"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, January 29, 2014

Blog Syira Lokman dah 3 tahun !

Assalamualaikum
hye semua !

28/1/2014 ! 
Blog Syira dah 3 tahun :D
waa~~ dah lama tapi rasa macam baru..


hehe..sebenarnya dah terlajak 1 hari baru teringat nak buat entry ^_^

Hye...
saya Syira Lokman..umur saya 20 tahun :)
Tegur saya jika saya salah ye :)
Mesti ramai blogger yang baru sedar kehadiran Syira dalam dunia blogging ni kan ?
yelaaa
nama je 3 tahun ada blog tapi start aktif pun bulan lepas :D
Dulu mula buat blog saja suka suka..
biasa la..zaman sekolah..cerita suka hati je kat blog ni..pasal diri la,kawan2 la..

sampai satu masa rasa nak delete blog tapi ntah macam mana rasa macam blog ni penting untuk Syira.
salah satu cita cita Syira ialah 
"Syira nak jadi inspirasi kepada orang lain"
Syira terfikir
"berblog untuk apa"
Sebab apa yang kita tulis akan menjadi saham diakhirat. Biarlah saham tu yang halal bukan haram kan ?
Macam mana boleh jadi haram ?
Bila share cerita buruk orang, mengutuk dan buka aib manusia or apa sahaja yang negatif :)

Sebelum Syira mula aktif berblog balik, 
Syira dah delete entry merapu,luahan perasaan, dan apa sahaja gambar yang tidak sempurna penutupan auratnya walaupun gambar orang lain yang ada dalam blog ni.

Mungkin ada yang pelik
"untuk apa Syira berblog?"
"Dapat apa?"
:) I have my own reasons..ada sebabnya :)
tapi Syira tak nak bagitau..hehe..biarlah rahsia.
Syira nak bantu orang lain dengan cara Syira sendiri :)
Yang penting
"Untuk masa depan"

Syira nak gunakan blog untuk share tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam, fashion, resepi, tips blogging and giveaway.
Syira akan teruskan dengan cara Syira berblog dan 
masih kekal dengan niat awal berblog. 
Syira bukan blogger sepenuh masa.
Syira berniaga tapi berniaga ilmu.
Itu yang Syira mampu :)

Syira dah niatkan dalam hati nak share ilmu dengan pembaca semua walaupun Syira tak hebat mana.
Alhamdulillah.. 
seronok berblog ni,makin ramai kawan yang baik dan ramah pula tu ^_^
Dapat banyak hadiah bila join giveaway :) seronok kongsi rezeki.
Allah bagi rezeki lagi apabila blog Syira terpilih untuk menghiasi ruangan "review blogger" dalam majalah remaja [KLIK SINI]

Alhamdulillah..Kalau ada pertanyaan, nak minta tolong atau nak Syira review produk, online shop, butik, tolong kumpul sumbangan/derma atau sebarang urusan, please add fb, follow twitter atau pun email je :)
insyaAllah i will help you :)
* Syira lebih aktif di fb !

Email : syiralokman21@yahoo.com

Other than URL given, I do not own any other social media network.

Saya menulis untuk semua ^_^
My writing comes pure and sincerely from my heart. 
I hope you will enjoy reading my blog as much as I do :)

### Saya menulis untuk diri sendiri, untuk orang lain, kamu, mereka atau sesiapa sahaja :)
moga bermanfaat !
Bersama sebarkan kebaikan dan kasih sayang ^_^


18 comments:

Jejari Menaip said...

wah2xx.....dah lama ya...3 tahun...pape pun teruskan berkongsian apa yg bermanfaat...

Anonymous said...

berniaga ilmu , frasa menarik :)

Dingdang said...

tahniah Syira... :)

Unknown said...

same goes to me..klo bole nk post sume bnda y bole bntu kite kt akhirat..=) hehe..

setiap org ade mkna tersndiri kenapa berblog kan..=)

Unknown said...

Saya pun pernah terfikir nak delete blog, tapi betullah macam Syira cakap tu, blog utk saham akhirat. Moga-moga kita update yang baik-baik saja hendaknya. Tahniah sebab dah 3 tahun, lepas tu masuk majalah Remaja. All the best :)

Syira Lokman said...

ikhwan :alhamdulillah..insyaAllah.

shafiq : :) tq

nurul faiz : thanks akak ^_^

Ai Syah :betul tu awak..tde cpe boleh judge :)

Biela : terima kasih dear ^_^

Kiera Rashid said...

Tahniah :)

Unknown said...

tahniah.i wish u luck utk sgla apa yang diimpikan dlm brblog ni..
=)

Unknown said...

tahniah syira :)
semoga berjaya mengejar impian awk :)

Syuhada Nasya said...

BLOG SY DAH 4 TAHUN.. TP BLOG SAYA BOSAN EHHEHE..
JMPUT DTG BLOG SY :)

fragmenbiru said...

Wah..Abak suka sngat2 bila baca entri ni...tahniah Syira.. sbb jadi mtivasi kpada Abak..tindkan yg sngat bgus dlete sglan bnda yg tdak spatutnya.. keep it up!!! Abak sokong!!!!!

Inani Hazwani said...

wah , dah tiga tahun..kita baru nak merangkak rangkak dalam dunia blog.. hihi.teruskan usaha menyampaikan ilmu :)

ayuzan said...

gd luck syira!

Syira Lokman said...

KIERA : MACEHHH :)

SUE : TQ..DOAKAN YE :)

SHAHIDA : ALHAMDULILLAH..DOAKAN..

SYUHADA : BAIKKK ..BARU TPE ASAL BERKUALITI :)

ABAK : TQ ABAK..MASIH BNYK KNE BAIKI :) DOAKAN ..

Syira Lokman said...

INANI : HEHE...TPE..SLOW2:)

AYU : TQ AYU :)

CIK AKAK : HEHE..DOAKAN..TQ :)

Fara Athira said...

Waaa.. da lama . Hehe ♥

Azhafizah MN said...

lama tu..congrats berjaya sampai skang syira..All the best Syira!

Syira Lokman said...

fara : hehe.. tp bru aktif semula :)

azhafizah : tq akak..bru je mula balik akak :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah