"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, June 29, 2016

Top 3 Maybelline Products.

Assalamualaikum
hye semua !!

Nak raya ni mesti ramai mencari makeup terbaik untuk kelihatan cantik di hari raya kan ?
entry kali ni Syira nak perkenalkan 3 produk TERBAIK Maybelline !


Maybelline bukanlah sebuah jenama yang asing dikalangan wanita-wanita di Malaysia. Jenama kosmetik antarabangsa ini telah berpuluh-puluh tahun membawakan koleksi produk kecantikan yang sememangnya diketahui umum cukup berkualiti dan mempunyai standard yang tersendiri. Dan oleh kerana reputasi dan pencapaian Maybelline yang amat baik sejak mula diperkenalkan sehingga ke hari ini, Maybelline products telah digunakan secara meluas di seluruh dunia serta menjadi pilihan utama ramai juru solek profesional. Penggunaan barangan kosmetik Maybelline ini memberikan hasil solekan yang sekata dan tahan lebih lama berbanding pengguaan jenama kosmetik yang lain. Berikut merupakan top 3 Maybelline products yang paling popular dikalangan penggemar setia jenama ini;
Maybelline mascara Colossal

Penggunaan mascara Maybelline colossal ini memberikan hasil bulu mata yang lebih lebat, panjang dan lentik. Mascara waterproof ini juga memastikan solekan pada bulu mata anda kekal sepanjang hari. 
Maybelline B.B Cream Clear Smooth

Produk kedua yang juga paling popular dikalangan ramai wanita adalah Maybelline B.B Cream Clear Smooth yang memberikan tona sekata pada kulit muka wanita. Penggunaan B.B Cream ini juga tidak menjadikan kulit muka menjadi berminyak dan menjadikan solekan kekal lebih lama.
Maybelline Colour Sensational Vivid Matte Liquid

Pilihan ketiga adalah lipstick vivid matte Maybelline yang memberikan sapuan pada bibir dengan menyeluruh dan juga semestinya tahan sepanjang hari. 

Cepat-cepat dapatkan produk Maybelline ! Boleh selfie banyak-banyak raya nanti ^_^

4 comments:

E'in said...

E'in tak penah gune produk maybelline.. Sbb dr dulu gune silkygirl.. Huhu

Mummy MM said...

Kalau saya pulak, saya suka Maybelline Color Sensational Bold Matte Lipstick dan Maybelline Superfresh Compact Powder. Diari Mommy Muhaimin

Ain Athirah said...

Product maybelline ni ain pakai masacara je. yg lain tk . hehe . nak try la lipstick tu mcm best

mira said...

saya setuju dengan syira !

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah