"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, August 31, 2014

Di sini lahirnya sebuah CINTA :)

Assalamualaikum 
hye semua :)


Happy Birthday Malaysia! ^_^ MERDEKA 57 !

happiness and freedom !

Saya Sayang Malaysia.. 
TERIMA KASIH pemimpin negara..
TERIMA KASIH rakyat yang patriotik..

anda hebat !


"MALAYSIA DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA" - TEMA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-57


## Selamat hari lahir ke 57 Mior Lokman bin Mior Akim.. 
semoga keberkatan sentiasa disisi abah :)
- 31 Ogos 1957 -

Saturday, August 30, 2014

Beralih ke "Dunia Baru" .

Assalamualaikum
hye semua :)
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk terus bernafas hari ini ..
menikmati setiap rezeki yang Allah kurniakan :)

Lepas SPM..sambung STPM..macam macam tanggapan orang..STPM susah..budak tak pandai je masuk STPM ni..
STPM tak best..kena pakai baju sekolah..

ye semuanya mengganggu emosi saat pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah kembali..
tapi semuanya dah berakhir :) 
Dengan pointer yang diperoleh semasa STPM ,Syira berjaya mendapat 2 tawaran degree ..

ISM Sastera dengan Pendidikan di USM dan ISM Kaunseling di UM :)
siapa sangka ? :) alhamdulillah...
hebatnya perancangan Allah..

Perasaan sekarang ni macam-macam ada...dah macam abc ais batu campur..cendol pun boleh ..
sedih..takut..teruja...tak sabar...
semuanya bersatu dalam jiwa..
1 September 2014 Syira akan mendaftarkan diri di Universiti Malaya :)
dunia yang baru..fasa ke 5 selepas UPSR (Fasa 1) PMR (Fasa 2) SPM (Fasa 3) STPM (Fasa 4)..
mungkinkah nanti ada fasa ke 6? sambung master atau married? haha...
nantikan ceritanya dalam episod 4 tahun akan datang... :P

doakan Syira berjaya menjalani liku liku pahit manis kehidupan di UM ye..ecewahhh ayattt..haha
nervous pun ada ni..tapi tak sabar nak habiskan belajar 4 tahun tu..
hadiri majlis convocation... :D waaa...saat yang paling best kan ! tu la yang buat teruja nak sambung belajar..

siapa Syira Lokman 5 tahun akan datang ??

Matlamat perlu ditetapkan..niat perlu terus murni dari akarnya..
semoga usaha akan membuahkan kejayaan yang membanggakan buat semua :)

-Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya-
## Counsellor to be ##

Respect, Help, Confess.

Assaalamualaikum
hye semua :)



Respect the old when you are young,
Help the weak when you are strong,
Confess the fault when you are wrong,

Because one day in life you will be OLD, WEAK and WRONG.

Barang dah settle !

Assalamualaikum
hye semua :)

alhamdulillah...selesai sudah semua persiapan untuk menikmati dunia baru di Universiti Malaya :D
hehe...nak tengok tak apa yang Syira bawa ??
jom tengok gambar :D
yang pasti HELLO KITTY dan PINK tetap di hati  ! ^_^


Doakan segala urusan dipermudahkan ye :) doakan kejayaan Syira dunia akhirat !
maaf zahir batin !
mohon terus setia dengan blog Syira tauu..



##maaf yee...
"jejari runcing Ogos" tak ada hadiah kali ni..terus tinggalkan komen komen yang kritis dan kreatif demi menjana anjakan paradigma Blog Syira Lokman ^_^ hehe...
salam sayangg :) jaga diri semua !

Friday, August 29, 2014

Semuanya berHIKMAH.

Assalamualaikum
hye semua :)


setiap masalah yang datang bukanlah untuk menjatuhkan kita,tetapi untuk menguji betapa tabahnya kita
bertahan menghadapinya.

Tiada ujian yang membawa keburukan ..
semuanya untuk memberi kebaikan pada jiwa kita..
hamba :)

Thursday, August 28, 2014

Pelihara Auratmu Hawa

Assalamualaikum
hye semua !

jom fahami gambar di bawah :)
masih ada masa untuk berubah selagi jasadmu masih berrnyawa :)


Wednesday, August 27, 2014

Promote blog # Ogos ~ 2

Assalamualaikum
hye semua :)
masih ingat lagi siapa yang tinggalkan link di page syiralokman :D
Syira dah senaraikan..
jom blogwalking !

Group 1
  1. http://mummysupplementshop.blogspot.com/
  2. http://www.aziesuhaimi.blogspot.com/
  3. http://bysharifahsyahirah.blogspot.com/
  4. http://pencarianhatisuci.blogspot.com/
  5. http://giveawayblog07.blogspot.com/
  6. http://badariahkakak007.blogspot.com
  7. http://www.eelleebeauty.com/
  8. http://lizaufa-pink.blogspot.com/
  9. http://alynnazfiz.blogspot.com/
  10. http://www.trendmalaya.com/
  11. http://www.mommylizz.com/
  12. http://hajarashikin.blogspot.com/
  13. http://norminieza.blogspot.com/
  14. http://sallyyatiey.blogspot.com/
  15. http://chummycraft.blogspot.com/
 Group 2
  1. http://www.suesopian.com/
  2. http://www.cikath.blogspot.com/
  3. aenoyou.blogspot.com
  4. http://www.mialiana.com/
  5. http://pelukisaksaraa.blogspot.com/
  6. http://lollista.blogspot.com/
  7. http://ceritamayapersada.blogspot.com/
  8. http://mardiahdiana.blogspot.com/
  9. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/
  10. http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/
  11. http://www.eelleebeauty.com/
  12. http://wangorgeous.blogspot.com/
  13. mohdghazrani.blogspot.com
  14. http://bungakayangan.blogspot.com/
  15. http://hijaugreen91.blogspot.com/
Group 3
  1. http://aniesaahmad.blogspot.com/
  2. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/
  3. http://www.sayasukaimaginasi.blogspot.com/
  4. http://www.zinniaza.com/
  5. http://www.shedaucu.com/
  6. http://www.mamaniza.com/
  7. http://husnazahidi.blogspot.com/
  8. http://www.broframestone.com/
  9. http://syahmizaludin.blogspot.com/
  10. http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
  11. http://www.opzzpinky.my/
  12. http://officalmissyana.blogspot.com/
  13. http://www.atikahnorbaki.com/
  14. http://www.aimisyafiqah.com/
  15. http://48smart.blogspot.com/
Group 4
  1. http://myra-zone.blogspot.com/
  2. http://www.ayuzan.com/
  3. http://whiteroses2013.blogspot.com/
  4. http://haipakwe.blogspot.com/
  5. http://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.com/
  6. http://izzeyda.blogspot.com/
  7. http://eurukaseven.blogspot.com/
  8. fairytaleeeeeee.blogspot.com
  9. http://sitizawiah95.blogspot.com/
  10. herba-tihara.blogspot.com/
  11. http://siszetty.blogspot.com/
  12. http://sipejuangmisteri.blogspot.com/
  13. http://www.mummysoffya.blogspot.com/
  14. n-nanie.blogspot.com
  15. http://www.kamihardsman.blogspot.com/
Group 5
  1. http://thehealthinspector.wordpress.com/
  2. http://husnamalek.blogspot.com/
  3. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/
  4. http://historyjitra.blogspot.com/
  5. http://www.notashalimar.blogspot.com/
  6. http://www.kisahsidairy.com/
  7. http://zafarah.blogspot.com/
  8. http://www.ciksiti.com/
  9. http://www.semutrajin.com/
  10. http://www.linazlina.com/
  11. http://farahwahyda.blogspot.com/
  12. aimifiqa.blogspot.com
  13. http://liyawinchester96.blogspot.com/
  14. http://eyzamiel.blogspot.com/
  15. http://ayudzul.blogspot.com/
  16. Jungundberuehmt.blogspot.com
  17. http://fadzirazak.blogspot.com/
  18. http://kasihlestariabadi.blogspot.com/

terima kasih ! ^_^ jangan lupa follow tau !

Harap masih ada yang mahu membantu.

Assalamualaikum
hye semua :)


Tuesday, August 26, 2014

Dah siap di"frame"kan :D

Assalamualaikum
hye semua :)

Artikel BLOG SYIRA LOKMAN dalam Utusan Malaysia dan Metro berjaya diframekan..hehe..
yang dalam Majalah Remaja and hijab fesyen tak buat pun sebab kecil sangat..hehe..


Ni 2 artikel yang dah dibingkaikan... :D 
plastik pun tak buka lagi..haha :P lepas ni boleh la letak dalam bilik...





Alhamdulillah..ada juga pencapaian sendiri untuk blog ini dan semakin hari..
akhirnya ada sesuatu untuk dibanggakan pada usia 20 tahun :)
alhamdulilah....makin ramai pengunjung setia tak lupa juga ramai yang sering beri semangat dan hargai setiap entry dari blog Syira  :)
Terima kasih semua !

lepas ni Syira nak sambung belajar pula..4 tahun oke :D lamanyaaaa...
tpe la kann..berjihad :) (Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya).
doakan Syira berjaya dunia akhirat ye..
maafkan salah silap sepanjang berblog :)




Waktu terbaik untuk BERDOA.

Assalamualaikum
hye semua :)

berdoalah atas nama Tuhanmu ~

Sunday, August 24, 2014

SECRET LAXING produk terbaik untuk mengawal berat badan anda !

Assalamualaikum
hye semua :)

Anda dah cuba pelbagai produk kurus tetapi tiada perubahan ?
Runsing berat badan semakin meningkat?



SECRET LAXING | LEGACY SECRET | Tahukah anda, Malaysia merupakan negara Top 5 di Asia yang memiliki penduduk obesiti teramai. Kini Produk Secret Laxing hadir bagi membantu anda mengawal dan menurunkan berat badan dengan selamat. Legacy Secret mengeluarkan produk kesihatan dan produk pewangi rambut seperti Harum Malam, Vee Spray, Rose Hair Perfume, Secret Laxing, Radiant Skin Soap, Wira Malam, B'Vite, Glutawhite dan beberapa lagi produk lain.

Fungsi Secret Laxing : 

✔ Membantu mengawal berat badan
✔ Mengecilkan lingkaran pinggang dan merampingkan perut.
✔ Meningkatkan pembakaran kalori & lemak 
✔ Green Tea membantu menormalkan kolesterol dan gula darah.
✔ Sebagai anti-oksidan dan mengoptimalkan proses detoks racun 
✔ Memperbaiki sistem pencernaan
✔ Membantu mengawal rasa lapar.

Kalau ye pun nak cepat kurus..jangan makan lebih lebih ye..sabar...
ikut 5 syarat ini :

• Jangan makan lebih dari yang dianjurkan.
• Dilarang makan oleh ibu hamil dan menyusui.
• Sesuai dimakan dari umur 18 – 50 tahun.
• Hindari minuman bersoda dan minuman beralkohol, kerana akan mengurangkan efek produk.
• Perbanyak minum air putih dan buah untuk melancarkan sistem metabolisme tubuh dan meningkatkan kerja suplemen ini.

SECRET LAXING dirumus dari bahan-bahan terbaik seperti 
Honey, Prune, Delima, Goji Berry, Sireh, Beet Root, L- Carnitine, Senna Leaf, Garcinia Cambogia, Green Tea, Acai Berry, Dandelion, White Kidney Bean, Grape Extract, dan Rose Water.

Carilah Produk Secret Laxing yang asli kerana banyak diluar sana yang menghasilkan produk tiruan seperti ini...Maklumlah produk dah popular memang banyak yang tiruan muncul kan..Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan tauuu..
hati-hati jangan tertipu !
Jom Syira ajar anda bagaimana nak kenal SECRET LAXING yang original :D


1. Pengesahan Melalui Visual
Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah


2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari


3. Pengesahan Melalui QR Wechat
Imbas kod produk dan info akan diberikan


PERINGATAN !!!

• 1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
• Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.

Wechat ID : harummalam


HARGA

Semenanjung: RM 33.00
Sabah Sarawak: RM 39.00
Brunei: BRD 18.00
Singapura: SGD 18.00

Jom segera dapatkan Produk SECRET LAXING ^_^ Lepas ni tak perlu menyorok lagi..serlahkan kecantikkan anda dengan SECRET LAXING !



Sumber Rujukan

Fanpage Utama:

Fanpage Berkaitan:

Website:



Cara Meredakan Kemarahan.

Assalamualaikum
hye semua :)


Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.”
(Hadith Riwayat Imam Ahmad).

Syaitan dijadikan daripada angin atau udara yang panas dari neraka. 
Apabila syaitan menguasai diri, seseorang yang marah akan melakukan apa sahaja asalkan puas hatinya. Oleh itu redakan kemarahan samada dengan berwuduk atau mandi.


andai kamu memeluk sabar, Allah akan memeluk kamu :)

ILMU perlu dicari.

Assalamualaikum
hye semua :)


Saturday, August 23, 2014

Petua Penawar Sakit Hati.

Assalamualaikum
hye semua :)

Semua pernah rasa sakit hati kan ? tapi kadang kadang bahayanya , sakit hati ini akan menimbulkan syak wasangka..dan salah faham..
kalau layan emosi sakit hati tu lebih lebih..semuanya tak kena..
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?

Jom amalkan beberapa petua penawar sakit hati :)

Antara petua-petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :


1. Muhasabah Diri


Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti.
Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.

Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.


2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki


Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan-angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.

Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.

Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.

Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang

Rasulullah bersabda,

“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).


3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.


Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu.
Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”


4. Memupuk Sifat Pemaaf.


“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.

Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf.
Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda,

“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).


5. Husnuzon (Berprasangka Baik).


Allah berfirman:

“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. 

Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.

Tentu, perkara ini yang tidak benar.

Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.


6. Ikhlaskan Diri.


Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi.
Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.

Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.


Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
pegang kata-kata ini..
"Bukan aku je disakiti, aku juga pernah menyakiti, tidak ada seorang pun yang ingin melakukan salah, begitu juga aku"

Mohonlah keampunan kepada Allah untuknya,
Hati kita menjadi tenang,
Jika disakiti bererti anda sedang teraniaya.
Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji oleh Allah.


Orang yang mulia adalah orang yang suka memafkan..
ingat !

"orang yang memohon maaf bukan bererti dia salah 
tapi dia kuat 
untuk tunjuk kepada dunia 
bahawa kemaafan itu indah"


jom baca entry ni ----> [KLIK] dan [KLIK]

BOOKMARK RAYA (17) dari NurDani

Assalamualaikum
hye semua !


Yeayy ! dapat surprise...
ehhee..sebenarnyaa Syira berkenan salah satu bookmark Kak Nurdani yang dijual di Nurul Wonder Wardrobe..tapi kalau nak dapatkan kena pergi butik :(
jauhh..dah la Syira di Perak..

And yang bestnya Kak Nurdani minta alamat sebab nak bagi kad raya katanya...
...pada masa yang sama, syira harap sangat akak selit sekali bookmark tu..hehe..ngade kan !
tapi...

surprise !!! :D
utusan istimewa dalam sampul coklat :D

Syira dapat 3D Bookmark Raya dari Nur Daniub pemilik blog http://nurdaniub.blogspot.com/
^_^
terima kasih akak syira suka sangat.. comel !!

maaf zahir batin ye :)

Friday, August 22, 2014

Selesai buka akaun dan daftar ptptn.

Assalamualaikum
hye semua :)


Minggu ni sibuk dengan persiapan masuk U.
Alhamdulillah..medical check up dah selesai Isnin lalu dan Khamis pula Syira berjaya buka akaun Bank Islam (bimb) , aktifkan perbankan mudah alih-i dan mohon PTPTN..sebenarnya Syira harapkan biasiswa JPA(PIDN) tapi permohonan dibuka minggu ke3 bulan September....time tu dah ada di UM pun, so sementara tunggu tu apply dulu PTPTN :)

Sekarang semua sibuk buka akaun, seminggu je lagi sesi 2014/2015 bermula..
Ingatkan di  Ipoh ni Bank Islam hanya ada di area Pekan Ipoh..rupanya nasib baik mama beritahu ada Bank Islam di area Meru..so pergi situ je...tak ramai orang..
jadi orang pertama pula tu...
rezeki Syira..medical checkup settle awal, urusan bank pun settle awal...
alhamdulllah :)
kad bank Islam Syira gambooo Harimau Malaya komeee oiii...
dalam hati nak je kad warna pink..hehe...kot gamboo hello kitty ke..kann comel :D
..tapi mana ada :P

Questions created by PTPTN
Haa...ni bab nak mohon PTPTN secara online..
jenuhhh komee..
laman web asyik server down je..
dah isi  kena back, dah isi kena back....nasib baik maklumat tak hilang..
lastnya berjaaam baru siap..
Allah nak ajar Syira supaya sabar...
tapi alhamdulllah settle juga.. ^_^
#syira still berharap dapat biasiswa JPA :)
Doakan yeee..

persiapan terakhir sekarang ni nak pergi sekolah ambil sijil STPM, kemas barang then persiap mental dan fizikal :D
Sebenarnya Jumaat lepas plannya nak pergi sekolah ambil sijil STPM, tapi dapat berita dari kampung yang opah meninggal..so terpaksa tangguhkan..
insyaAllah next week..


sekarang ni Syira dan family berada di Puchong..nak tengok rumah baru abang then shopping ! :D
Seminggu je lagi sebelum menjejakkan kaki ke dunia baru :)
semoga dipermudahkan..

Custom made book by OwnDesignBook.

Assalamualaikum
hye semua !

Siapa suka custom made book ?? :D
Jom design notebook istimewa !
designnya limited edition tau sebab tuan punya buku je ada :D



Pernah dengar nama "OwnDesignBook" milik Norsyuhada Johan?
jom terjah !



Notebook | RM30/RM50 (SS:+RM5) 
-100% Handmade Notebook -

Oke...buku comel warna hijau lumut dan pink ni khas buat Syira..
comel kan :D akak Syuhada yang design kan..
Syira just beritahu nak macam mana je..ehhe..
sian akak..kena ubah itu ini but hasilnya ? akak ni buat kerja pun laju :D
Perfect ^_^



Notebook Syira ni warna temanya ialah hijau lumut dan pink !
pink wajib la ada kann..Syira kot...hehe..
Depan Syira nak macam header blog Syira yang lama..walaupun tak dapat sama...
yang ni pun Syira suka sangat !
and..untuk bahagian belakang Syira letak gambar and puisi Syira.. :)
Dalamnya hanya kepingan kertas kosong warna-warna pastel :)
biru, kuning, hijau, pink...comel ^_^


Tunggu apa lagi ? :D
jom design your own notebook !
boleh buat guestbook oke ..nice !

Whatsapp or Sms : 011.263.41501 -Serious buyer ONLY

Jom like OWNDESIGNBOOK ^_^


Thursday, August 21, 2014

Hari berkabung # MH17 (Jumaat - 22 Ogos 2014)

Assalamualaikum
hye semua :)

HARI BERKABUNG MALAYSIA
JUMAAT, 22 OGOS 2014

Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 22 Ogos 2014 (Jumaat) sebagai Hari Berkabung Malaysia berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine.
Majlis penuh istiadat sebagai menghormati ketibaan jenazah akan diadakan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagi menzahirkan rasa dukacita oleh rakyat Malaysia berkaitan Hari Berkabung Malaysia ini, seluruh warga Malaysia hendaklah mematuhi perkara berikut:


•Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang pada 22 Ogos 2014,

•Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan dan digantikan dengan bacaan Al-Quran serta program yang berunsur keagamaan,

•Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak mengenakan pakaian warna yang terang/garang.

Senarai 20 Jenazah Mangsa MH17 yang dibawa pulang Ke Malaysia

## Salam takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH17.
MH370..kami juga merinduimu :'(

Medical Check up dah settle !

Assalamualaikum
hye semua !

alhamdulillah..persiapan untuk sambung belajar dah hampir siap.
Salah satunya medical checkup, medical checkup ni Syira buat Isnin lalu, tapi hari ni baru berkesempatan nak buat entry..
kali ni abah yang teman..abah memang selalu ada di mana-mana..hehe..

pagi-pagi pukul 8.35 Syira dan abah tiba di Hospital Pantai Puteri, Ipoh..
x-ray,urine test, check darah and semua yang diperlukan dalam 10.30 settle semua :D jam 12.30 dah boleh ambil keputusan pemerisaan kesihatan ^_^

cepat kan..sehari je..
tapi bergantung juga, ni nasib Syira and abah sampai awal..sebab yang sampai lepas pukul 9 pagi ramai orang serbu hospital untuk medical checkup..
memang lama nak tunggu and result pun dapat esoknya..
bayaran yang dikenakan pun tak terlalu mahal dalam RM143..
Bayaran ni bergantung, masuk asrama lain, kolej lain..politeknik lain...universiti pun lain..if foundation ada 1 column lagi kena check,check apa Syira pun tak tahu..hehe..
Bilik pemeriksaan kesihatan cantik benooo komeee...macam spa :D
staff pun lembut je..ramah semuanya  ^_^

Mula sampai terus ambil darah..serius macam tak rasa apa dia cucuk...sakit pun tidak..
sebelum ni Syira pernah hampir pitam dekat sekolah 2 kali.
Yang pertama time kelas biologi form 5, buat esperimen pasal darah..
check darah jenis apa..yang tu cucuk sikit kat hujung jar je pun..ntah macam mana boleh pitam..
then masa form 6, cucuk HPV 3 kali..yang kali pertama tu hampir pengsan..mungkin sebab tak makan..Syira lapooo...lepas tu..cucuk kali ke2 dan 3 elok je..
ntah pa pe kan..kejap oke kejap tak..haha..

alhamdulillah..tahap kesihatan Syira normal :D
tak ada masalah ^_^
boleh dah kahwin uollss...hhahaa..
boleh dah belajar tanpa halangan...tak ada sakit-sakit dan semoga Syira sihat hendaknya..hehe..
mohon doa agar urusan Syira dipermudahkaan ye :)

Wednesday, August 20, 2014

Hadiah Jejari Runcing Julai dan Pemenang GA dah Pos !

Assalamualaikum
hye semua !


Alhamdulillah..
Hadiah buat Pemenang Giveaway Ramadhan Raya serta Jejari Runcing Julai dah selamat di pos semalam (Selasa) :)
Hadiah istimewa kali ini ialah Masker Kiwi dan Delima :D

Maaf sebab lewat sehari ye..
sepatutnya Syira janji nak pos Isnin...tapi disebabkan ada hal kematian dan sibuk menguruskan persiapan untuk masuk universiti, Syira terpaksa hold dulu perkara berkaitan blog..


Harap kalian suka hadiah istimewa ini ^_^

Tahniah kepada semua !
maaf zahir batin :)
doakan Syira ye :)

5 cara mengatasi masalah pentingkan diri

Assalamualaikum
hye semua.

anda seseorang yang pentingkan diri ?
jika Ya..jom kenali 5 cara untuk mengatasi masalah pentingkan diri.


1. Letakkan diri kita di tempat dan situasi mereka.

Sikap yang pentingkan diri kadangkala menyebabkan orang lain tersinggung.
So, cara untuk mengatasi masalah pentingkan diri, cuba letakkan diri kita di tempat dan situasi mereka. Baru kita mengetahui respon buruk dari kita terhadap mereka.
Contohnya apabila sebelum ini kita sering meninggalkan semua orang di sekeliling dengan satu keputusan yang kita buat sendiri tanpa bertanya bagaimana perasaan mereka.
Tempat makan, restoran pilihan, destinasi percutian atau apa saja, semuanya hanya kamu saja yang membuat keputusan.


2. Meletakkan kehendak orang lain lebih utama dari kehendak kita.

Selama ini hanya kita sahaja yang meminta dibelanja macam-macam.
Kali ini tanya pula apa mereka mahu. Jika dia asyik mengikut telunjuk kita, cuba pula ikut apa yang dia mahukan.
Percayalah, persahabatan dan hubungan kita dengan kawan-kawan atau sesiapa saja akan menjadi lebih sihat dan dihormati kerana kita tidak jenis hanya meletak fokus pada diri kita sebaliknya menjadikan semua orang penting dan mempunyai peranan untuk membuat keputusan.


3. Buang sikap suka mengambil kesempatan, latih diri untuk sentiasa berkongsi.

Berhenti ambil kesempatan kerana individu yang mementingkan diri biasanya kerap menggunakan perkhidmatan atau jasa baik orang lain untuk kegunaan peribadi.
Contohnya, kita selalu meminta kawan belanja, selalu mengharapkan bantuan orang lain tapi apabila mereka memerlukan bantuan, kita tidak hirau dan berlagak seperti tiada apa berlaku.
Ini adalah sifat dan sikap kebiasaan mereka yang mementingkan diri sendiri.
Kalau mereka susah, bukan main kata-kata dan pujukannya, tapi kalau orang lain baru sekali meminta bantuan atau memberi 'hint' untuk meminta bantuan, macam-macam alasan yang diberikan untuk mengelak.


4. Jadi pendengar yang baik.

Orang yang pentingkan diri biasanya memiliki kemahiran mendengar yang kurang.
Cuba dengar apa kata atau luahan orang lain kepada kita.
 Jadilah pendengar yang baik. Individu yang pentingkan diri sendiri selalunya hanya ingin orang sekeliling saja mendengar ceritanya.
Kalau bersembang bersama atau duduk melepak, hanya dia saja yang tidak henti bercerita mengenai pengalamannya, kisah sedih dan gembiranya dan macam-macam lagi.
 Tapi bila orang lain punya cerita, langsung tidak diendahkan.


5. Ikut keputusan orang lain.

Terakhir sekali, apa kata kita cuba untuk membiarkan mereka pula putuskan sesuatu keputusan.
 Sebelum ini mungkin kita yang selalu membuat keputusan untuk pergi ke mana mana atau membuat pelan bagi aktiviti hujung minggu.
Apa kata kali ini biarkan mereka pula yang bagi cadangan.
Mungkin kita dapat melakukan aktiviti baru yang belum pernah dilakukan sebelum ini.


Pastikan sesuatu itu dilakukan atas kehendak bersama bukannya mengikut kehendak anda sahaja.
Jangan sombong, jangan terus merasakan diri kita betul dan orang selesa dengan cara kita.
Cuba menjadi pendengar yang baik, menghargai orang lain dan cuba menerima kehendak serta cara orang lain.
Dengan cara ini..
lebih mudah untuk berkomunikasi dan melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas :)

-

Tuesday, August 19, 2014

KAD RAYA (16) dari Cikk Mira

Assalamualaikum
hye semua :)

Alhamdulillah...Syira dapat kad raya lagi :D
Kad raya comel ni diberi oleh CikkMira iaitu pemilik blog http://www.cikkmira.com/

Yang ni special sikit :D
Syira dapat kad raya sebab Syira merupakan salah seorang pemenang Segmen Kad Raya by CikkMira ^_^
rezeki kan..
Blog CikkMira pun dah makin cantik tau sekarang..
siap buat servis edit blog lagi :D

Thanks ye syg..nnti bagi lagi...hehe..

jom follow ^_^
maaf zahir batin!

Al Fatihah buat Opah.

Assalamualaikum
hye semua :)
Mengingati kematian adalah suatu kewajipan..dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
15 Ogos 2014 satu tarikh yang tidak mungkin kami lupakan.


satu berita sedih menyelubungi kami sekeluarga pagi Jumaat lalu.
jam 4 PAGI 15 0GOS 2014, mama menerima satu panggilan dari kampung..
opah syira baru sahaja kembali menghadap Ilahi...
Sudah 4 bulan opah terlantar sakit dan pada usia 84 tahun opah telah kembali ke sisi Allah.
Saat mengenang kembali kenangan bersama opah pasti menitik air mata.
"intan terpilih" panggilan manja opah buat Syira :') 

opah..tak ada siapa pun dapat ganti tempat opah...
satu nilai opah yang kami kagumi ialah "jiwanya"
Solat..Al Quran menjadi pendamping..ilmu ilmiah menjadi bacaan harian..sedekah setiap minggu..
Allah,kalau nak senaraikan semua memang sukar untuk digambarkan.
hati yang sangat baik..terlalu baik :')

sahabat..
mohon sedekahkan Al fatihah buat opah, Zainon binti Embok..
maafkan segala silap dan halalkan semuanya ye..
semoga roh opah tenang bersama orang beriman dan dicucuri rahmat ke atas mu Ya Allah.
Opah nak sangat kembali ke sisi Allah pada hari Jumaat dan setelah beberapa bulan terlantar sakit, permintaan beliau untuk kembali di sisi Allah pada hari Jumaat dimakbulkan Allah..

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
Al fatihah..


## Sejak Jumaat lalu Syira stop berblog sementara TETAPI masih ada entry yang publish kan ??
sebabnya Syira dah set awal2 sebelum Jumaat tu lagi entry autopublish ..
minggu ni pula Syira sibuk dengan urusan kemasukan U..doakan ye :)

Monday, August 18, 2014

Resepi Ayam masak sos tiram.

Assalamualaikum
hye semua :)
Main Masak-Masak
gambar dari google..nak gambar sebenar tunggu di facebook ye..
phone ada masalah sikit..
and warna asal gelap sikit.
Bahan-bahan:

 Ayam dipotong kecil (lebih sedap bahagian tulang dan kulit)
2 camca besar minyak masak
bawang putih dihiris nipis
1 tangkai cili merah dihiris
1 ½ cawan air
1 camca besar Sos Tiram 
1 camca teh Kicap Pekat Manis
4-5 tangkai Daun Kesom.

*tepung jagung jika perlu


Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih. 
2. Masukkan ayam dan goreng 5 minit atau hingga hampir masak. Masukkan air.
3. Kecilkan api dan renih. 
4. Kacau sekali sekala hingga ayam lembut dan cukup masak. 
5. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
6. Masukkan cili merah dan daun kesom.
7.Masak hingga kuah pekat. *masukkan tepung jagung jika perlu

SELAMAT MENCUBA ^_^

##boleh guna bahan lain seperti daging ata sayur-sayuran :)

Sunday, August 17, 2014

Hati Karat dengan DOSA.

Asslamualaikum
hye semua !

Ramai yang selalu menyindir terutamanya di laman sosial..
kononnya nak cuba buat yang bersalah tu terasa sedangkan dari situ terbuka aib kita sendiri..
terlihat jelas sejauh mana akhlak kita :)
sebelum menulis, berkata atau melakukan apa sahaja tindakan...
fikir semula :)

Motivasi Pagi .

Assalamualaikum
hye semua ^_^


LIHAT DAN PELAJARI :)

Saturday, August 16, 2014

Apakah Perasaan Anda Apabila Datang Ke Blog Ini?

Assalamualaikum
hye semua :)

dah 3 tahun 6 bulan Syira berblog :) tapi hujung tahun lepas je baru aktif ..hehee..
Kali ni Syiraa nak survey sedikit..

Jawab dengan jujur tau :D.

Apakah Perasaan Anda Apabila Datang Ke Blog Ini?

1. Suka
2. Benci
3. Ceria
4. Sedih
5. Cemburu
6. Seronok
7. Menyampah
8. Moody
9. Teruja
10. Tiada perasaan


Ada 10 jawapan sahaja di atas. Boleh pilih lebih daripada satu jawapan.

Sila jawab di ruangan komen ya..

URL Blog :
Jawapan :
Ulasan : Jika ada

Maaf zahir batin ^_^

#sebarang nasihat atau kritikan akan diambil dari sudut positif :) terima kasih ~


Resepi popia cheese

Assaalamualaikum
hye semua !
gambar dari google..
gambar sebenar tunggu di facebook nanti ye
sebab ada masalah dengan phone :)
jom belajar resepi ringkas, jimat dan paling best kenyang ! hehe..
hidangan untuk 3 hingga 5 orang :)

Bahan-bahan :

Kulit popia -16
Lobak merah -1
Sosej (panjang) -2
cheese -ikut suka nak banyak mana
Minyak
Telur -1

Cara-cara :

1. Potong sosej (panjang) kepada 2 bahagian kemudian potong bahagian tadi kepada 4.
2. Hiris lobak merah.
3. Ambil kepingan kulit popia, letakkan sosej,lobak merah yang telah dihiris dan cheese.
4. Kemudian, guling seperti bentuk popia dan di hujung gulungan tersebut sapukan sedikit telur supaya gulungan popia tadi melekat.
5.Panaskan minyak dan goreng popia hingga garing.
6. Siap !

Terus makan panas panas memang best ! cair je cheese.yummy ~~~


## Boleh guna bahan lain seperti isi ketam kentang, sengkuang, ayam daging, taugeh dan sebagainya  :)

Friday, August 15, 2014

Tips Menjemput Rezeki.

Assalamualaikum
hye semua :)

Syira pernah share tips menjemput rezeki ni dulu tapi kali ini Syira nak share lagi dengan pendekatan berbeza :)

Jangan mengeluh dan berkata

 "bestnya dia, murah je rezeki"
"macam2 dia dapat, aku tak ada pun"
"kan best kalau hidup macam dia"


Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki....
cuba muhasabah..segala yang berlaku ini bersebab..ada hikmahnya..mungkin juga kifarah..
syukurlah...kita diberi nafas untuk terus hidup..diberi mata untuk terus melihat..diberi fizikal yang baik untuk bekerja..diberi akal untuk berfikir..syukurlah..
gunakan apa yang ada sebaiknya..

kita sering melihat indahnya kisah mereka tanpa kita sedari bahawa orang lain juga menginginkan hidup seindah kisah kita. :)

rezeki perlu dicari bukan hanya duduk goyang kaki menanti ~

Menjemput rezeki dengan :

Utamakan solat
Solat tahajud
Solat Dhuha
Solat Hajat
Zikir
Doa
Mendoakan orang lain.
Sedekah.
Membaca Al-Quran.
Asma'ul-Husna.
Bersyukur
Tekun Berusaha.
Menjaga silaturrahim.
Elakkan hasad dengki.
Bersangka baik.


Kadang-kadang kita bersungguh-sungguh berdoa.
Sudah berbulan-bulan kita berdoa, malah ada yang sampai bertahun, namun masih belum juga Allah kabulkan. Jangan risau, teruskan berdoa.
Allah yang Maha Bijaksana lebih mengetahui 
bila masanya yang paling tepat untuk memakbulkan doa kita :)
Yang penting kita kena yakin ! ^_^
Keyakinan itu yang menunjukkan bahawa kita percaya dengan janji Allah. :) Yakinlah !

"Kekayaan sebenar adalah apabila jiwa menjadi tenang, ceria dan bahagia.
Kekayaan hati didapati bukan dengan mencari sebanyak-banyaknya harta tetapi dengan memberi sebanyak-banyaknya.
Mereka Bersyukur berapa pun rezeki yang Allah beri, dan pada masa yang sama mahu memberi, memberi dan terus memberi. "


Syira pilih Ijazah Sarjana Muda Kaunseling - Universiti Malaya.

Assalamualaikum
hye semua !!

seperti yang semua tahu [klik]...untuk kemasukkan ke program ijazah sarjana muda sesi 2014/2015..
Syira ditawarkan 2 pilihan iaitu 
Universiti Malaya (Kaunseling) 
dan 
Universiti Sains Malaysia (Sastera dengan Pendidikan) .
Dua dua kos ni ada interview dulu (iv USM) dan (iv UM) ...
dua dua tempoh pengajiannya 4 tahun !
 bila dah dapat ni maknanya Syira lulus interview :)
Yang bestnya..dua dua kos ni merupakan pilihan pertama Syira semasa membuat permohonan.
rezeki kann.

masa semakin suntuk memandangkan 12 Ogos baru dapat tawaran and Syira hanya ada lebih kurang 20 hari (dari tarikh pengumuman tawaran) untuk membuat persiapan.

and setelah berfikir panjang serta mendapatkan khidmat nasihat...atas beberapa faktor..
Syira dah buat keputusan untuk MENERIMA tawaran dari Universiti Malaya (ISM Kaunseling) dan terpaksa MENOLAK tawaran dari Universiti Sains Malaysia (ISM Sastera dengan Pendidikan).



Universiti Malaya (ISM Kaunseling)
tempoh pengajian : 4 tahun..

kawan2 dapat 3 tahun je..yela..bergantung pada kos kan..
and pointer 3.75 baru dapat dekan...
hmm..takpe la..jihad menuntut ilmu ^_^

so..hye kawan-kawan dari Universiti Malaya..mohon beri tunjuk ajar ye ^_^

terima kasih semua yang setia mendoakan :)
Doakan yang terbaik ye ^_^


### untuk pelajar STPM..jangan malu andai ramai memandang rendah terhadap anda.
Syira juga lepasan STPM (sistem modular-sem) and dah terbukti anda juga berpeluang untuk berjaya ! ^_^
kuatkan semangat , fokus terhadap matlamat dan doa !

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah