"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, June 12, 2014

Petua Untuk Kelihatan Cantik dan Awet Muda.

Assalamualaikum
hye semua !

Semua suka cantik cantik kann ?
pakai produk itu ini , berhabis duit semata-mata nak kelihatan cantik menawan :)
ehem ! ehem !
nak cara lagi mudah tak ? :D
JOM !
Syira ada cara mudah untuk anda kelihatan cantik luar dan dalam ^_^

Kartun Gambar Muslimah Cantik

Minum air suam sebaik bangun dari tidur.

Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat. 
Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu.
Madu ialah penawar berbagai penyakit.

Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.

Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. 
Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri 
akan makin cepat berkedut pulak.

Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. 
Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.
Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. 
Amalkan setiap pagi. Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana 
Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. 
Semoga Engkau menjauhkan 
wajahku dari api neraka”

Paling penting jangan tinggal solat. 
Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.

Terbaik kan cara ni ?
jom amalkan ^_^

hehe..lepas ni kalau pergi mana-mana dengar la orang cakap..
"eh!macam cantikk je, macam comel jee "
hehe..
korang pun boleh la tersipu malu macam kucing.. ^_^

7 comments:

Eimma said...

wooow... tips yg osem nie ;)

Lya Akif Imtiyaz said...

tq Syira atas perkongsian ..cam cantik jer cam comel jer hehehe

Inani Hazwani said...

boleh laa amalkan :)

Unknown said...

Suka suka suka ^^ Bestnya tips ni Sis Syira. Save budget pulak tu hihi.

Azhafizah MN said...

Thanks for the tips syira :)

Mimie said...

Wah petua yg bagus

Iola said...

wahh sangat bagus..disamping dapat tambah pahala hee

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah