Assalamualaikum
hye semua !
jom cuba resepi baru ! hehe..daging masak hitam..ni 1st time tau Syira buat and alhamdulillah jadi :D
Sebenarnya Syira suka sangat daging masak hitam tapi tak pernah buat, kali ni baru berkesempatan nak cuba and share resepi !
Bahan-bahan
daging batang pinang ~ di potong, cuci bersih. Jika guna daging lain, rebus dahulu hingga empuk.
5 sudu kecil air asam jawa.
garam
gula
cili merah untuk hiasan.
air jika perlu.
5 sudu kicap manis.
air jika perlu.
5 sudu kicap manis.
Bahan tumis
1 batang serai ~ dititik
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut dan kisar
1 inc halia
Cara-cara :
- Sekiranya guna daging biasa, rebus daging hingga empuk dan perapkan dengan kicap selama 15 minit.
- Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis serta bunga lawang.
- Kemudian, masukkan bahan yang dikisar bersama serai.
- Biarkan sehingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Tambah sedikit air jika perlu.
- Akhir sekali, masukkan daging bersama perapan kicap tadi.
- Gaul hingga masak sekata.
- Hidangkan dengan hiasan cili merah.
Selamat mencuba ! jangan risauuuu...
masak dengan hati dan penuh kasih sayang..insyaAllah sedap :D