"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, July 25, 2012

kelebihan itu ujian Allah :)

Assalamualaikum
hye semua!

 :) semua orang ada kelebihan dan kekurangan.
Tetapi ade segelintir yang berasa cemburu dengan kelebihan orang lain sedangkan dia tidak tahu bahawa kelebihan itu ujian Allah :)






apakah tujuan ujian itu?
adalah utk menguji keimanan dan juga membuktikan kecintaan pada Allah,


kadang-kadang, kelebihan yang dikurniakan itu adalah satu ujian, dan kekurangan yang ada itu nanti, akan menjadi kelebihan seseorang...

buka surah ke 16 ayat ke 71, menceritakan tentang kelebihan yang allah kurniakan terhadap manusia

Surah An Nahl 

[71]Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?

then buka surah ke 6 ayat 165 pula...ni Allah bgtau kita tentang atas kelebihan yang di kurniakan pada kita itu akan diuji.

Surah Al An'aam 
[165]Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Kita sebagai manusia sukar untuk lari dari tanggapan negatif terhadap orang lain.
Sering berasa bahawa orang lain punya kehidupan yang lebih indah dari kita.
Selalu menganggap diri sendiri tidak hebat dan mungkin kadang kala sanggup melakukan apa saja demi menjatuhkan orang lain..kan tak elok tuu..cubalah bersyukur dengan nikmat Allah.
Segala-galanya indah dan baik kalau kita tahu menjaga dan menggunakannya.
Jangan kerana tamak kita cuba menjatuhkan saudara sendiri..


##Allah itu adil..
tutuplah kelemahan diri dengan kelebihan yang kita ada.

bleh check balik kat internet hadith ni, insyaallah ada.
sekadar sharing, moga bermanfaat...insyaallah ^_^
sumber : kitabsuciquran







8 comments:

Hanna Nabiella said...

huhu, btoi3 tu..skit3 nak jles ! hehe, btw..alololorghhh, omey nye blog dy..huhu

Noor Atikah Ramli said...

yeah ! setuju sgt ^^

Halo Hasta said...

nice post, thanks for sharing :)

Yuliana Wahit said...

singgah sini...

Syira Lokman said...

terima kasih semuaaa ^_^

PCL said...

salam singgah..

Syahirah Rasdi said...

lumrah kehidupan..segelintir manusia tak senang tgk orang lain senang, senang tgk orang lain susah..:)

Syira Lokman said...

PCL : macehhh :)

Wanda : .. :) kannn..sabar je laa

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah