"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, June 15, 2012

"La Tahzan" InsyaAllah Allah ganti lebih baik.





Dulu dia selalu ada denganmu
Dulu dia yang mendengar keluhmu..
Dia teman juga kasihmu
kau mengharap dia dan dirimu bersatu

Tapi kini,
entah apa sebabnyaa
Dia mula jauh dari kamu
dan akhirnya pergi meninggalkamu
Jangan menangis lagi
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu dan dia..


Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.


"La Tahzan". Jangan Bersedih. InsyaAllah Allah ganti lebih baik... ^_^








Apa itu tawaqqi?

  • Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, “menjaga diri daripada perkara yang tak diingini.”

  • Menurut Muhammad bin Allan, “taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan.”

  • Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai “berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri.”



8 comments:

Admin said...

Allah tahu apa yang tebaik buat kita,
jangan berterusan menangisi ^^

Syira Lokman said...

ahsfantasy : betul tu betul ^_^

Belladeone said...

terengat kata2 dato' hussamudin di konvensyen jutawan muslim..kenapa perlu bersedih dengan org yg tinggalkan kita,itu bermaksud kita masih ada peluang untuk mencari orang yang lebih dari dia..hehe..akan saya pegang kata2 itu..

✿INA AINAA✿ said...

cintailah Allah terlebih dahulu sblum hendak menyintai yg lain... Cinta Allah yg kekal abadi... Allah know BEST

khairulsyarafi said...

la tahzan!! :3 suka ayat ni

Syira Lokman said...

Belladeone : setuju ! betul tu..ada hikmahnya kannn :)

Lady Ainaa: betul tu akak...cintai Allah penting :D

Syarafi : hehe..kte pun suka ^_^

Unknown said...

Ada hikmah dsebalik setiap kejadian...Jgn bersedih kerana Allah telah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita...:)

Syira Lokman said...

chah abbas : setuju!!! hehehe...thanks sudi komen ye :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah