"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, March 1, 2015

Sem 2 dah bermula !

Assalamualaikum
hye semua :)

tempek 1 gambar dulu..ni ala ala gambar pembuka bicara la kenkonon..haha..
tu tudung baru tu, special...cadangnya nak jual murah murah je RM30 bidang 45..shimmery bawal square :D tapi..itu nanti kte story ye awak...

hari ini nak cerita pasal diri sendiri, lamanyaa tak story pasal life sendiri...mood update blog ntah hilang ke mana..patutnya semalam nak update tapi wifi pula takde..acane ?

rinduuu nak aktif blog, rinduu nak blogwalking..
sekarang Syira dah ada di UM.. seminggu dah kuliah bermula...minggu pertama agak bosan, yelaa..takde ape sangat kan..
Syira bukanlah budak rajin tahap petala ke 8 nak study seawal minggu pertama ni, i pun malas malas uollsss...
syoknya kalau duduk rumah, makan sedap, shopping, tengok tv..hahaha..membosakan badan yang sememangnya dah bosa ni haa :D
syurga dunia je semuaa tuu... :P

esok minggu kedua :D
Alhamdulillah..so far semuanya oke, syukur sangat dengan result sem lepas ..rezeki di sem 1..hehe..
terima kasih buat semua yang mendoakan..
jauh lagi perjalanan, ada lagi 7 sem untuk Syira tempuh..
normal la kan hidup ini ada susah senang suka duka..

tapi life must go on !

yela..hidup ni adalah perpindahan dari satu ujian menuju ujian yang lain. Sebab, dunia adalah tempat iman kita diuji dengan kemudahan dan kesulitan, kebaikan dan keburukan, hingga Allah benar-benar mengetahui siapa yang benar-benar bersabar di jalan-Nya.

Kita takkan merasa bahagia hingga mampu menikmati, mensyukuri, menghargai dan menjaga segala kurnia-NYA..

..ingat tu murid murid *cakap sambil pegang rotan kerut dahi.

Alhamdulillah juga, permulaan 2015 ni walau ada duka, banyak rezeki dapat :D
Allah kan maha pemurah :)

Terima kasih kepada semua pemilik online shop, blogger yang sudi mendapatkan servis advertorial daripada saya. Ada owner yang dah 3 kali dapatkan servis Syira.
Allah..rezeki..alhamdulillah ^_^
Syira cuba tolong mana mampu, harga pun murah RM30 je..
Syira harap semua puas hati dengan servis yang diberikan. 
untuk sebarang urusan seperti sewa ruang iklan (RM10 dan RM15), review, bussiness, sponsorship or nak minta tolong Syira promote barang, ig, blog..boleh hubungi Syira bila bila masa oke..

Emel : syiralokman21@yahoo.com.my

Terima kasih juga buat semua yang sudi lepak sembang minum kopi kat blog Syira ni. 
Walaupun blog ni bukanlah hebat mana tapi alhamdulillah..
andai ada yang bermanfaat moga disebarkan untuk kebaikan bersama.
Semoga semua akan terus murah rezeki dan berjaya dunia akhirat ^_^

terus doakan Syira juga ye !
..

16 comments:

farhanafarid14 said...

Syukur alhamdulillah, thanks for your kind words syira. Good luck for sec sem! Still long way to go same with me :)

POJIEGRAPHY BLOG said...

Patutlah senyap je latetly ni. Hehehehe! Good luck & all the best ya Syira. Saya pun dah start sem dah mulai harini. Berdebor rasa!

sayidah napisah said...

goodluck ye sem baru! :D

nayfatimah rasyid said...

selamat belajar yer ;)
study smart

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam syira,
chaiyok3 yer
besala bab MALAS tu
akak pun malas tahap cipan study dedolu
tapi lepaih jugaks sampai master he3

Harith Iskandar said...

oooo kat UM yerrrr...dkt sgt.Selamat belajarrr ;)

izzeyda said...

semoga syira berjaya di dalam semester baru nih..

Inspirasi Huda said...

Tudung bawal masih mempunyai peminatnya tersendiri. Tudung seperti ini mempunyai pasaran luas dan permintaan ramai. Harga pun berpatutan, memang manarik!

syira yaya said...

Good luck for your study! :)

Nur Farahuda said...

Good luck for the new semester =D

Athirah Diyana said...

good luck for ur new sem syira :)

syikin maarop said...

All the best and good luck, Syira :)

dorsett pink said...

Good luck syira. Blajar rajin2 tau

kenny977world said...

selamat berjuang.....semoga success selalu

hana hadi said...

7sem lagi..cayok cayok

Cik Enonimus said...

Assalammualaikum and Hye :)
Saya sedang mencari sponsor :)
Tiada syarat dikenakan :)
Sudi tak nak sponsor? :)
Sebarang detail bolehlah ke blog saya http://sweethotlovers.blogspot.com/2015/03/pencarian-sponsor-contest-wear-it-right.html :)
Jika sudi, sila komen di entri tersebut. Syukran jiddan. :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah