"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, February 13, 2017

PROMOSI KOMBO FRAGILE & SERENITY BY SYIRA LOKMAN.

Assalamualaikum
hai semua !

Pengumuman istimewa !!
Team Komrad buat promosi combo lagi. Kali ni korang hanya perlu bayar RM30 SAHAJA untuk sebuah buku FRAGILE dan SERENITY. Harga asal RM40 ok. nampak tak diskaun terlajak murah kami bagi. 2 buah buku RM30 sahaja. :D
Memang tak dapat lagi la harga ni kat mana-mana. Direct terus dari penerbit sendiri. Confirm sampai depan rumah.



KOMBO SYIRA LOKMAN

Serenity + Fragile

Harga asal: RM40
Harga promosi: RM30

Postage: RM8 (SM)/RM12 (SS)

Taip KOMBO SYIRA LOKMAN <jarak> NAMA PENUH <jarak> ALAMAT dan hantar ke 016 209 3151.

Jom Follow page rasmi Komrad : Komrad Buku

Kepada sesiapa yang ingin menjadi ejen dropship Komrad Buku, boleh klik http://bit.ly/EjenDropshipKomrad untuk mendaftar sekarang. Nanti pihak Komrad Buku akan hubungi korang ya :D


Klik link ini untuk melihat review mengenai Fragile dan Serenity ---> SINI dan SINI

Wednesday, February 8, 2017

Berbaloi atau Tidak Jika Anda Miliki Buku FRAGILE by Syira Lokman ?

Assalamualaikum.
Hye semua !

korang dah beli FRAGILE ke belum ?
Fragile ni buku motivasi kedua Syira selepas SERENITY.
best ke tidak buku ni ?
berbaloi beli or tak ? oke sini...mari duduk rapat rapat sikit adik akak comel..yang laki dok jauh sikit jangan nyendengg...hehee..Syira nak kasi review sikit ape orang komen pasal buku FRAGILE ni pula :D Buku kedua Syira yang bertajuk Fragile ni baru lebih kurang sebulan di pasaran. So, jom support !










Cara mendapatkan buku FRAGILE & SERENITY :
  1. Syira Lokman (fb) (bertandatangan-limited)
  2. Komradbuku
  3. Kinokuniya
  4. Bookcafe.com
  5. Must Read
  6. Mph bookstore
  7. Popular bookstore
  8. Kedai-kedai buku berhampiran anda.
  9. Online seller

alhamdulillah..terima kasih semua! korang boleh search #serenitysyiralokman serta #fragilesyiralokman di facebook dan instagram untuk lihat lebih banyak review ! Serenity dah masuk cetakan kedua tau. Semoga Fragile pun laku keras selalu la :D
Nak tengok review berkaitan Serenity di blog ni boleh tengok post yang lama ya.
Apa pun, jangan lupa gunakan #serenitysyiralokman dan #fragilesyiralokman ya ^_^ nanti share yee pendapat korang pasal buku ni..terima kasih support Syira.
Semoga bermanfaat !

Monday, February 6, 2017

Resepi Kari Kambing bersama Kentang.

Assalamulaikum.
Hye semua !!

Dah lama Syira tak share resepi dalam blog ni. Mood malas selalu je datang, masak makan masak makan tapi terperap draft resepi. Hari ini, Syira rajin nak berkongsi dengan anda satu resepi special yang Syira masak sendiri. Nak kahwin kan uollss, kena la belajar masak, baru jodoh lekat..hahaa.. ye dak ?? .. ok ok.. Jom belajar resepi Kari Kambing bersama Kentang yang pasti pekat dan lazat :D



BAHAN-BAHANNYA :

500 gram daging kambing dipotong kiub*
1 sudu besar tepung gandum*
1 biji limau nipis, perah jusnya*(*gaul rata dan perap 20 minit, cuci bersih dan toskan)

2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1 (cuci bersih)
6 biji tomato ceri.
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar rempah kari daging (baba's)
150 ml pati santan
1 sudu kecil gula melaka
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa *jika perlu
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

BAHAN-BAHAN TUMIS :

3 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rebus sebentar daging kambing supaya ia mudah empuk ketika dimasak nanti.
  2. Bancuh rempah kari dengan sedikit air, kacau rata hingga menjadi pes.
  3. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumis dan masak hingga harum dan bawang keperangan. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rampah tadi dan kacau.
  4. Masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus seketika tadi. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. 
  6. Tuang air secukupnya, (Syira masukkan juga sedikit air rebusan kambing tadi). Biar menggelegak, kemudian perlahankan api dan masak hingga daging kambing 3/4 empuk. 
  7. Masukkan kentang. Kacau rata.
  8. Bila kentang empuk, tuang santan dan masukkan gula melaka. Perasakan dengan garam secukupnya. 
  9. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan sedikir air asam jawa jika perlu. Akhir sekali masukkan tomato ceri, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  10. Hidangkan dan terus makan la ! :D

Maka dengan ini siaplah Kari Kambing bersama Kentang. :D ingat Syira pandai tulis buku je ke, Syira pandai masak juga tauu :P ahaha.. oke byee..
Selamat mencuba !

Friday, February 3, 2017

Cara Pembelian Buku FRAGILE by Syira Lokman.

Assalamualaikum
hai semua !

Buku motivasi ke2 Syira iaitu Fragile ni dah mula masuk banyak bookstore dah tapi ada yang kata tak jumpa lagi. Ada yang jumpa Serenity tapi tak jumpa Fragile. Jumpa Fragile tapi tak jumpa Serenity pula. Yela, dah baca satu mesti nak dua-dua kan :D
Jadi, jom Syira nak ajar cara paling mudah untuk korang dapatkan buku Serenity dan Fragile sekaligus ^_^




Nak buku dipos terus ke rumah anda ?  
 whatsapp je 0162093151 (KOMRAD BUKU)

 Taip : TAJUK/KOD BUKU <jarak> KUANTITI <jarak> NAMA PENUH <jarak> ALAMAT 

Korang juga boleh order secara online di https://bookcafe.com.my/ atau http://www.mustread.com.my/home/



BERITA BAIK UNTUK ANDA !!!

Komrad Buku akan menggegarkan NEGARA BUKU pada 4 dan 5 Februari 2017 ni tau.
Ya, esok ! ESOK  :D
jom serbu booth Komrad Buku dan dapatkan Serenity serta Fragile !
Selfie nati jangan lupa tag Syira dan gunakan hashtag ^_^



Datang tau esok, ajak semua kawan dan keluarga. Banyak lagi penerbit buku lain akan bergabung meletop di NEGARA BUKU esok dan lusa !
 So jom ramai-ramai serbu Campbell Complex, Kuala Lumpur :D Borong banyak-banyak buku Syira, kalau takkkk, Syira merajuk :P



Terima kasih semua yang mendoakan dan baik hati selalu support Syira.
Semoga hidup diberkati dan sentiasa murah rezeki :)
Dah beli jangan lupa tag dan hashtag #fragilesyiralokman dan #serenitysyiralokman di facebook, twitter, blog dan instagram oke !

Email : syiralokman21@yahoo.com.my



#Siapa nak buku FRAGILE bertandatangan ?? PM Syira Lokman di facebook sebelum 5 Februari 2017 ! 
stok terhad ! 

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah