Assalamualaikum
hye semua !!
Kali ni Syira excited nak update blog sebab beberapa hari lepas Syira baru je dating dengan gadis-gadis cantik. :D selepas setahun baru berpeluang nak jumpa kawan-kawan baik Syira sejak sekolah rendah :D actually ada 6 sekawan tapi yang masih berjumpa tinggal 4 je sejak masing-masing mula belajar jauh lepas UPSR and ada yang pindah rumah.
Blouse Putih - Scarlet
Palazzo - Kedai dalam Aeon Taiping (lupa nama kedai)
Bag - kedai dalam Aeon Buki Tinggi (lupa juga nama kedai, hehe..)
Kasut - Esarli
Royal Blue Shawl - booth di Mydin
Kali ni memang Syira plan nak pakai simple je tapi mesti la nampak awesome gituuu.. Syira Lokman kan, kena la meletop..hahaa..
Dah lama teringin nak pakai warna royal blue ni sebab rasanya last pakai pun masa dinner kaunseling tahun lepas je...Walaupun palazzo bunga bunga tu pada awalnya nampak biasa je, tapi bila dipadankan dengan blouse putih dan shawl royal blue...sangat nice..biasalah..orang cantik, pakai ape pun cantik kan ?? muahahah *larikkkkk
So, moh Syira perkenalkan one by one...hehee..yang kiri sekali namanya Fatin Nabilah fashion designer in making, si comel bertudung royal blue namanya Syira Lokman, bakal kaunselor..hehe..yang berkain maroon tu Najlaa Athirah budak sukan, bola jaring guysss :D dan yang berbaju kurung pula teacher Athirah :D sanggup oke teacher habis mengajar terus datang jumpa kami..hehe..
Dulu sama sekolah rendah, SK Sri Kinta Ipoh.. Syira dan Najlaa pengawas pusat sumber, Athirah dan Fatin ni Pengawas. Ada gambar bersama masa sekolah dulu tapi entah lupa mana dah gambar tu. Kalau tak boleh korang tengok kecomelan kami masa tu..hehehe..berkawan sejak darjah 3 sampai la sekarang, lebih kurang 13,14 tahun dah :D alhamdulillah ! nikmat persahabatan yang Allah beri. Tak selalu di mata tapi dekat di hati...cia cia ciaaa ~~
mesti diorang baca ni, mengekek terharuuu dioranggg.. :P
Date kami kali ni lebih kurang 2,3 jam je tapi seronok :D makan and jalan-jalan cuci mata. Nasib baik tak beli apa-apa, kalau tak melayang lagi la duit.. Sebelum balik wajiblah selfie wefiee duluuuuu. Kteorang ni nak jumpa pun setahun sekali, sebabnya cuti lain-lain. Kalau dapat jumpa pun kadang berdua je. Kali ni bila dapat gabung semua sekali memang syok la..Lepas ni entah bila la dapat jumpa lagi. Mungkin bila salah seorang kahwin kot. Agak-agak korang kan, siapa kahwin dulu ??? mungkinkah yang tudung royal blue tu ? *tutup muka*
hehee..oke dah, jangan berangan lebih-lebih yee :P tak kisah la siapa kahwin dulu, janji semua bahagia dengan life masing-masing and berjaya dunia akhirat. Syira pun tak sangka persahabatan ni kekal sampai sekarang. Kalau jumpa tu kongsi cerita macam-macam walaupun lama tak dengar khabar berita. Tiada rahsia antara kita, itulah kami. Biarlah semua jauh mengejar cita-cita sendiri tapi pastikan tak lost contact ! siapa hilang, Syira gigittt telinga koranggg !
xoxo