"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, July 19, 2016

Dari Novel Anugerah Terindah ke Drama Sayangku Kapten Mukhriz.

Assalamualaikum
hye semua !

sekarang ni ramai yang tengah syok dengan cerita Sayangku Kapten Mukhriz and mesti korang gigih mencari novel Anugerah Terindah ni kan ? Buku ni makin lajuuu je habis di kedai buku kan.
tak perlu susah susah, korang boleh dapatkan secara online di BOOK CAFE [klik] !



Jom baca sinopsis novel yang menjadi rebutan ni :D

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz' dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor'. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…
-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz

-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana
PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.
Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya. I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.
MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala. Mana tidaknya, di hospital dia ramah dengan pesakit dan serius dengan tugasnya tetapi apabila bab Mukhriz…Dia lakukan sesuatu yang ‘terbalik'.
“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana... Ariana.
“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.
DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua orang pening kepala! Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah. Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Dan, mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…


Jom cepat cepat beli sebelum kehabisan stok !! 
klik link di atas untuk pembelian secara online ya :D

## Nak beli buku SERENITY iaitu buku motivasi pertama Syira Lokman ??
klik ---> SERENITY


11 comments:

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum dan selamat pagi syira
selamat hariraya aidilfitri dari kaknoor

nuyui a.k.a miss YUI said...

skg jd isu sbb uniform.huhuhu.. tak lebih allert mgkn.
pyh juga novel ke realiti. byk mata memerhati.

Nieyl said...

Terlayan jugak drama nie...
sengal² jugak..hihih

Maria Firdz said...

jarang nak layan drama sebegini... heeheeee

Fatmawati Osman said...

Kalau nak beli buku ini macam mana cara,, ?

Fatmawati Osman said...

Assalamualaikum... Bagaimana cara saya nak beli buku secara ocline?

Syira Lokman said...

@Fatmawati Osman salam..klik link di perenggan pertama atas tu ye :) book cafee

adianiez AIDA said...

akak memang x sempat langsung tgk drama ni, syira.
dgr aje opismet citer.

Anum Abdullah said...

best cerita dia..

Nuda Roslina said...

Best sgt ...crte ni

Huda maisarah said...

huda maisarah

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah