"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, June 7, 2015

Kegemilangan Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2015.

Assalamualaikum
hye semua :)

alhamdulillah..kuliah untuk sem 2 dah berakhir..so seminggu ni Syira cuti :DD
yeayyy...tapi...ini minggu yang menguji mental and fizikal "study week" ! exam mula 16 jun !
exam tak exam..
alang-alang dah cuti ni, curi masa sikit up entry yang disimpan dalam draft..hehe..
tak elok peram lama-lama kan , nanti basi :P

Alhamdulillah..28 Mei 2015 yang lalu telah berlangsung satu majlis hebat iaitu Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2015 bertempat di Prince Hotel and Residence Kuala Lumpur.
Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2015 adalah malam untuk meraikan para pelajar Kaunseling, malam untuk mengeratkan hubungan yang utuh di antara mahasiswa dengan pensyarah dan Alumni (super senior).
Tema dinner kali ni ialah royal blue and elegance..so disebabkan Syira tau mesti ramai yang akan pakai dress biru..so Syira pakai dress grey ! :D haha..tak nak la sama kan..
dress ni tailor made and Syira menjadi superwoman yang kreatif untuk design and hias dress ni supaya menyerlah jauhhhh dari yang biasaaaa :D
tampal 2d flower warna royal blue, lace royal blue and batu liplapliplap gituuuu..walaupun kerlipan batu di baju ibarat lampu kalimantan yang rosak je tapi i tetapp nak tampal batu tu..
mix dengan kasut royal blue,shimmerry bawal square by syira lokman dari @zmar_apparel_shoppe and gelang yang super gorgeous ! :D

Oke..jom bercerita tentang apa yang berlaku sepanjang majlis berlangsung pula.
Paling best makanan yang dihidangkan super sedap ! Syira dengan muka tak malu and tak cover ambil nasi,ayam,ikan,sayur,salad,tart,puding..ape lagi ape lagi ?? hahaha..semua yang ada di situ kte rembat sampai habis !

Malam tu banyak persembahan hebat seperti tarian india, nyanyian dan persembahan magic !
Satu benda yang Syira tak sabar nak tunggu adalah persembahan hebat dari kumpulan muzik yang telah mencetus fenomena luar biasa kerana keunikan mereka yang telah menyentuh jiwa, hati dan
perasaan iaitu CALIPH BUSKERS ^_^
serius superbb persembahan diorg ! 4 lagu tanpa henti diiringi suara-suara sumbang pelajar kaunseling yang nyanyi sama..


sepanjang majlis haruslah bergambar sakan oke ! kenkonon dah lawa kan..bajet retis sana sini posing :P lari lari kejar pensyarah yang tiba tiba hot malam tu...rebut rebut semua nak bergambar dengan pensyarah.



Lagi 1 benda yang best adalah goodies bag !
dalam goodies bag tu ada shawl free, brownies, button badge, air, keropok and macam-macam lagi..printed shawl ada,instant shawl pun ada..nasib je dapat yang mana..
Dinner kali ni memang meriah dengan para sponsor hebat !

@dayiniscake
Nirvana Foundation
@anggunzara
@zebramallow 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 
Koptiara
Asbesstosphotography
@arjascookies
@bynuramirah11
TV Alhijrah

Terima kasih buat semua penaja ! Next year sponsor lagi tauu !hehe..
hadiah banyak sangat terutamanya untuk cabutan bertuah. kenkonon siap jampi nak bagi "terbertuah" no syira tapi ..tak dapet den nak nolong, totap bukan den yang monang..
takpe..rezeki orang lain kali ni..
alhamdulillah diberi peluang untuk hadiri majlis hebat ni...next year tema apa pula ?
nantikannn..hehehe..
kehidupan sebagai pelajar 1st year kaunseling bakal berakhir, tunggu exam je seminggu lagi..
wish me luck ! doakan ^_^
next year Syira jadi senior ! *hemohemoo..
3 years to go ~~~


tudung : shimmery bawal @zmar_apparel_shoppe 
grey dress : tailor made
kasut : wedges royal blue from @zorios
gelang : @zorios
lace royal blue : @embon_embon

terima kasih sudi baca..jangan lupa sertai Mini Giveaway by Syira Lokman
and doakan Syira berjaya dunia akhirat :)


1 comment:

Ain Athirah said...

Singgah jenjalan pagi. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah