Assalamualaikum
hye semua ! :)
>>>> sambungan entry >>>
http://syiralokman.blogspot.com/2012/12/jom-ringankan-tangan-bantu-anak-yatim-d.html
JUMLAH SUMBANGAN TERKUMPUL SETAKAT INI RM3645.00
Pada 24 Februari 2013 (Ahad), program amal untuk membantu anak yatim akan diadakan di rumah Rumah Amal Kasih Bestari. Program ini bertujuan untuk meringankan beban adik-adik kita yang tidak mempunyai ibu bapa.
Kami memohon sedikit sumbangan walaupun RM1 daripada anda untuk disumbangkan kepada mereka diakhir program nanti. Dengan berbesar hati, kami menanti respon dari anda.
Untuk maklumat lanjut, pertanyaan mahupun sebarang kemusykilan, bolehlah PM ataupun emailkan ke nadiafarahida@gmail.com. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank Nik Asyraf Syafiq Nik Azizan, 153010538403.
###Semoga pertolongan ikhlas anda diberi ganjaran besar oleh-Nya. Terima kasih. :)
"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-
Wednesday, January 30, 2013
Sunday, January 27, 2013
Siapa The GambaGrapher ??
Assalamualaikum
hye semua !
Siapa The GambaGrapher ?? Hot sangat ke ? artis mana ?
haaa...ni la Syira nak story :D jom klik http://www.fadahmadali.blogspot.com/
fad ali
photography adalah kecintaan..
penulisan adalah ketenangan..
|
Fad ni sedang mencari jodoh sebenarnyaa :P
sesiapa yang berkenan tu sila sila isi borang ye :D
hehe...main2 je !
Kalau kowang nak tahu...
Beliau seorang blogger juga photographer..
Mmg superb la hasil tembak menembak Fad ni..NisaKay si blogger famous pun dia pernah shoot ! :D jgn main2 ...
?
haaa...awesome kan hasil kerja Fad ?..
Fad ni baru berblog..oke act,dulu dah ada blog tapi dia buat baruuu..kenapa ???.. gatai tangan la kot..hahaa,main2 je :PSebenarnya Syira da lama dah tau kewujudan jejaka bernama Fad ni,tapi saja buat2 tak kenal..hahaa..
Cantikk kot gambar2 beliauuu..teruja terlompat2 nengoknyeee :P hehee...
Jom ramai2 terjah blog baru Fad http://www.fadahmadali.blogspot.com/
fad ali Marketing Executive Sweet Apple Photography 017-9880670 |
katanya blog yang baru ni nak jadikan blog yang lebih baik lagi,ade informasi..ade cerita,ade travel tips dan sebagainya.... :D setiap entry beliau mesti terselit gambar2 yang superb !..suka tgk !..
ni entry terbaru Fad langit biru diatas dan kita mendongak ^_^
kalau nak dapatkan perkhidmatan beliau.. terjah sini Fad-Ali-Gambargrapher ! Tak rugi nya!..
nak shoot free pun boleh ? :P eh! yeke Fad ?.. haha,suka hati Syira je kannnn..
Sila la berhubungg dgn beliau di Facebook..senang kannn...
Fad mencari follower bertuah untuk direview ..kalau kowg terlebih bertuah Fad akan edit gambar kowg :D free je..takkan tak nak kot...
So,jom ramai2 terjah BLOG FAD.. jgn lupa follow and like page beliau :)
Salam ukhwah ! ^_^
Friday, January 25, 2013
Segmen Top Up by Blogger Emas Putih
Assalamualaikum
hye semua ! :)
Jom ramai2 join segmen ni .. segmen-top-up-by-blogger-emas-putih
hye semua ! :)
KLIK BANNER UTK JOIN ^_^ Segmen Top Up by Blogger Emas Putih. |
Jom joinlah segmen Uzu. Support Uzu jom ^_^ .
Tarikh Tamat
30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam
Hadiah
Top Up RM5x10 blogger yang bertuah
(Jika melebihi 200 peserta, topup akan bertambah kepada 20 X RM5Top Up)
Jom ramai2 join segmen ni .. segmen-top-up-by-blogger-emas-putih
Thursday, January 24, 2013
Wasiat terakhir Nabi Muhammad SAW
Assalamualaikum ^_^
SALAM MAULIDUR RASUL..
Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyyah
Di Lembah Uranah, Gunung Arafah
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.”
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.”
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka, berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.”
“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan, dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah, setiap muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.”
“Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.”
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Qur’an dan sunnahku.”
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”
Saturday, January 19, 2013
Peringatan utk saya dan awak :) - aurat..
Assalamulaikum..
hye semua ! :)
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:
status yang diambil dari page: Hilal-AsyrafOfficial
Pernah dengar Islam berwarna lain? Islam yang berwarna lain itu adalah yang terkeluar daripada keaslian ini. Bukanlah ini bermakna Islam melarang kreativiti atau jumud. Tetapi kreativiti sepatutnya punya limitasi. Sekiranya tidak dikawal, maka ia akan terkeluar daripada kebaikan.
Contoh, penutupan aurat. Hari ini kita lihat, bagaimana dunia mempromosikan Islam berwarna lain ini dalam hal penutupan aurat. Islam mengarahkan agar aurat dijaga sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh. Tetapi kita dapat lihat bagaimana hari ini ada yang mempromosi tudung, bersama pakaian ketat, kemudian dikatakan itu fesyen Islam terkini.
Saya ada terjumpa dalam satu majalah komik yang popular di Malaysia ini. Ada salah satu ahli kelabnya menghantar gambar pada majalah itu. Perempuan. Dia memakai tudung, kemudian berbaju ketat menampakkan bentuk tubuh. Apakah komentar majalah itu?
"ya, inilah dia muslimah era terkini. Fesyen Islam yang rugged. Tahniah!"
Ya. Begitulah kekeliruannya.
Islam hanya diambilnya separuh-separuh pada bahagian yang disukainya sahaja, tetapi dinamakankeseluruhannya sebagai Islam hanya berdalilkan separuh yang diambilnya itu.
Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap...meliputi tatacara hidup dunia dan akhirat :)
Bila terasa ingin berubah, mulakan langkah, jangan berlengah ...Belum terlambat sayang :)
Niat boleh dipimpin.Tak perlu tunggu sampai seru, kita yang perlu mulakan dulu .
In shaa Allah, Allah pasti akan bantu .Saat kita nak berubah ada je dugaan..terasa "fesyen itu cantik" tp kita silap and yes..Syira pernah silap..Syira ta nak mati dalam pujian,tapi nak hidup dalam kebenaran !..ingat janji Allah ...kuatkan hati..berubah !..
Allah gives you pain to make you learn how to be strong.Stay positive,never give up and always be grateful ..
Jadikan masa lalu sebagai satu pengajaran yang membenihkan rasa keinsafan dan bukan satu alasan untuk tidak berubah...
Change your attitude, the way you talk, the way you behave, the way you think... It's not just about covering your aurat.. :) Girls....Your body is sacred. You’re far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too.. ^_^
Jom sama2 doa kita berubah dan beristiqamah.....Salah satu cara untuk istiqamah dalam penghijrahan adalah dengan memiliki sahabat yg selalu mengingatkan kita tentang agama :)
"Wearing tudung labuh, baju longgar, eeiy makes me look fat lah". Well I don't see how wearing ketat-ketat can make you look any skinnier...
###Don't use the "no ones perfect" excuse to carry on sinning...please..tell me if you know more ^_^ maaf if Syira silap..mohon tegur ye :) entry ini utk anda yg mahu berubah and utk diri Syira sendiri supaya hati Syira terus kuat !.. please dear..pray for me :)
Tuesday, January 8, 2013
5 perkara orang Islam patut tahu-kesihatan..
Assalamualaikum
hye semua !
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan..
1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, Insha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
sekadar perkongsian..sila tegur if silap :)
Tuesday, January 1, 2013
Keputusan Segmen -Jom Tambah Rakan Blogger :D
Assalamualaikum
hye semua !
Syira dah follow semua blog yg join..hehe ,Syira kata nak follow 20 je kann ?? tapi Syira baik hati follow semua ! :D
suke tak suke takkk??.. siapa yang Syira terlepas pandang tu,bgtau eh ?
and 5 blog yang akan direview ialahhh :
JOM BLOGWALKING PULAAA :D
- http://www.iemagurlz.my/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://akuwanblur90.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://aqoustica.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://anisfadliyana.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://yummycoklet.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://sigadismerah.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://miratulreyyah.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://www.sheeraya.my/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://belogayamgoreng.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger-by.html
- http://systaahoneebunny.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://mespacegirl.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://hannabthasri.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://shaini23.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://alziefazareef.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://duniajambu.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger-by.html
- http://anislvince.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://dialavenda.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://www.aimisyahirah.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://firdausf26.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://fakhruru.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
- http://thekipaslipaslups.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-tambah-rakan-blogger.html
JOM LIKE : PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg
JOM FOLLOW: https://twitter.com/SyiraLokman
JOM ADD: http://www.facebook.com/wan.syahirah.75
DISCLAIMER
Ini merupakan blog peribadi.
Ini merupakan blog peribadi.
Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.
Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)
Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah