"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, June 7, 2016

10 Tips Kumpul Pahala.

Assalamualaikum
hye semua !

Salam Ramadhan ! Ahamdulillah, hari ni dah masuk 2 ramadhan dan hari ni juga Syira exam. So far alhamdulillah semua oke and ada lagi 4 paper. 7 subjek untuk semester empat ni. Exam sambil berpuasa la kali ni..hehe..Cepat je masa berlalu and semester 4 bakal berakhir. Bulan Ramadhan kali ni dapat jemputan ke Majlis berbuka puasa dan beramah mesra bersama penulis best seller. Tapi atas beberapa kekangan, Syira tak dapat sertai sebagai penulis jemputan :( 
sedih...teringin nak join.. mungkin akan ada rezeki lain nanti kan.. Dah masuk dalam list penulis pun cukup seronok dah :D ni semua hasil sokongan pembaca buku pertama Syira iaitu #serenitysyiralokman. Syira takkan capai semua ni tanpa koranggg..
 ^_^ alhamdulillah..rezeki Allah banyak sangat kalau kita hargai kan ? banyak sangat hikmah Allah tunjuk lepas setiap ujian yang Allah bagi...yang penting kita kena yakin dengan Allah dan sabar. :)

Sedih tak dapat join tapi mood kena kawal.. nak exam kan..hehehe..
semoga dipermudahkan segalanya. All the best juga buat semua yang menghadapi peperiksaan and selamat berpuasa ! ^_^  tunggu Syira cuti baru Syira rajin tulis entry panjang-panjang :D

Ramai sibuk kumpul pahala kan, ni Syira share 10 tips kumpul pahala selain amalan dalam gambar di atas, Syira nak share tips yang boleh kita sama-sama amalkan bukan hanya di bulan Ramadhan ni tapi setiap masa :)

  1. Sentiasa doakan kebaikan orang lain dan bantu orang tanpa mengira bangsa.
  2. Dahulukan Allah dalam setiap perkara.
  3. Hormati orang lain, tak kira tua muda atau bangsa apa sekali pun.
  4. Apabila kita melihat keburukan orang lain, cepat-cepat imbas kembali keburukan kita agar kita tak mudah mengata.
  5. Kawal emosi sebaiknya, sabar dan bersangka baik.
  6. Berusaha dan jangan suka menangguh kerja.
  7. Semua orang melakukan kesilapan dan pernah melampaui batas, namun sebesar mana pun kesilapan itu, pintu taubat sentiasa dibuka, ruang keinsafan sentiasa ada.
  8. Harta dunia adalah ujian,tidak kekal untuk kita selamanya.
  9. Belajar dari Islam bukan orang Islam..kerana Islam itu sempurna tetapi orang Islam tidak sempurna.
  10. Berpegang kepada kata-kata ini "Allah dah tutup elok aib kita, kenapa kita nak buka aib orang?"


Jika kita melakukan sesuatu itu kerana terpaksa, mana mungkin wujud ikhlas didalamnya. Tetapi jika kita meredhakan keterpaksaan itu kerana kebaikannya. Yang keruh akan jadi jernih. Ikhlas-Nya akan nampak dengan sendiri.


Jom sama-sama doa semoga rezeki ‪#‎serenitysyiralokman‬ dan @butterflysyiralokman bertambah di bulan Ramadhan :)

-> http://tinyurl.com/OrderBukuKomrad
-> WhatsApp 016 209 3151

Semoga rezeki kita semua diberkati dan mendapat redha Allah ^_^

10 comments:

I N A A I N A A said...

Terima kasih atas perkongsian.. semoga kita sama-sama amalkannya.. InshaAllah

Muhammad Khairuddin Lim said...

nice sharing

Hanis Amanina said...

suka yang last tuu. "Allah dah tutup elok aib kita, kenapa kita nak buka aib orang?"
kadang2 kita buat tanpa sedar pun T_T

hanisamanina.com

The KehalusanKelembutan said...

salam syira nice sharing thanks! :)salam ramadhan too

dorsett pink said...

good reminder for those yang selalu lupa. selamat berpuasa syira

Fai Nardir said...

Fai doakan rezeki syiralokman bertambah di bulan Ramadhan ini.. doakan juga rezeki Fai dengan bisnes Shaklee bertambah berlipat kali ganda dari bulan sebelum ni.. (>___<)

Aqilah Azmi said...

thank share ni kak syira! :D <3

emalin mohd said...

Ramadhan Kareem. Semoga ibadah kita semua diterima Allah.

Nurina Izzati said...

nice tips.. terima kasih
jemput join GA http://www.nurinaizzati.com/2016/06/madinah-and-vietnam-souvenirs-giveaway.html

Kai Ssi said...

perkongsian yang baik..
salam ramadhan...

kaissi.my

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah