Assalamualaikum
hye semua !
Syira nak ucapkan terima kasih buat semua yang undi cover pilihan korang untuk buku motivasi kedua Syira (cover a,b,c)
Terima kasih semua orang sebab selalu jadi manusia paling baik and support apa sahaja yang Syira buat.
Buku motivasi pertama Syira iaitu #serenitysyiralokman dicetak kali kedua selepas 5 bulan diterbitkan dan hari ini Syira nak share satu lagi berita gembira :D
Buku motivasi kedua Syira iaitu #fragilesyiralokman bakal menemui anda :D
Konsep buku ini masih sama namun isinya lebih beremosi dan menyentuh hati. Selalu orang tanya, SERENITY dan FRAGILE ni novel ke ?
oke, untuk makluman korang, kedua-duanya adalah buku motivasi santai gaya puisi dan monolog hati. Kalau buku #serenitysyiralokman mengajar anda bahawa "majoriti" tidak semestinya betul, buku #fragilesyiralokman ini pula akan cuba membantu bagaimana cara sepatutnya berdepan dengan perpisahan yang begitu melukakan serta mengajar kita untuk berani bangkit, cabar diri merempuh tembok kegagalan demi kejayaan.
Kalau nak tahu isinya dengan lebih mendalam, kena la order dulu ^_^
Istimewanya untuk bulan November ini, team Komrad Buku buat PROMOSI untuk sesiapa sahaja yang ingin menjadi pembaca terawal #fragilesyiralokman ^_^
PROMOSI PRE-ORDER BUKU FRAGILE #fragilesyiralokman
8 - 28 NOVEMBER 2016
Klik http://bit.ly/PreOrderFragile untuk membuat tempahan.
Semoga buku-buku Syira ini akan menjadi cahaya indah, mewarnai jiwa yang dalam sepi dan membahagiakan, ketika negatif menggerumi. Semoga sedikit bait-bait kata dari kedua-dua buku ini boleh ‘meraikan’ hati yang sedang terluka. ^_^
6 comments:
Yayyyyyyy shira pilih cover C ! hehe kita vote C tau >< Kena beli ni. nnti ada rezeki lebih kita beli ye awak. :)
theathra.blogspot.my
tahinah syira! cover buku ni mmg cantik dan simple.
akhirnya cover C yang menjadi pilihan..
hi,singgah sini follow awak :)
Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
theathra.blogspot.my
dtg mlawat & follow 4241#
newbie lg, mohon support =)
Post a Comment