untuk 1 entry kekal di blog :D
Syira nak tolong, sebab tu harga yang dikenakan untuk setiap perkhidmatan sangat murah !

Emel : syiralokman21@yahoo.com.my

Terima kasih semua yang mendoakan.. semoga semua murah rezeki ^_^
Syira sampai ke tahap ini pun disebabkan korang !
tak mudah sebenarnya tapi Syira yakin ...
Akan ada jalan buat mereka yang berusaha .
Akan ada rezeki buat mereka yang bersungguh sungguh ingin mendapatkannya
dan
Akan ada kejayaan buat insan yang berjuang kerana Tuhannya.

## Kalau nak baca apa kisah menarik yang Syira kongsikan..jom beli Majalah Mingguan Wanita !
Syira lokman dalam ruangan DEWI KAMPUS @mingguanwanita edisi 5 Januari 2018.


Wednesday, December 13, 2017

Lizzy Hijab - Murah, Berkualiti, Eksklusif !

Assalamualaikum.
hai semua ^_^

Bulan 12 ni ramai yang buat promosi hujung tahun sampai harga menjunam.
Boleh gugur jantung tengok macam-macam baju tudung cantik. Kali ni Syira nak share satu IG yang Syira dah borong tudung dia dengan rakusnya sebab harga tudung yang dijual RM15 & ke bawah guys !.. muahahaha.. nampak tak nafsu perempuan yang tak terkawal :P siapa tak gila kalau harga murah macam tu.



Instagram : @lizzy.hijab


Cantik tak ? cantik tak ? .. Syira tau korang nak puji tapi malu :p ..Cantik kan warna shawl ni. Dull Satin Shawl yang Syira pakai ni memang sangat selesa and flowy (code : lavender). Thank you @lizzy.hijab for this beautiful Dull Satin Shawl ! Syira dah jatuh cinta dengan shawl ni dan dah borong 5 warna lagi tau..hehee..

Sekarang @lizzy.hijab buat Year End Sale ! Semua tudung dijual dengan harga yang sangat murah.

🌻DULL SATIN SHAWL
🌻BAWAL CHIFFON
🌻BAWAL SAUDIA
🌻INNER LACE EYELASHES

SEMUA ITEM 👆 HANYA RM15 & KE BAWAH

Mana nak dapat harga ni kat tempat lain guys ?? 
Do follow @lizzy.hijab & direct ws lizzy (0137626010). 

Don't miss out @lizzy.hijab YEAR END SALE berakhir 17 Dis 2017 :D
Dah tak banyak pilihan warna, jangan merajuk kalau habis stok nanti.

Monday, November 20, 2017

Mug Rekaan Istimewa dari WePrintGift.

Assalamualaikum
hai semua :)


Image result for weprintGIFT MUG

Lama tak menaip kome oiiii..ada yang rindu Syira ke ? hehe...Syira sibuk menghabiskan detik-detik terakhir sebagai pelajar tahun akhir ni, insyaAllah cuti semester Syira akan update blog and tulis manuskrip semula. Next year intern pula :D
Syira pun rindu korang. Hari ni Syira curi-curi masa update blog sebab nak share something dengan korang.
Syira nak share barang custom made yang Syira baru tempah..hehee...
Sekarang ni dah menjadi trend semua benda nak di custom made untuk dijadikan koleksi peribadi kan. Syira sendiri pun kalau boleh memang nak macam-macam benda custom made. Sebenarnya Syira dah ada beg, buku, pen dan yang terbaru ni sebenarnya Syira dah ada mug sendiri! :D

Pernah dengar WePrintGift tak ? WePrintGift ni dah popular sangat dah. WePrintGift menawarkan sehingga 3,000 produk untuk korang pilih, dengan produk berkualiti tinggi, alat reka bentuk yang mesra pengguna dan kaedah percetakan yang tahan lama, jaminan wang 100% dan bantuan perkhidmatan pelanggan yang cepat. Tempah hari ni, tak lama lepas tu dapat. Mudah and cepat sangat kan? :D

WePrintGift menggunakan teknologi percetakan pemindahan haba, untuk mencetak foto, nama atau mesej mengikut reka bentuk yang korang nak. Korang boleh design guna alat reka bentuk yang WePrintGift sediakan dalam laman web atau design sendiri dalam Adobe Photo atau ilustrator, then upload and cetak je.
Syira pilih mug sebab mug ni benda yang memang selalu pakai, kalau tak nak guna pun boleh dijadikan hiasan. Tambah pula boleh letak gambar sendiri, memang rasa ekslusif la..hehehehe..

Beberapa ciri penting yang korang perlu tau berkaitan mug dari WePrintGift ni adalah :

  • seramik
  • 3.25 "diameter, 3.75" ketinggian
  • Terdapat dalam 11oz
  • Grade AA Mug dengan kualiti premium
  • Sepenuhnya dicetak dengan monogram, logo atau mana-mana imej di permukaan.
  • Jenis Glossy & Matte


Ni la mug Syira..comel kan ? hehee.. kalau korang nak juga, korang boleh ikut step di bawah ni untuk membuat pesanan dalam laman web WePrintGift.

Langkah 1 - Pilih produk.
Langkah 2 - Buat reka bentuk sendiri.
Langkah 3 - Tempatkan pesanan.


Jika korang memerlukan lebih banyak bantuan atau panduan untuk menempah, ikuti langkah kat bawah ni, mudah je guys:



So pa tunggu lagi ? nak beri hadiah untuk yang tersayang pun boleh..hehee..


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah