"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, January 1, 2014

Pencapaian dan detik indah Persekolahan.

Assalamualaikum
Hye semua

Kita baru je masuk tahun 2014..
tiba tiba rasa sebak rindu 2013..
Persekolahan pun nak mula dah  :) Selamat Bersekolah adik adik ^_^
Jangan nakal ponteng kelas..!
Sebelum ni ada yang suruh Syira cerita pasal diri sendiri kat blog, perkembangan terbaru tapi Syira jarang cerita kan.
Semalam Syira tengok semula sijil2 yang Syira ada..banyak, Alhamdulillah !
Kali ni untuk tahun baru Syira nak share pencapaian yang Syira peroleh dari sekolah rendah sampai la tingkatan 6.
Memori yang mematangkan usia. :)


SEKOLAH RENDAH
UPSR
ANUGERAH NILAM
KAWAD KAKI
JAWATAN KHAS KOKO
KE 3 - KAWAD KAKI
-
-
-
-
-
SEKOLAH MENENGAH FORM 1-5
PMR
FASILITATOR
PEMBANTU JURULATIH KAWAD KAKI
PENCAPAIAN FORM 1
PENCAPAIAN KESELURUHAN FORM 2
SPM
-
-
-
-
-
-SEKOLAH MENENGAH- FORM 6
PENGAWAS KOPERASI
JOHAN - KAWAD KAKI NGO PUTERI
KETUA PLATUN TERBAIK - NGO 
PELAJAR SAHSIAH GEMILANG.
RESULT SEM 1 -STPM
RESULT SEM 2 - STPM
Ada lagi sijil ketua platun dan medal larian yang belum dituntut, tunggu time result keluar la baru ambil..hehe..malas nak pergi sekolah lagi.
Syira juga pernah menyandang jawatan sebagai 
Pengawas pusat sumber, Pembimbing Rakan sebaya,
Ahli Lembaga Koperasi, Wartawan Sidang Redaksi dan sebagainya.

Cukup la share sikit je sijil ni kan..kowang pun malas nak tengok banyak2..hehe..
bila tengok sijil2 ni rindu zaman sekolah. Rindu kawan-kawan, cikgu...semua orang :)
Suka duka semua ada.
Allah..Hebatnyaa kehidupan ni kan :)
Syira bukan nak menunjuk, Syira tak hebat mana
tapi syira nak orang nilai semula kenapa perlunya belajar dan mencipta pengalaman serta rasai sendiri nikmat yang kita peroleh hasil usaha kita.
Sebenarnya nak dapatkan semua ni, macam2 Syira lalui,sakit perit...
tapi bila berjaya..Allah ! nikmatnya :)

Kowang pun jom la share pencapaian and detik indah zaman persekolahan :D

NI FAIL KHAS UTK SEMUA SIJIL SYIRA.

Alhamdulillah Ya Allah,
sekarang Syira secara tidak rasminya berusia 20 tahun. :)
cepat je masa berlalu kann . :)
Sekarang Syira tengah cuti,tunggu result STPM Sem 3 (akhir) dan result PBS..
InsyaAllah kalau ada rezeki..bulan 9 sambung degree :D yeay !! 
wish me luck oke..
doakan Syira berjaya dunia akhirat ^_^ Doa yang amat Syira harapkan.

Andai kamu jatuh, jangan malu untuk bangkit, 
tepis segala perit ..insyaAllah
Saat kamu bangkit, kejayaan dicipta menangkis segala pahit.


Menang Segmen Review Blog DJH.

Assalamualaikum
hye semua !

Selamat Tahun Baru ! :D

Diari Jejaka Hangat™
Ingat lagi tak Syira pernah join Segmen Review Blog DJH.? [KLIK]
Syira menang ! ^_^ yeayy !! hehe..
senang je,review blog,,dapat hadiah ! 
Facemask & Collagen Eyemask..tehee~~
seronok bila DJH suka dengan entry Syira :) alhamdulillah.
Terima kasih Diari Jejaka Hangat !


## Jom join pencarian bloglist Februari/Mac 2014 ! [klik].

TAHUN BARU 2014 ! [Aku sebuah blog].

Assalamualaikum
hye semua ! :)



Aku sebuah blog..
Hari ini sudah masuk tahun 2014.
Alhamdulillah,banyak perubahan yang hebat telah berlaku dan sepanjang hidup aku,aku dikurniakan rezeki yang sangat indah dan hebat.
Alhamdulillah Ya Allah :)

Hari ini, aku ingin menceritakan serba sedikit tentang kisah hidup aku.
..aku dilahirkan pada bulan Januari 2011..
..sepanjang hidup aku,aku tidak pernah kenal ramai orang dan aku takut untuk menonjolkan diri..

Namun,semakin lama dan semakin berusia umurku..aku mula berasa yakin dengan diri aku..
aku dijaga dengan baik oleh tuan aku..(perempuan pun guna tuan ke??)
beliau masih muda,masih comel ( perasannyee!! oke diam!! )
..masih belum berkahwin( nak ngorat takk??..hehe)...

aku sering diisi dengan info-info yang menarik..kisah hidup tuan aku
dan aku juga dipenuhi dengan gambar-gambar yang tercantik,tercomel,terpesona yang boleh buat mata yang melihat termenyampah, terhantuk,termuntah,ter ter ter sebagainya lah !..

aku baru sahaja memulakan hidup baru..
aku tahu aku perlu menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran untuk terus bertahan dalam dunia ini..
kadang kadang orang cakap
"macam la blog dia best sangat !"
"alah,budak budak,blog pun cam ape je. "
"poyo je ade blog,macam la best sangat"..
"nak glamour la tuu"
walau apa pun orang cakap,aku tahu,tuan aku akan terus lakukan apa yang dia minat dan sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik..

aku akan membantu tuan aku untuk menghasilkan karya karya yang menarik untuk tatapan semua..
aku akan kuat berusaha dan sentiasa mencuba memperbaiki diri.
Menyediakan info yang menarik buat tatapan pengunjung blog ini.
mengembirakan orang orang yang setia dan membuat mereka sentiasa ingin bersamaku tanpa rasa jemu.

Aku harap,apa sahaja yang aku dan tuan aku lakukan akan mendapat sokongan anda yang melihat,membaca..dan merasai apa yang kami cuba sampaikan.
Diharapkan juga setiap nukilan dapat memberi inspirasi dan perubahan hidup baru kepada setiap mata yang membaca dan setiap hati yang menilai. :) insyaAllah.

riwayat hidup aku masih belum berakhir..
aku dan tuan aku akan berjuang sehingga titisan darah yang terakhir!! (OVER!!..oke,aku tau..)
haha...

*kemerapuaan melanda... :P hehee


Maafkan segala kekhilafan diri ini.


Semoga Allah Swt meredhai usiaku.
Hargai detik2 2013 dengan limpahan rasa syukur dan nikmati kehidupan pada masa akan datang.
Syukur yang akan membuatkan hidup lebih sempurna. :)
..semoga ikatan yang terjalin kekal utuh. Kuatkan hati demi Allah.


Sama2 terus sebarkan kebaikan dan kasih sayang ^_^

TERIMA KASIH ^_^
Bersama rapatkan ukhwah.
Sebarkan kebaikan, Allah menyayangimu. 





Untuk mengetahui ada apa dengan blog Syira Lokman [KLIK].

Harus join ^_^ : 

2013 yang sangat indah dengan rezeki yang melimpah :) Alhamdulillah !


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah