"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, September 8, 2016

Jom sokong Kempen #bersatuTENAGA !

Assalamualaikum
hye semua !


Korang pernah dengar lagu Bersatu Tenaga atau Kempen #bersatuTENAGA tak? :D
Bersempena dengan Hari Malaysia yang akan datang, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan satu kempen sosial  #bersatuTENAGA.
Kempen ini memerlukan semua rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian. Siapa ?? Korang la :DDD

#bersatuTENAGA merupakan kempen TNB dengan kerjasama artis terkenal tanahair seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan sempena sambutan Hari Malaysia. 
Faizal Tahir bersama rakan artisnya ingin mengajak kita semua rakyat Malaysia sama-sama menyumbang idea dalam bentuk rakaman video untuk menyempurnakan lagu serta muzik video #bersatuTENAGA ini. Video tu hanya perlu 1 minit sahaja tau ! mudah sangat ok :D nak ajak kawan-kawan join sekali pun boleh macam Syira..hehee..Demi menyahut kempen #bersatuTENAGA ini, Syira pun nak kongsi video Syira bersama rakan. Jom tonton video kami..hehee..


Jom tengok video Syira melalui link di bawah--->


Apa yang best kalau join ?? kalau video anda terpilih, video anda berpeluang untuk ada dalam video klip mereka :D syokkan..
Hanya 3 langkah mudah sahaja untuk kita sama-sama memeriahkan kempen #bersatuTENAGA ini.

Pertama : 
Rakamkan video anda (nyanyi, menari atau apa sahaja) dalam durasi 1 minit sahaja.

Kedua: 
Upload di Instagram anda, pastikan public ok dan yang penting gunakan #bersatuTENAGA.

Ketiga : 
Ajak semua kenalan anda untuk sama-sama sertai dan menyokong kempen ini.


Ambil mood dulu jom sambil menonton video #bersatuTENAGA yang dikongsikan oleh Faizal Tahir, Elizabeth Tan dan Jaclyn Victor. Klik link di bawah ! :D

Faizal Tahir:

Elizabeth Tan:

Jaclyn Victor:



Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan kempen #bersatuTENAGA ini, korang boleh klik sahaja link di bawah:


Image result for #bersatutenaga
Salam kemerdekaan dan Selamat Hari Malaysia.
Ramai dah sertai tauuu ! Jom tunjukkan sokongan anda !


3 comments:

Nieyla Nadia said...

Salam pagi...
datang pagi tinggalkan jejak :)
goodluck yaaa

dorsett pink said...

tak pernah dengar..hehhe

takpe nanti saya tengok utube tu..

btw. thank u for sharing

Busyra Takiyudin said...

wah.. lagu ni mcm best ja dngr. hehe

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah