"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, October 5, 2014

Pencarian Dana untuk Program ke Penjara Marang, Terengganu.

Assalamualaikum
hye semua

Kami (Pelajar tahun pertama Jurusan Kaunseling Universiti Malaya) ingin memohon bantuan dari pihak tuan/puan :)

Kami memerlukan dana/sumbangan apa sahaja sama ada berbentuk wang/barangan dari pihak tuan/puan untuk menampung perbelanjaan kami sepanjang program berlangsung :)

Nama Program : Journey to Self Maturity
Tarikh : 19 – 21 Disember 2014
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Penjara Marang, Terengganu
Anjuran : Mahasiswa-mahasiswi Kaunseling Universiti Malaya
Sasaran : 34 orang banduan Penjara Marang, Terengganu.

Kami ingin menggunakan peluang keemasan ini untuk mencungkil seberapa banyak pengalaman bersama banduan di Penjara Marang,Terengganu serta menyumbangkan pandangan dan keringat demi memantapkan kemahiran para mahasiswa kaunseling. 

Agenda dan misi penting pada kali ini adalah untuk mengupas dan menyelami punca dan teori jenayah khususnya dalam kalangan remaja.

Bagi para banduan Penjara Marang, Terengganu pula, kami yakin dengan program perkongsian daripada para mahasiswa kaunseling ini dapat memberikan harapan dan penjelasan jitu kepada mereka yang sedang berusaha untuk melepaskan diri daripada kecelaruan identiti serta bangkit untuk kembali ke kehidupan yang lebih baik di sisi masyarakat.

OBJEKTIF

  1. Membuat kajian tentang jenis-jenis jenayah yang melibatkan remaja bawah umur.
  2. Membuka minda bakal-bakal kaunselor untuk lebih terbuka dengan masalah sosial remaja dan mengasah kemahiran mendengar.
  3. Menegaskan kepada banduan Penjara Marang, Terengganu bahawa mereka masih mempunyai harapan dan peluang untuk berubah sikap serta diterima oleh masyarakat.

Kami berharap agar ada pihak di luar sana yang sudi menyumbangkan dana kepada kami :)
sikit pun tidak mengapa kerana 1 sen membawa erti beribu kasih sayang :)

### Sesiapa yang berminat untuk menaja aktiviti dipenjara pada bulan 12 ini, boleh pm syira di facebook Syira Lokman atau emel syiralokman21@yahoo.com.my ..
apa sahaja tajaan kami terima..sikit atau banyak :)
bantuan anda amat kami hargai.


Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan 
amatlah dihargai dan didahului dengan 
ucapan terima kasih.

10 comments:

Unknown said...

Semoga dipermudahkan..

nurul aqidah azahar said...

good luck

Hana said...

Gud luck

mila said...

semoga urusan syira dan kwn2 dipermudahkan..akk xde kaki kat penjara tu, xblh nak tlg huhu

budakbandunglaici said...

seronoknya dapat pergi penjara..mesti banyak dapat pengalaman nnati

Kisah Tatie said...

semoga berjaya

Mia Liana said...

semoga berjaya ya...

p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

Iola said...

all the best syira :)

Unknown said...

Wah moga dipermudahkan usaha murni ni :)

I N A A I N A A said...

All the best yunk.. semoga semuanya berjalan dengan lancar

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah