"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, July 29, 2016

Dating dengan gadis-gadis cantik.

 Assalamualaikum
hye semua !!

Kali ni Syira excited nak update blog sebab beberapa hari lepas Syira baru je dating dengan gadis-gadis cantik. :D selepas setahun baru berpeluang nak jumpa kawan-kawan baik Syira sejak sekolah rendah :D actually ada 6 sekawan tapi yang masih berjumpa tinggal 4 je sejak masing-masing mula belajar jauh lepas UPSR and ada yang pindah rumah.



Blouse Putih - Scarlet
Palazzo - Kedai dalam Aeon Taiping (lupa nama kedai)
Bag - kedai dalam Aeon Buki Tinggi (lupa juga nama kedai, hehe..)
Kasut - Esarli
Royal Blue Shawl - booth di Mydin

Kali ni memang Syira plan nak pakai simple je tapi mesti la nampak awesome gituuu.. Syira Lokman kan, kena la meletop..hahaa..
Dah lama teringin nak pakai warna royal blue ni sebab rasanya last pakai pun masa dinner kaunseling tahun lepas je...Walaupun palazzo bunga bunga tu pada awalnya nampak biasa je, tapi bila dipadankan dengan blouse putih dan shawl royal blue...sangat nice..biasalah..orang cantik, pakai ape pun cantik kan ?? muahahah *larikkkkk


So, moh Syira perkenalkan one by one...hehee..yang kiri sekali namanya Fatin Nabilah fashion designer in making, si comel bertudung royal blue namanya Syira Lokman, bakal kaunselor..hehe..yang berkain maroon tu Najlaa Athirah budak sukan, bola jaring guysss :D dan yang berbaju kurung pula teacher Athirah :D sanggup oke teacher habis mengajar terus datang jumpa kami..hehe..

Dulu sama sekolah rendah, SK Sri Kinta Ipoh.. Syira dan Najlaa pengawas pusat sumber, Athirah dan Fatin ni Pengawas. Ada gambar bersama masa sekolah dulu tapi entah lupa mana dah gambar tu. Kalau tak boleh korang tengok kecomelan kami masa tu..hehehe..berkawan sejak darjah 3 sampai la sekarang, lebih kurang 13,14 tahun dah :D alhamdulillah ! nikmat persahabatan yang Allah beri. Tak selalu di mata tapi dekat di hati...cia cia ciaaa ~~

mesti diorang baca ni, mengekek terharuuu dioranggg.. :P


 Date kami kali ni lebih kurang 2,3 jam je tapi seronok :D makan and jalan-jalan cuci mata. Nasib baik tak beli apa-apa, kalau tak melayang lagi la duit.. Sebelum balik wajiblah selfie wefiee duluuuuu. Kteorang ni nak jumpa pun setahun sekali, sebabnya cuti lain-lain. Kalau dapat jumpa pun kadang berdua je. Kali ni bila dapat gabung semua sekali memang syok la..Lepas ni entah bila la dapat jumpa lagi. Mungkin bila salah seorang kahwin kot. Agak-agak korang kan, siapa kahwin dulu ???  mungkinkah yang tudung royal blue tu ? *tutup muka*

hehee..oke dah, jangan berangan lebih-lebih yee :P tak kisah la siapa kahwin dulu, janji semua bahagia dengan life masing-masing and berjaya dunia akhirat. Syira pun tak sangka persahabatan ni kekal sampai sekarang. Kalau jumpa tu kongsi cerita macam-macam walaupun lama tak dengar khabar berita. Tiada rahsia antara kita, itulah kami. Biarlah semua jauh mengejar cita-cita sendiri tapi pastikan tak lost contact ! siapa hilang, Syira gigittt telinga koranggg !
xoxo


11 comments:

Mieza S said...

semua dah jadi gadis. pandai mekap2 tu semua cantik je. hehehe. boleh jadi model dah semua ^_^

Busyra Takiyudin said...

cantik syira..

myatika said...

memang cecantik semuanya.
seronoknya dapat berkumpul dengan kawan lama semula.

jemput singgah blog kite pulakk
http://myafarisha.blogspot.com/2016/07/pantai-cenang-pulau-langkawi.html

myatika said...

memang cecantik semuanya.
seronoknya dapat berkumpul dengan kawan lama semula.

jemput singgah blog kite pulakk
http://myafarisha.blogspot.com/2016/07/pantai-cenang-pulau-langkawi.html

mrhanafi said...

semua cantik-cantik belaka..semoga terus sukses dalam karier masing-masing

ain zulkarnaind said...

cantik la palazzo tu
beli mana syira

Syira Lokman said...

@Nurul Ain Zulkarnaind Palazzo tu beli di kedai dalam Aeon Taiping (lupa nama kedai) hehe..sorry

Syira Lokman said...

@Hanafi Abdullah terima kasih :)

Syira Lokman said...

@Mya Farisha terima kasih :)

Syira Lokman said...

@Busyra Bt Takiyudin terima kasih :) hee

Syira Lokman said...

@gulew kapas semua dah besar..hehehe..tq

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah