Assalamualaikum
hye semua :)
Dah 1 bulan berada di Universiti Malaya dan dah 3 minggu kelas bermula :D
alhamdulillah..semuanya seronok setakat ini :)
Pensyarah yang HEBAT !
Senior yang RAMAH !
dan
Kawan-kawan yang GEMPAK !

cuba teka Syira ambil jurusan apa ??
haaa..cepat cepat...selalu cerita ni tapi still ramai yang tak tahu..
cepat teka :D
Perubatan ? Kejuruteraan ?
eh tak tak ! kalau jadi Doktor confirm ramai meninggal...hahaa..
Sebenarnya Syira pelajar tahun pertama
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya :D


Kelas Syira ada 34 pelajar dan dari 34 orang pelajar ni hanya ada 3 jejaka kacak :D
hero kami ni..hehe..tapi gambar tak ada la pulaaa...
nanti ye if berkesempatan Syira kenalkan :)
semua 34 pelajar jurusan Kaunseling ni masih muda dan masih cantik,kacakk ^_^
*muka bangga ~~
hahahuhuhuaa

Syira happy giler dengan kawan-kawan kelas Syira :D
memang otak semua gilerrrr..
mulut tu jangan cakap laaa...pot pet pot pet..
bab menyakat orang memang kuat !
and part paling syok kerjasama antara kami sangat utuh !
nak tahu tak ! kami baru sahaja selesai Projek Kelas yang pertama iaitu "Projek Car Wash" !
masyukkkk oke masyukkk...semasyukkk mana ?
untuk ape projek tu ?? haaaa...
Yang tu Syira cerita nanti tau..hehe..
biooo kome tertunggu tunggu..saboooo :D

Gambar-gambar ni semua dari camera phone kawan-kawan..
Syira jarang bergambar..
dulu yelaa..kat mana je confirm ada gambar..tapi sekarang makin susah..
tu la kalau nak update je curi gambar dari phone kawan-kawan..hehe..

Setiap hari KHAMIS kami pelajar jurusan KAUNSELING seramai 34 orang wajib memakai pakaian formal..
sebenarnya untuk SENIOR tiap hari wajib pakai formal..kemas dan cantik !
untuk pelajar tahun pertama je hari KHAMIS..
Pensyarah nak kami biasakan diri tampak kemas dan berkeyakinan di khalayak !
barulah namanya kaunselor ye dak ? :D

Kalau tengok gambar ni (Khamis / 25 Sept 14) ramai pakai hitam putih..dah macam student law kan ?
haha..semuanya cantikkkk je :D
Kelasss uuolllsss !!
4 TAHUN kami akan melayari liku pahit manis demi mengejar ilmu..
7 Subjek yang kami pelajari :
Pengenalan kepada Psikologi
Pengenalan kepada Kaunseling Psikologi
Psikologi Perkembangan
Psikologi Sosial
Kemahiran Komputer untuk Kaunselor
Kemahiran Maklumat *
Hubungan Etnik *
## *(kursus universiti)
doakan kami ye ^_^
Semoga semuanya terus HEBAT dan mencipta KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT ^_^

12 comments:
Selamat menempuh alam kampus Syira :)
semoga berjaya!
Wish you all the best : )
Belajar sungguh2 Syira..ini langkah pertama utk kehidupan yg baik di masa akan dtg..semoga terus berjaya yer..
Bljr elok2 ya syira skjp je tu 4 thn
rindu zaman study.. nak study lagi macam tak larat plak.
entry terkini...What inside IKON connaught
hehe. peh bestnyaaa =D .
Biasalah lelaki jarang kot rasanya nak amik jurusan kaunseling ni. Masa kat kolej huda pun dulu, berapa kerat je lelaki batch huda yang ambil account. haha...
selamat mengharungi kehidupan mahasiswi ;) cipta kenangan indah indah masa degree ni
selamat berstudy
All the best Syira..induu laaaa
Good luck ^^
Selamat belajar ;)
Post a Comment