"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, May 27, 2016

Kehangatan Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2016.

Assalamualaikum
hye semua :)

Pada 13 Mei 2016 yang lalu telah berlangsungnya Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2016 !
 bertempat di Armada Hotel Petaling Jaya.
Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2016 adalah malam untuk meraikan para pelajar Kaunseling dan malam untuk mengeratkan hubungan yang utuh di antara mahasiswa dengan pensyarah serta Alumni (super senior).
*perghh perghhh perghhh..ayat buku sangat !! hahaa..




Tema dinner kali ni black, gold and silver :D macam biasa, Syira akan pakai dress and acah-acah princess sepanjang hari. Yang penting kena yakin baru nampak cantik je..hakhakk.. ni tips oke !



Tudung bawal leopard : booth, tesco
Blouse lace : tailor made (design by @syira_lokman).
Black sleeveless dress : RNRcollection
Gold clutch : kenanga mall (rembat mama punya :P)



Oke..jom bercerita tentang apa yang berlaku sepanjang majlis berlangsung pula.
Paling best makanan yang dihidangkan super sedap ! Syira dengan muka tak malu and tak cover ambil nasi,ayam,ikan,sayur,salad,kek,puding..ape lagi ape lagi ?? hahaha..semua yang ada di situ kte rembat sampai habis ! tapi still rasa tak puas makan sebabnya sepanjang majlis rasa nervous. Yela, dinner kali ni, kami pelajar tahun 2 yang kendalikan, so risau gimik jadi ke tak, majlis lancar ke tak tapi alhamdulillah semuanya baik and berjaya ! hehehe..tahniah TEAM MAKA 2016 ! :D seronok berkhidmat sebagai biro perhubungan luar yang bekerja di luar tugasan biro :P hehe..








sepanjang majlis haruslah bergambar sakan oke ! kenkonon dah lawa kan..bajet retis sana sini posing :P lari lari kejar pensyarah yang tiba tiba hot malam tu...rebut rebut semua nak bergambar dengan pensyarah.


Lagi 1 benda yang best adalah goodies bag !
dalam goodies bag tu ada shawl, cookies, air, keychain, buku and macam-macam lagi..printed shawl ada, instant shawl pun ada..
Dinner kali ni memang meriah dengan para sponsor hebat !



And again..Anugerah Dekan..alhamdulillah..nak bagi duit kat mama abah tiap bulan belum mampu, tapi bagi hadiah dekan ni tiap sem insyaAllah masih mampu..doakan je :)

Persembahan istimewa dari Wafa artis kebudayaan Universiti Malaya..serius Wafa comel sangat ! baju kembang macam barbie :D



Majlis malam tu kan, hadiah banyak sangat terutamanya untuk cabutan bertuah. kenkonon siap jampi nak bagi "terbertuah" no syira tapi ..tak dapet den nak nolong, totap bukan den yang monang..
takpe..rezeki orang lain kali ni..




Dinner kali ini tidak akan sehebat ini if takde sokongan dari para penaja ! banyak sangat yang sudi menaja kami tahun ni..terima kasih semua ! semoga dimurahkan rezeki ^_^
alhamdulillah diberi peluang untuk menjadi salah seorang dari ahli jawatankuasa dan hadiri majlis hebat ni...terima kasih semua yang terlibat !!
next year tema apa pula ?
nantikannn..hehehe..
kehidupan sebagai pelajar 2nd year kaunseling bakal berakhir, tunggu exam je 2 
wish me luck ! doakan ^_^
next year Syira jadi pelajar 3rd year ! *hemohemoo..
2 years to go ~~~



















15. Legacy Publication
16. Tanjak Pictura


Jangan serik nak sponsor...hehehe..jumpa lagi di Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni tahun depan :D semoga lebih meriah !!!


Thursday, May 26, 2016

#serenitysyiralokman di sudut PILIHAN TERBAIK!

Assalamualaikum
hye semua !!

Lamanyaaaa tak menaip dengan ikhlas...hahaa...yeayyy ! akhirnya semua assignment dah selesai and minggu depan minggu terakhir kuliah..
maknanya, lepas ni exam !! and sem depan jadi pelajar kaunseling tahun 3 pula..
tak tahu la nak sedih ke happy tapi rasa tenang sekarang :D
sebenarnya ni entry lama yang terperam..masih berfikir nak post ke tak and akhirnya Syira post la juga memandangkan mesti semua rindu nak baca blog ni kan ? hehehe 
*acah acah famous ~
Oke..ni tak ingat la bila tapi takpe, Syira cerita juga. Setelah sekian lama memerap dalam kawasan Universiti Malaya, Syira keluar juga dengan kawan-kawan semata-mata nak makan steamboat.
Nikmatnya bila kesibukan dapat ditepis :P
Masa ni kami makan steamboat di Sunway Pyramid then terus ke Taman Tasik KL :D
lama tak pergi sini, banyak tempat makin cantik rupanyaaa. Siap ada rumah buluh yang comel sangat !


Sampai je taman, misi memenuhkan kamera Aja Mashat bermula :D hehe..sian..asyik-asyik kamera Aja jadi mangsa. Phone Oppo kan, selfie selfieee..ooooooo ~~ selfie, selfie...heehe

   
And masa dekat Sunway tu, excited ajak kawan ke Popular Bookstore. Kononnya nak tengok buku sendiri di rak. Masuk je Popular terus nampak buku #serenitysyiralokman di sudut PILIHAN TERBAIK :D masa tu hanya tinggal 5 naskhah. Allah..rezeki lagi.
dulu asyik tengok buku orang lain je, sekarang nampak buku sendiri !

 So dengan menggunakan kamera Aja Mashat lagi, kami bergambar bersama buku !
..hehehe..baiknya korang, siap beli lagi buku serenity :D terima kasih Maisarah, Fikri, Aja and Farah sebab selalu support !


 Ramai bagi feedback positif and buku Serenity dah masuk cetakan kedua pun..
semoga buku ini menjadi inspirasi buat semua oke ! Yang dah beli jangan lupa tag gambar dengan hashtag #serenitysyiralokman.
Lepas ni if sesiapa nak dapatkan buku serenity, boleh dapatkan melalui : 

Order online:
-> WhatsApp 016 209 3151

JGN LUPA HASHTAG #serenitysyiralokman 

Tajuk: Serenity
Penulis: Syira Lokman
Penerbit: Komrad Buku
Harga: RM20 *tidak termasuk postage

Jom dapatkan buku motivasi santai gaya puisi dan monolog hati _SERENITY BY SYIRA LOKMAN_ follow @komradbuku @komradbuku @komradbuku

Confirm tak menyesal baca :D


Monday, May 23, 2016

Happy Birthday Syira Lokman.

Assalamualaikum
hye semua :)

21 MEI 1994 - 21 MEI 2016. 
22 TAHUN.


I look at myself and still feel like a little girl even though I am 22 y/o.
hmm..tak tahu nak tulis apa, tapi selalu tak puas kalau tulis pendek2..hehhe..
Minta maaf #blogsyiralokman sebab dah lama tak update. 
2 minggu sebelum exam ni perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Cepatnya masa berlalu. 
Lepas ni jadi pelajar tahun 3 #seniorkaunseling. Tunggu Syira cuti ye, nanti nak update blog banyak-banyak :D
Semoga makin gigih berusaha, positif, yakin yang rezeki manusia berbeza and hikmah Allah hebat kalau kita faham and terima :)
Harap-harap amalan juga bertambah seiring usia.
Ramai yang teruja nak jadi macam Syira Lokman. Bagus ada impian :) tapi..
"kalau nak jadi syira lokman, kena lalui hidup sebagai wan syahirah" :)
Yes, orang yang sama tapi kisahnya berbeza :)
Kalau kita percaya aturan Allah. Kita akan nampak macam-macam hikmah.
Sakit macam mana pun, Allah takkan biar hamba dia merana sorang-sorang.

Terima kasih buat semua yang wish and mendoakan kebaikan buat Syira.
Terima kasih support#serenitysyiralokman sampai jadi best seller.
Terima kasih support #blogsyiralokman,@butterflysyiralokman :) Terima kasih semua org yang setia saat jatuh bangun.

Terima kasih semua yang mendoakan.. semoga semua murah rezeki ^_^
Syira sampai ke tahap ini pun disebabkan korang !
tak mudah sebenarnya tapi Syira yakin ...
Akan ada jalan buat mereka yang berusaha .
Akan ada rezeki buat mereka yang bersungguh sungguh ingin mendapatkannya
dan
Akan ada kejayaan buat insan yang berjuang kerana Tuhannya.
Semoga kita sama2 berjaya dunia akhirat :)

yeayy..alhamdulillah..tq Allah ! i'm 22 ^_^



DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah