"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, October 18, 2015

FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM) 2015

Assalamualaikum
hye semua :D

korang nak makan pelbagai hidangan enak ?
nak join aktiviti menarik secara percuma ??
Jom serbu FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM) 2015 dan rasai kelainannya :D

Terdapat 8 zon program menarik yang disediakan !!
Boleh makan sedap-sedap. Ada pertandingan Futsal, Pentas Terbuka, Community Drum Circle dan Youth Fun Zone (Rollerblade dan Giant Bubble)...Pentas terbuka untuk kolej-kolej kediaman melakukan pelbagai jenis persembahan, tujuannya adalah untuk memberi ruang kepada para mahasiswa menyerlahkan bakat dan menyuntik semangat berpasukan...Korang juga boleh melawat mini zoo, menonton persembahan hebat dari pelajar dan para jemputan, sertai zumba fit, check gigi secara percuma dan sebagainya :D
Sambil berseronok, boleh bersama sama meraikan para graduan yang ada :D
mana tau lepas ni naik sikit motivasi diri untuk berjaya seperti mereka :D









Jemputan :

"Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Universiti Malaya akan menganjurkan Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) 2015 yang akan berlangsung pada 15 hingga 24 Oktober 2015 (Khamis-Sabtu).

Bagi pihak sekretariat, saya berbesar hati menjemput YBhg Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan ke Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2015 di perkarangan Dewan Tunku Canselor, Bangunan Canseleri dan Kompleks Perdanasiswa bagi memeriahkan acara. Festival yang saban tahun diadakan ini adalah bertujuan untuk meraikan para graduan Universiti Malaya, para pengunjung dan warga kampus yang hadir dengan pelbagai jenis gerai jualan, aktiviti dan program yang menarik. Selain itu juga, pihak sekretariat FESKUM juga akan berusaha untuk mengumpul dana bagi sumbangan ke Tabung Kebajikan Pelajar Universiti Malaya.

Kehadiran YBhg Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk hadir ke festival ini adalah sangat dialu-alukan.
Sekian, terima kasih."


“LEGASI KEUNGGULAN”

JOM BERSAMA MEMERIAHKAN FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA (FESKUM) BERMULA 15 HINGGA 24 OKTOBER 2015 ^_^

10 comments:

Busyra Bt Takiyudin said...

bestnyaaa

Siti Yang Menaip said...

tingat pulak zaman2 nak konvo..
tuanya trasa..

aiman mania said...

wuhuuuuuuuuuuuuuuuu....UUM pon akan ada pesta konvo mcm UM.....mmg ramai lah org duk tggu pesta konvo...port nak habiskan duit pon boleeee..ahahahhaa

bearyblossom said...

Zaman belajar dulu emi suka btol pergi pesta konvo. Macam2 aktiviti ada. Hehe. Emi dulu belajar kat UTHM. Btw jemput singgah ke blog emi :)

The Kehalusan Kelembutan said...

rindu, time blaja , bila konvo pi tgk lahai! tak sabaq nak konvo lagi

Zie Azi said...

zaman konvo dah lepas, ermmm. best kan

Nadia Bohari said...

hai syira :)

first jejak blog ni, rasa macam teruja. mana taknya. owner dia pun awesome and power ! hehe.. moga terus sukses !

jom singgah blog kita yang tak seberapa ;)

http://shoyumilks.blogspot.my/

ordinary wawa said...

Kalaulah UM tu dekat nak jer saya serbu. Heheh

http://angellovesoldier.blogspot.my/

Muhammad Khairuddin Lim said...

wah.....

Nabihah Rose said...

seronoknya :-)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah