"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, July 11, 2016

OOTD# Selamat Hari Raya Aildilfitri.

Assalamualaikum
hye semua !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !
hehee..belum terlambat kan Syira nak wish. :P Tak update blog bukan sebab beraya sakan, tak sakan mana pun cuma makin malas nak update blog ni. Syira nak minta maaf andai ada silap dan salah sepanjang Syira menaip di blog ini. Sorry kalau ada terguris hati, ada perbezaan pendapat atau apa sahaja.

Apa yang syok lepas raya ni ialah Syira cuti 2 bulan :D so boleh bermalasan..hehee..kalau ada job nak bagi boleh PM/emel ye :D 
cuti ni kena siapkan manuskrip kedua, memang nak buat tapiii idea ke laut ! Korang doakan la Syira dapat idea nak tulis sesuatu yang bermanfaat buat semua. Tak sabar nak hasilkan #serenitysyiralokman yang kedua. InsyaAllah semoga Allah permudahkan segalanya :)

Btw, raya-raya ni confirm semua gegirlsss share #ootdraya kan. Syira pun nak share acah acah #ootdsyiralokman. Time raya la nak posing perasan cantikkk dari biasa :P

Tahun ni raya pertama satu family tema HIJAU. Syira beli baju kurung moden kat Mydin, kasut tahun lepas, shawl curi mama punya lagi..beg tak payah..blur kan background gambar guna phone sepupu..muahahha..


Baju purple ni mix and match je. Kain and baju beli di Kenanga Mall. Kain ni dah selalu pakai pergi kuliah, kali ni pakai untuk jenjalan hari rayaa :D kasut tahun lepas juga. Tudung bawal dari @butterflysyiralokman. Tahun ni mood malas, so semua redah je pakai apa ada. Janji konfidennnnnnn cantik dik non..haha


Ada lagi satu baju tapi tu kasi surprise dulu, kenapa ? hehee..sebab..ada la sebab dia. Kalau rajin Syira share, kalau malas lupakan saje.. *kelip kelip mata

Entry simple #ootdsyiralokmanraya :D Maafkan salah silap Syira ye semua !
Jumpa lagi di next entry !! Doakan Syira semakin rajin nak menaip..hehee..Jangan lupa beli dan baca #serenitysyiralokman. Buku motivasi pertama Syira Lokman yang mendapat status BEST SELLER dalam tempoh 3 bulan di pasaran :D



2 comments:

Nana Liena said...

selamat hari raya syira! :D

kita suka pula tengok baju hijau. tahun ni mydin jual banyak jubah moden n kurung moden cantik. harga pun boleh la tahan,mampu milik.

hari raya tak semestinya semua benda nak kena baru kan? risau nantidah membazir,habis raya pokai dah..huhu

Mummy MM said...

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Diari Mommy Muhaimin

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah