Assalamualaikum
hye semua :)
banyak sangat produk di pasaran sekarang ni kan..
semua orang nak cantik..
tapi sedar atau tidak? tak semua produk sesuai dengan kita..
so sekarang ni lupakan produk seketika..
jom cantikkan wajah dengan masker :D
apa kata kita cuba buat sendiri masker guna bahan-bahan semulajadi?
bahan-bahan ni lebih selamat tau ^_^
jom cuba !
Strawberi
Dimulakan dengan membasuh enam biji buah strawberi tadi.
Kemudian gunakan garfu untuk melecek buah tadi di dalam sebuah mangkuk sehingga hancur.
Masukkan campuran yogurt dan kacau hingga sebati.
Selepas kedua-dua campuran yang diadun sebati menjadi adunan kental dan melekit, letakkan ia di wajah anda.
Biarkan masker tadi di wajah anda selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk.
Beras
Ambil segenggam beras then kisarkan..kemudian campur dengan putih telur.
perahkan sebiji limau kasturi dalam campuran tadi...kemudian sapu rata kat muka.
Tunggu sehingga setengah jam kemudian basuh muka dengan air sejuk.
Amalkan tiap2 malam.
Muka akan jadi halus,bersih & flawless.
#basuhan pertama beras juga boleh digunakan untuk mencuci muka ye :)
Pisang
Selain menambahkan tenaga dalam tubuh seseorang, pisang juga membantu membuatkan kulit wajah lebih cerah.
Caranya adalah dengan mencampurkan bersama avokado dan timun.
Pisang berfungsi sebagai pelembap semulajadi bagi wajah.
Manakala avokado pula membantu menjadikan wajah lebih
sihat dan terasa kenyal kerana ia mengandungi vitamin E.
Putih telur
Kaedah ini membantu dalam mengecikan pori-pori pada wajah.
Caranya cukup mudah, anda hanya perlukan dua biji telurkan.
Asingkan putih telur dari kuning telur.
Kemudian,pukul putih telur. Setelahnya, sapukan ke wajah secara rata.
Setelah 20 minit, bilas dengan air suam.
Ia membantu membuatkan kulit menjadi lebih tegang.
Santan dan madu
Selain berfungsi dalam masakan, campuran bahan-bahan ini boleh dijadikan
sebagai penyegar atautoner semulajadi selain bertindak sebagai agen antibakteria
untuk mengurangkan masalah peradangan di sekitar kulit wajah.
Selain itu, campuran bahan ini membantu mengurangkan
masalah bintik-bintik hitam di wajah.
Tomato dan yogurt
Campuran kedua-dua bahan ini berfungsi sebagai masker untuk mengurangkan masalah kulit.
Caranya kisar tomato segar sehingga lumat kemudian
tambahkan yogurt, minyak zaitun dan sedikit cuka.
Tomato sangat baik dalam membantu membuka pori-pori wajah,
manakala cuka bertindak sebagai pembersih alami, yogurt pula berperanan dalam membersihkan dan menghilangkan noda-noda hitam seterusnya melembutkan kulit.
Manakala minyak zaitun pula menjadikan kulit lebih lembap.
Almond dan nenas
Almond bertindak membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati.
Manakala nenas akan membantu membuang kulit mati setelah wajah dibersihkan.
Caranya, campurkan nenas yang dihancurkan dengan serbuk almond.
Kemudian aplikasikan ke wajah selama beberapa minit.
Setelah itu, bilas dengan air suam dan lihatlah hasilnya.
Limau dan kuning telur.
Ambil dua kuning telur dan satu sudu perahan limau.
Campurkan kedua bahan tersebut dan ratakan ke wajah selama lebih kurang 10 minit.
Kuning telur merupakan kaedah terbaik untuk membantu masalah jerawat.
Manakala perahan limau yang mengandungi vitamin C pula bertindak sebagai pembersih semula jadi.
Minyak zaitun dan almond
Kaedah ini membantu mengurangkan masalah kulit yang kering.
Caranya, campurkan minyak zaitun dengan serbuk almond.
Sapukan ke wajah selama 10 minit, biarkan hingga minyak meresap.
Banyak kan bahan yang kita boleh guna untuk buat masker sendiri :)
Boleh cantik dengan selamat tanpa bahan kimia !
Selamat bercantik cantik ^_^
hehe
14 comments:
Bagus juga kan...senang dan jimat..
Bahan smlajd ni sbnrnya mmg lg elok cuma byasela kdang2 tu malas..hee
boleh cuba yang senang2 tu.. my sister pernah guna kulit pisang tuk hilangkan parut. berkesan!
banyaknya cara membuat masker semula jadi..tapi tu a bila kemalasan melanda, yang mudah pun susah nak buat..hihihi..apapun nice sharing..
paling senang guna air beras tu..hehe..selalu jga buat
mmg best to nk wut tu yg mls...eheh
nak testimoni wan. nak kamu jadi testimoni. haha :D
baru nak belajar pakai mask... tapi takat ni beli je
BUKAN KOME JE MALAS..SYIRA PUN MALAS..BERAPA LAMA DAH BERANGAN NAK BUAT TP TAK BUAT2..HEHEEE
Selalu buat mask guna putih telur..hee
sayangnyer la strwberi tu nk buat masker..hehe
kadang kadang cara tradisional pun berkesan juga :)
gune bhn smlajadi lg bgus
husna tak pernah lg buat masker.. asyik tempek bedak sejuk je..:p
Post a Comment