"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, February 1, 2014

Hebatnya abah dan mama .

Assalamualaikum
hye semua !

Hari ini Syira nak share satu nota cinta, penghargaan buat mama dan abah.

##Maaf, Syira guna "aku" dalam entry ini##


Setiap kali bercerita mengenai mama dan abah, hati ini mula tersentuh.
Pengorbanan mereka sedari ku dilahirkan hingga kini tidak pernah berubah,
tidak pernah kurang kasih sayang mereka,
tidak pernah ku terima makian mereka.
Sokongan tanpa jemu, itu yang beribu.
Hebatnya mama dan abah.

Waktu aku kecil, aku memang sangat manja :)
sehingga sekarang pun aku dimanjakan.
Aku mempunyai 3 orang abang dan seorang adik lelaki. Yang pasti, aku anak keempat dan merupakan puteri tunggal.
Aku anak manja abah.
Kalau ada abang2 yang cemburu, aku akan cakap "abah sayang kakak " :P
Terus mereka diam ! kerana itulah hakikatnya.

Waktu syira baby, Syira hanya minum susu mama and abah cakap syira tak pernah minum susu botol, kalau guna botol pun mesti air masak bukan susu.
Mama abah kerja, syira dan adik beradik lain dijaga oleh mak angkat yang sangat baik :)
setiap kali waktu rehat ,mama akan datang semata mata untuk susukan Syira.
penat kan ? siapa yang pernah menyusukan bayi mesti faham keadaan ini.
Dengan badan lenguhnya lagi.
Sampai satu masa, mak angkat syira siankan mama. Hari2 datang untuk susukan syira.
So, mak angkat syira akhirnya menjadi ibu susuan syira :)
Itulah pengorbanan mama. Siang malam tanpa jemu.
Andai aku sakit, mamalah yang paling risau dan akan pastikan aku tidur sekali dengan mama :)

Abah pula sangat sayang anak anaknya, 
andai ada sesuatu je yang kami teringin atau TERsebut sekalipun, pasti abah cuba penuhi. Kadang kadang abah lupakan apa yang dia ingin demi memenuhi hajat anak anaknya.
Sehingga sekarang abah akan bekerja sehingga lewat malam demi mencari rezeki buat keluarga.
Di usia, 57 tahun, abah masih sama seperti dulu..usahanya tidak pernah berkurang. :)

Andai ingin dicoretkan, pasti tidak cukup ruangan buat aku menulis semua pengorbanan mama dan abah.
Kini, aku berusia 20 tahun.
Apa yang telah aku korbankan buat mereka ??
:'(

kata-kata cinta buat abah dan mama :


Dear Mama Abah,
Tak kiralah ke mana sahaja saya pergi dalam hidup ini,
Dengan siapa pun yang bakal saya nikahi,
Walau macamana pun tanggungjawab saya pada suami,
Walau tinggi mana nama saya dipuji,
Dan berjuta rezeki saya perolehi,


Abah dan mama sentiasa nombor 1 di hati ini :')



Sincerely,

Your little princess.

Doakan Bungamu.

Assalamualaikum
hye semua !

Aku bunga duniamu
Bunga yang semakin mekar dititis bayu
Sirami aku dengan kasih sayangmu
Bajakanlah aku dengan kemanisan hatimu

Doakanlah aku 
Agar aku terus mekar
Mekar sebagai bunga
Yang tidak layu
Yang taat pada agamaku agar aku bisa menuju Yang Satu.


Hye haritu syira keluar jumpa kawan lama :)
kawan baik !

ootd##

Kasut purple (tapi tak nampak)
Bawal purple.
Kemeja dusty purple.
Dress belang2 tanpa lengan tu baju lama,
selalunya Syira pakai dengan
cardigan hitam tapi bosan asyik cardigan hitam je kann.
so Syira pakai dengan kemeja dusty purple :)
simple untuk keluar makan dengan kawan lama :)
jumpa lagi !

 

Februari ! Doakan yang baik baik ya .

Assalamualaikum
hye semua !

Alhamdulillah..cepat masa berlalu. Berakhir sudah bulan Januari 2014 !
Banyak rezeki permulaan tahun ini :)
Alhamdulillah ! 
terima kasih kepada semua yang mendoakan dalam diam dan terus menyokong Syira :)
Semoga kalian dirahmati.
Lepas ni akan ada cabaran yang perlu dilalui.
Tolong doakan Syira ye :)

Terus sebarkan kebaikan !
Tulis yang baik baik tau !

Jangan sibuk mencari kesempurnaan bila diri sendiri masih tenggelam dalam kekurangan. 
Kesempurnaan itu tidak akan pernah menjadi milik manusia tetapi 
hanya milik ALLAH :)

Bersama sebarkan kebaikan dan kasih sayang ^_^
Hanya 1 yang Syira pinta :) DOA !


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah