"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, June 3, 2015

Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa (Refleksi 1)

Assalamualaikum
Hye semua

Perkongsian dari Program Jalinan Masyarakat


20 April 2015 yang lalu kami telah ke Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa bagi menjalankan projek Jalinan Masyarakat.
Kami bertolak seawal jam 8 pagi dan terus ke Tesco Puchong untuk memberi barang keperluan yang akan digunakan sepanjang aktiviti kami di sana.

Kemesraan dan kerjasama berkumpulan dapat dilihat dengan jelas, dari perancangan hinggalah ke saat hari kejadian.

Setibanya kami di sana, kami disapa mesra oleh penghuni rumah kebajikan ini. Suasana pagi waktu pagi agak sunyi kerana ramai anak-anak yang masih berada di sekolah.
Sebelum memulakan aktiviti, kami bermesra sebentar bersama anak-anak yang ada di situ.

Jalinan Kasih Bersama Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa merupakan satu program di bawah subjek Jalinan Masyarakat . Pengalaman mengendalikan program seperti ini bersama 8 orang rakan yang lain sememangnya memberikan seribu satu makna dan pengalaman yang terbaik

Untuk aktiviti 20 April lalu, kami telah menyediakan minum petang buat semua penghuni Pertubuhan Kebajikan ini. Hidangan yang disediakan adalah jus manga dan samosa gulung. Kami juga telah membantu anak-anak ini melipat baju-baju mereka, menyusun buku dan menghias ruang bacaan serta membersihkan rumah kebajikan ini. Aktiviti ini dilakukan bersama-sama anak-anak ini dan pengalaman ini amat tidak dapat saya lupakan.


Pengalaman yang menyeronokkan apabila melihat sokongan dan kerjasama dalam kalangan penghuni rumah kebajikan ini sendiri. Anak-anak di sini kelihatan seperti tidak pernah melakukan aktiviti seperti ini dan menurut pemilik rumah ini, mereka tidak menyediakan minum petang kerana tidak cukup pekerja untuk menyediakannya. Anak-anak ini makan 3 kali sehari iaitu pagi,tengah hari dan malam.


Pengalaman seperti ini tidak akan saya peroleh melalui pembacaan mahupun pembelajaran.
Melalui program ini saya sedar bahawa tidak semua memiliki kehidupan yang sempurna. Anak-anak di Pertubuhan kebajikan ini dijaga oleh insan yang sangat mulia jiwanya.
Anak-anak ini turut diberi peluang ke sekolah, mengaji dan sering menerima bantuan barangan keperluan serta makanan dari masyarakat sekitar.
Perkara yang menarik perhatian saya ialah anak-anak ini makan bersama dalam 1 talam. Makanan yang dikongsi ini menunjukkan bahawa kasih sayang mereka sangat erat dan mereka sangat bersyukur dengan setiap makanan yang terhidang. Masih ramai anak-anak ini yang tidak tahu apa itu samosa gulung dan hal ini membuatkan saya bersimpati terhadap mereka kerana mungkin bagi kita, samosa adalah makanan biasa yang mudah kita peroleh dimana-mana dan pada bila-bila masa. Namun bagi anak-anak di rumah ini, mereka hanya makan apa yang diberi sahaja tanpa keluhan.


Alhamdulillah..aktiviti di Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa 20 April 2014 yang lalu berjalan dengan lancar. Projek Jalinan Masyarakat ini memberi peluang kepada kami unuk mendekatkan diri dengan insan lain yang hidup di bumi yang sama tetapi cerita yang berbeza.
Sesuatu yang menyentuh hati apabila saat kami ingin pulang, anak-anak ini amat mengharapkan agar kami datang lagi ke sana dan menghabiskan masa bersama mereka hingga waktu malam.
Aktiviti seperti ini mengeratkan lagi hubungan kami sepasukan dan hubungan kami dengan penghuni rumah ini. Aktiviti kami berakhir jam 5.40 petang.
Layanan dari penghuni Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa amat istimewa dan kami berharap agar aktiviti seterusnya akan menjadi lebih indah bersama anak-anak ini.


3 comments:

Kak Vit said...

AlhamduLILLAH.. banyak iomu kita dapat bila join program sebegini kan Syira.. :)

Ain Athirah said...

SubahanaAllah .semoga terus istiqomah dalam menambah amalan ^^

arysha_fayyadh said...

Assalam syira,
Alhamdulillah
sedeh tengok bebudak tu
moga Allah lindungi mereka AMIN

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah