"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, June 30, 2016

Bermulanya cuti semester !

Assalamualaikum
hye semua !


Syira dah start cuti :D happynyaa..last exam 28 Jun lalu. Exam macam mana ? Alhamdulillah, tu je Syira boleh cakap..doakan Syira dapat result yang lebih cemerlang..hehee..Terima kasih semua yang banyak tolong Syira :)
Syira akan bercuti panjang sehingga awal September. 4 semester dah habis and tinggal lagi 4 semester. 

Macam-macam dah plan untuk cuti ni, nak blogwalking and insyaAllah jika ada rezeki nak buat giveaway :D lama sangat abaikan rakan-rakan blogger. Semester kali ni agak sibuk dari sebelumnya sebab tu sampai kadang takde masa nak blogwalking. Balik je dari kolej terus dapat job review, rezeki Ramadhan kan. Jualan baju di @butterflysyiralokman juga bertambah baik. Alhamdullilah, kadang lupa yang Syira berniaga, yelaaa..sibuk nak siapkan assignment, sesi kaunseling, presentation,  join projek, study untuk exam, jual buku, jual baju tudung telekung, tapi masih sempat nak update entry blog ni kadang-kadang. :)
Ni dah start cuti insyaAllah apa yang tertangguh and job review semua Syira akan ambil, PM ye..RM50 SAHAJA :D

Cuti kali nak hantar lebih banyak puisi ke majalah dan akhbar. Lagi satu yang tak boleh lupa, Syira nak kena siapkan pula manuskrip kedua, penerbit dah tanya dah. Alahai, #serenitysyiralokman baru lebih kurang 5,6 bulan di pasaran tapi sambutannya di luar jangkaan ! Ada di sesetengah kedai buku dah takde stok. Terima kasih semua yang dah beli #serenitysyiralokman ^_^

Semester depan Syira pelajar tahun 3 pula and hello thesis ! Sebelum kembali berjuang, Syira nak nikmati cuti ni dengan aman..hehee...
Doakan segalanya dipermudah ye. 
Dikesempatan ini Syira nak ucapkan selamat mengejar nikmat nikmat di penghujung Ramadhan ! ^_^
Semoga kita berada dalam lindungan Allah :)


4 comments:

syira yaya said...

Selamat Bercuti! :)

mira said...

ajar lah mcm mana nak buat duit >.<

idzwa kamaruddin said...

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya dik ;)

acap said...

selamat hari raya :)

https://17duabelas.blogspot.my/2016/07/tips-melancong-ke-lombok.html

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah