"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, September 28, 2014

Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya :D

Assalamualaikum
hye semua :)

Alhamdulillah sudah hampir 1 bulan berada di bumi UM. 
Setakat ini semuanya masih manis :D Semanis gula-gula :D hehe..

Mesti uollss ternanti nanti bila lah Syira nak mula story pasal kehidupan sebagai mahasiswi kannn..
Orang lain dah cerita awal-awal dah..hehe..
Syira saja bagi kome tertunggu-tunggu :P

Seperti kebiasaannya, pelajar baru diwajibkan melalui Minggu Haluan Siswa (lebih dikenali sebagai minggu orientasi).
ORIENTASI?? Satu perkara yang mula terbayang-bayang kena tidur lambat, bangun pukul 4-5 pagi, makan kena beratur panjang, penat, penat dan penat! 
ni lah yang Syira fikir sebelum masuk UM..Tetapi semua persepsi ini berubah bila menyertai Minggu Haluan Siswa di Universiti Malaya.
Setiap kolej kediaman akan menerima pelajar baru yang dikenali sebagai "freshie" dan freshie ni akan dijaga oleh Pemudah Cara Mahasiswa (PM) .

Syira ditempatkan di kolej kediaman pertama iaitu Kolej Kediaman Tuanku Abdul Rahman (ASTAR)
ni la kolej pertama yang dibina and confirm paling tua,paling legend :D
PM ASTAR memang TERBAIK :D
caring gilerrrrrr !

Awal-awal masuk selalu berharap agar Minggu Haluan Siswa habis cepat TETAPI ..sekarang dah rinduuuuuuu...tak sangka Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya sangat HEBAT !
Aktiviti yang dijalankan selama satu minggu ialah, taklimat, gotong-royong, senamrobik, pertandingan sukan dan seni serta diselitkan juga beberapa aktiviti kerohanian seperti tazkirah dan solat secara berjemaah.



Sebenarnya kalau nak diceritakan kemeriahan dan kehebatan Minggu Haluan Siswa memang takkan cukup 1 entry ni..tapi disebabkan kekangan masa dan "keperlahanan" wifi..terpaksalah Syira rangkumkan semuanya dalam satu entry ni..



Cantik takk ? :D
ni belon berwarna warni..serius Syira suka sangat..belon yang disinari cahaya handphone..hehe..sangatlah sweet ^_^





Saat masuk ke DTC, semangat semua freshie dan PM berkobar-kobar..kenapa ??
Semua kolej kediaman akan lawan cheers/sorakan kolej , mana yang lebih kuat dan padu tu lah sering menjadi perhatian ! :D
Tradisi Universiti Malaya yang masih dikekalkan ialah cheers,cheers dan cheers :D
Bila semua kolej berkumpul dalam Dewan Tun Canselor (DTC) habislahhh !

GEGARRRR DTC ! :D

boleh dikatakan cheers setiap kolej kediaman sangat HEBAT !



Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Minggu Haluan Siswa..
Yang lebih gempak ! Datuk Aznil Haji Nawawi, Datuk Seri Shabery Chik dan Mejar Dr Faiz pun datang tau :D
Kelasss uolllssss...

Embedded image permalink



Hari hari kami diserikan lagi dengan persembahan dari Palapes Laut dan Darat serta Suksis !
Siap ada "abang api" okeeeee :D
terkejutttt makkkk ~~


Oke ..siapa pula si cantik dan si ayu ini ?
yang belah kiri Syira tu nama dia Nabilah...roomate dari Sarawak :D
And yang belah kanan Syira dari Pahang..nama dia Aja :D
comel kan diorang..
geng bilik 206 semua senyummm pipi naikkk..hahaa..


Buruknya bila tengok muka sendiri time Minggu Haluan Siswa..macam zaman kawad kaki dulu..
secalit bedak pun kalau boleh malas nak sapu...haha..
sebenarnya gambar ni saja nak tunjuk aktiviti time kami menjelajah fakulti :D
Fakuti Pendidikan (Kaunseling)..bila bercakap mengenai Fakulti Pendidikan confirm semua akan cakap .. 
"bakal cikgu kaunseling la ni.."
sebenarnya statement tu salah sama sekali kerana specialnya pelajar kaunseling ni ialah mereka ditempatkan di bawah Fakulti Pendidikan tetapi takkan jadi cikgu tau..
jadi KAUNSELOR :D boleh bekerja di pelbagai sektor..
kalau nak jadi cikgu kena sambung belajar lagi setahun ~
..

ehem !
 gempak tak gempak la kann..sampaikan Aktiviti Minggu Haluan Siswa terpapar dalam akhbar Utusan Malaysia Sabtu 13 September 2014. 
### ASTAR terpilih..nampak la muka sikit belakang tu walau kecikkk ..hehe..~


Selepas satu minggu berlalu Minggu Haluan Siswa...
Bermulalah kuliah time :D
ALHAMDULILLAH..pensyarah semua TERBAIK !
Kawan best2 dan MERIAH ! :D
Nanti Syira cerita pasal kawan kawan kelas pula tau !
tunggu ~~~ :D



20 comments:

Erra Kyra said...

wahh meriah nya.. saya pun suke aktiviti2 macm ni:)

Indahnya Kehidupan said...

meriahnyaaa... Pak nil pun ada? Bestnya..

zuhaira nasrin said...

sama lahhh.ukm pon orientasi best giler.takde penat2,rushing2,hehe.
perang Dectar pon adaaa.selamat belajar syira! doakan sy juga >,<

Ann Ishak said...

meriah sungguh majlis :)

Farah said...

akhirnya ada juga update,,hihi.
Wah meriahnya! =D
Ni yang makin tak sabo nak sambung belajar ni, hahahaha...

Unknown said...

wah menariknyaa..

Unknown said...

Wahhhh Selamat kembali belajar Cik Kaunselorrr!! All the best.

Cik Kaunselor, saya tag awak join giveawayyy!!! Yukkk

http://lifesofkajiwara.blogspot.com/2014/09/paris-souvenirs-giveaway-by-jindrisska.html

Izza Sakura said...

pucatnya syira,pent ke

Izza Sakura said...

pucatnya syira,pent ke

Gee Lion said...

wahh... rindunya zaman dedulu..
untunglah ade artis! zaman sy dulu takde.. huhuhuhu...

salam kenal..!

Yanty Lee said...

Dear Syira!!!

Study rajin2 taw...

Isya said...

kakak sy pun hari tu bru msuk UM , buat degree kat situ

Qyu said...

Wahhh .. meriahnya .. mesti bestkan

Farah said...

Meriah sungguh meraikan student baru. Beri suntikan semangat untuk pelajar belajar bersungguh-sungguh.Good Luck dik.

Sukma said...

all the best Syira...

Umi Nazrah said...

minggu haluan siswa memang lejen. teringat2 memori minggu ni even dah 7 tahun dah. hahahhaa

Nadratul Syazwana said...

Kenapa macam seronok je? T.T Nad dulu awal awal kat uitm macam terseksa je hahaha

Karya Mahirah said...

Wah.. meriah sangat... dah lama tinggal dan rasa rindu pula... amboi nanti jadi cikgu kaunseling ke cik adik tu... hehe.. belajar rajin2 tau...

Lya Akif Imtiyaz said...

Meriahh ..hehehe

Unknown said...

Meriahnya Syira ;)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah