"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, July 25, 2012

kelebihan itu ujian Allah :)

Assalamualaikum
hye semua!

 :) semua orang ada kelebihan dan kekurangan.
Tetapi ade segelintir yang berasa cemburu dengan kelebihan orang lain sedangkan dia tidak tahu bahawa kelebihan itu ujian Allah :)






apakah tujuan ujian itu?
adalah utk menguji keimanan dan juga membuktikan kecintaan pada Allah,


kadang-kadang, kelebihan yang dikurniakan itu adalah satu ujian, dan kekurangan yang ada itu nanti, akan menjadi kelebihan seseorang...

buka surah ke 16 ayat ke 71, menceritakan tentang kelebihan yang allah kurniakan terhadap manusia

Surah An Nahl 

[71]Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?

then buka surah ke 6 ayat 165 pula...ni Allah bgtau kita tentang atas kelebihan yang di kurniakan pada kita itu akan diuji.

Surah Al An'aam 
[165]Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Kita sebagai manusia sukar untuk lari dari tanggapan negatif terhadap orang lain.
Sering berasa bahawa orang lain punya kehidupan yang lebih indah dari kita.
Selalu menganggap diri sendiri tidak hebat dan mungkin kadang kala sanggup melakukan apa saja demi menjatuhkan orang lain..kan tak elok tuu..cubalah bersyukur dengan nikmat Allah.
Segala-galanya indah dan baik kalau kita tahu menjaga dan menggunakannya.
Jangan kerana tamak kita cuba menjatuhkan saudara sendiri..


##Allah itu adil..
tutuplah kelemahan diri dengan kelebihan yang kita ada.

bleh check balik kat internet hadith ni, insyaallah ada.
sekadar sharing, moga bermanfaat...insyaallah ^_^
sumber : kitabsuciquran







Monday, July 16, 2012

kerana kita tak sanggup

Assalamualaikum
hye semua !





Kenapa kita menangis walaupun kita tahu dia tegar sakiti kita?
Mengapa kita bersabar walaupun dia sentiasa salah?
Kenapa kita menunggu walaupun kita tahu kita dah lama bagi peluang ?


bukan kita tak boleh terima kenyataan
tapi hati memberontak untuk tidak percaya
otak bercelaru untuk memikir kewarasannya
kita rasa menyesal dengan apa yang terjadi
kita rasa itu bukan diri dia
kita rasa kita kenal dia siapa
bukan yang selalu menyakiti
Kita bersabar sebab kita masih sayang
kita bg dia peluang
bagi dia peluang untuk mengaku kesalahan
bagi dia masa untuk berfikir
mungkin tindakan dia dulu sewaktu jiwa sedang bermain dengan emosi
mungkin juga tika serabut dengan masalah dunia
kita tahu dia kan berubah
kita cuba kuatkan hati
memaafkan
menunggu
bersabar dan terus bersabar
kerana kita tak sanggup
tak sanggup
 kehilangan orang yang kita sayang
keindahan keluarga,juga sahabat...


You've got to take the good with the bad, smile with the sad, love what you've got, and remember what you had. Always forgive, but never forget. Learn from mistakes, but never regret.


Saturday, July 14, 2012

Bila dah sayang,tak perlu risau :)

Assalamualaikum
hye semua !!


Perempuan:

Kalau kita cintakan seseorang...
jangan kejar atau ikut kemana dia pergi
tapi lepaskan dia biar dia rasa rindu yg akan mengulit jiwa dia..
dan kalau benar ada cinta dihati dia..
dia akan kembali ;)

Lelaki:
Kalau anda benar2 cintakan seseorang wanita
jangan lukakan hatinya tapi jaga hatinya.
ikut dia melalui hatimu
doa pada yg ESA agar permudahkan
bukan mengejar dia dgn NAFSU.



Kenyataan dan kebenaran yang menyakitkan,tapi kita harus terima :)
Bukan melepaskan dia hilang dari hati,tapi melepaskan dia bebas dgn hidupnya,
melayari hidup dengan teman-temannya..
kerana bila dah sayang,tak perlu risau,apa pun terjadi dan siapa pun dengannya ..
kita sentiasa ada di hati ^_^ tak akan lupa :)
Teguhkan hati dengan Allah,InsyaAllah...
Allah akan kuatkan hati kamu dan dia :)

Pengorbanan itu perlu.. Mengalah tak bererti kalah,Maaf tak bererti salah :)

#aku tak kisah memberi,melepaskan atau apa sekalipun.. <3
kerana memberi lebih baik dari meminta ^_^



Saturday, July 7, 2012

Hari Koko SMK Jalan Tasek

Assalamualaikum
hye semuaa !!

sejak dua tiga empat menjakkk ni,malas je nak update blog :P hehhee
minta ampun dan maaf dari hujung rambut beruban ke hujung kuku kaki...
Syira sedang mengalami tahap kemalasan mengadap blog dan kekosongan idea..
Tapi hari ni Syira cuba tingkatkan kerajinan semaksima mungkin untuk menaip seringkas,sepadat dan selajunya nukilan indah buat anda pembaca setia.. setia ke?? hahaa..



Hari :Sabtu
Tarikh :  7 Julai 2012
Tempat :  SMK Jalan Tasek,Ipoh..
Aktiviti : Hari Koko SMK Jalan Tasek.

Ni 1st time Syira join hari koko..before ni sekolah lama (SMK Tasek Damai) tak ada pun buat sambutan hari koko..
so tahun ni dapat la merasa kannn,..
macam-macam aktiviti ada,Tayangan,Jualan,Permainan,Nyanyian,Aktiviti Pasukan Unit Beruniform..
Syira,Umi,Dyla dan Kak Chik ,wakil Puteri Islam masuk pertandingan mendirikan khemah. ..
Alhamdulillah,kami dpt tempat ke 2...naib johan oke ! terasa bangga ^_^ ! hehee..
harap lepas ni menang mcm2 lg laaa ^_^

#rinduu puteri islam SMK Tasek Damai... :'(




##maaf post kali ni ayat agak kemerapuan :P


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah