Assalamualaikum
hye semua :)
Projek Al-khairiyah Intec akan mengada sebuah program iaitu
“Raya Bersama Anak-Anak Rumah Kebajikan Alkhariyah”.
Program ini akan berlangsung pada 16 ogos 2014 di rumah kebajikan tersebut.
Rumah Kebajikan ini menjaga sebanyak 50 orang kanak-kanak, yang terdiri daripada anak-anak yatim dan juga anak-anak dari keluarga daif.
Untuk menjayakan program ini..pihak yang menganjurkan projek ini memerlukan bantuan dari anda pembaca blog Syira Lokman untuk memberi sumbangan bagi membantu anak-anak ini.
Mereka memerlukan RM5000 dari anda :)
Tajaan yang diperlukan:
1) Katering
2) Saguhati untuk anak anak yatim
3) Dana program – wang untuk perlaksanaan program dan aktiviti
4) Peralatan promosi dan pengikalanan
Rumah Kebajikan dibina sebelum kemerdekaan lagi, sejak dari itu rumah kebajikan ini
menerima anak-anak yang kurang bernasib baik untuk
berlindung di bawah jagaan rumah kebajikan ini sehinggalah umur mereka mencecah 17 tahun.
Kini, rumah ini diurus oleh Tuan Haji Bani dan isterinya.
Tujuan program bertujuan
meraikan hari raya yang mulia ini anak-anak rumah kebajikan ini agar mereka dapat merasa kemanisan hari raya.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu rumah kebajikan ini sedikit sebanyak dari segi kewangan.
Kami juga merasakan program ini adalah sebagai tanggungjawab
kami untuk membantu orang-orang yang kurang bernasib baik ini serta sebagai amal ibadah.
Program ini ialah program usaha sama antara penganjur program dan pihak penaja.
Pihak kami akan menguruskan program ini manakala pihak penaja memberi tajaan atau dana bagi menjayakan program ini.
OBJEKTIF
1. Mempromosikan Rumah Kebajikan Al-Khariyah supaya rumah ini mendapat dana yang berlangsungan dan dapat menarik perhatian orang ramai.
2. Melahirkan rasa simpati dan prihatin terhadap anak-anak yang kurang bernasib baik.
3. Melahirkan suasana hari raya di rumah kebajikan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
4. Menguatkan ukhwah antara pelajar dan masyarakat.
5. Memahami dan mendalami keadaan anak-anak yatim dan daif.
6. Membuka mata masyarakat agar lebih prihatin kepada golongan kurang bernasib baik.
7. Mempraktikkan program “Corporate Social Responsibility”( CSR )
MANFAAT
1. PENAJA
* Disamping sumbangan yang diberikan ialah amal jariah , program ini juga boleh menjadi medium yang baik untuk mempromosikan dan mengiklankan syarikat.
Beberap aktiviti akan diadakan semasa program ini berlangsung pada 16 Ogos 2014 nanti :)
Objektif aktiviti ---->
1. Merapatkan silaturahim antara pelajar INTEC dengan anak-anak yatim
2. Melahirkan barisan mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin terhadap masyarakat
3. Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dalam jiwa anak-anak yatim
4. Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan atau ‘teamwork’
5. Menggembirakan hati anak-anak yatim dengan aktiviti-aktiviti yang mengurangkan stress
6. Membantu menyediakan kelengkapan harian para anak yatim
7. Menyedarkan diri kita agar sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT
8. Melatih mereka berfikiran kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu baharu
9. Memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk berkomunikasi dengan lebih efektif
10. Membantu mereka untuk menyelesaikan masalah harian yang mereka hadapi
11. Menyuntikkan nilai-nilai murni dalam diri seperti kasih saying, bertanggungjawab dan sebagainya.
Alamat
Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah
Batu 1 1/2, Sungai Pinang, Jalan Kapar, Klang, Selangor
Tel: 03-3410362
Tel: 012-6602274 (Haji Bani)
Sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui account yang disediakan atau berhubung dengan pihak terlibat melalui no telefon yang diberikan :)
(lihat banner)
Terima kasih !
Sumbangan anda amat dihargai !
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima :)
salam sayang dari
Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah !