"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, July 17, 2014

Untuk berjaya kita perlu sentiasa bergerak.

Assalamualaikum
hye semua !

Untuk berjaya kita perlu sentiasa bergerak..
fikir langkah seterusnya, seterusnya dan seterusnya..
jangan berhenti berusaha 
kerana 
walaupun jam terhenti,
masa terus berjalan sesaat demi sesaat hingga usiamu tua dan tak terdaya.


Empat faktor utama perlu diterapkan dalam merialisasikan impian kita. 

  1. Niat 
  2. Ketekunan berusaha.
  3. Pengalaman atau sedikit pengetahuan mengenai ke mana arah usaha itu
  4. Mesti ada sifat jujur kerana ia menjanjikan keberkatan di dalam setiap usaha yang dilakukan.
Untuk berjaya dalam apa jua perkara..pastikan niat kita betul..buat kerana Allah.
Tingkatkan usaha dan jangan putus asa.
Gunakan pengalaman dan kekuatan yang ada untuk terus bangkit serta cari jalan untuk membina kekuatan pada setiap kelemahan itu.
Walau apa pun jadi, pastikan sifat jujur memimpin pergerakan usaha kita :)


Nak berjaya memang tiada jalan pintas. 
Cuma kita perlu bijak untuk menggubahnya. 
Bijak yang macam mana? Bijak dalam menguruskan masa.

Kesilapan masa lalu bukan penghalang untuk kita terus jatuh tetapi batu loncatan untuk kita lebih berjaya :)
Gunakan kesilapan masa lalu sebagai rujukan pada masa akan datang. 

Selain itu, apa yang paling penting ialah kefahaman terhadap nilai agama.
Nilai agama perlu diterap dalam diri setiap detik dalam kehidupan kita :) 
Sekiranya kita yakin Allah pemberi rezeki dan setiap usaha ita akan mendapat kebaikan dariNya, pasti kita tidak merungut setiap kali usaha yang dilakukan tidak berhasil. 
Fikirkanlah di mana kekurangannya.

Di waktu mudalah kita perlu beramal. Jangan sesekali beranggapan kita akan hidup kekal lama. 
Dan jangan juga beranggap kesenangan yang kita peroleh sekarang adalah milik kekal.
Setiap apa yang kita miliki hanyalah pinjaman dari Allah...
Gunakan sebaik mungkin dan jangan sia-siakan bakat juga faktor positif yang ada di sekeliling kita yang boleh digunakan untuk membawa kejayaan dunia akhirat kepada kita :)
kejayaan-milik-setiap-insan.jpg
Dengarkan kata-kata ini dan fikirkanlah ia sebagai pedoman kita semua: 
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri.”

Terus usaha dan doa :)
All the best !!

16 comments:

Montana said...

katun yg cukup bermotivasi

FarahFerraDotCom said...

Nice sharing syira..=D

sitirohaida said...

betul tu syira,kalau kita takde pegangan tu,memang kita takkan ke mana2

Sheila Salim said...

Assalamualaikum syira. nice tips. heee thanks sharing ~~~

Asha Lya said...

Setuju klau mls mcm mna nak berjaya kan

zuhaira nasrin said...

niat kerana Allah dan kena sentiasa yakin dengan rezeki yg Allah bagi :)

zuhaira nasrin said...

niat kena betul kerana Allah dan kena sentiasa yakin dengan rezekinNya :)

Lya Akif Imtiyaz said...

Niat tu yang paling penting ..

Lya Akif Imtiyaz said...

Nice Sharing Syira

Syira Lokman said...

sama2 ..sekadar berkongsi :)

Unknown said...

betul tu, kene ada niat bila nak buat apa2 :)

Unknown said...

nice sharing syira :)

aRz MoHa said...

Jangan kenal erti kalah

Ain I Mama said...

betul tu..niat kena betul..

Azhafizah MN said...

sentiasa konsisten bergerak jangan mudah putus asa :)

Mimie said...

betul tuh nk berjaua kne la bergerak scra konsisiten kan...xkn duk diam lak

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah