hye semua !
Ada lagi ke orang ingat Syira Lokman ni ?
Lama sangat tak blogwalking and sejujurnya dah lama sangat tak join giveaway and komen blog rakan-rakan. Syira rasa lama benooo tak bercerita tentang diri sendiri.
Idea pun dah kelaut..hahhaa.. Sampai ada yang PM tanya,
"macam mana dengan life Syira sekarang"
"Syira, share la kat blog macam mana Syira jana wang dari blog"
Tiba-tiba rasa ada juga orang ingat Syira..terharu kejappp :P
Ok, disebabkan Syira tengah rajin so Syira share la sikit kan. Tapi rasanya Syira tak pernah tulis sikit, banyak je taip..haha.. ni la masalahnya bila dah start menulis, semua benda nak taip.
Semester ni paling sibuk dan sengaja menyibukkan diri. Syira penat tapi suka memenatkan diri.
Umur Syira dah 23 tahun guys ! omaigooddddd...
boleh kahwin dah kann kan kannn ?? :D hehee...
Apa yang sibuk sangat ?? actually, semester ni Syira dah start buat tesis. Banyak sangat assignment lagi, sebab tu jadi malas nak update blog. Yela, nak update blog ni pun kena ada mood baru syok kan. Rasanya kena kahwin kot baru ada mood :P haha..
Bila orang tanya macam mana kumpul duit, Syira takde la masyukkk sangat tapi mungkin orang tengok Syira buat macam-macam kot.
Oke, berbalik kepada soalan "Macam mana Syira kumpul duit ??"
ahaaa...Syira ada sugar daddy uollss..manis-manis duit masyukkk !.. hahaa..gurau je la.
Blog ni memang masih kekal menjadi sumber pendapatan Syira.
Sampai sekarang alhamdulillah masih tak putus rezeki dari blog ni, job review ada je walaupun tak la masyukkk macam blogger hebat lain. Syira hanya ambil bayaran RM50 untuk 1 blogpost sahaja dan kalau masa klien deal tu Syira baik hati, review di instagram Syira bagi free je uolls..
Takpe, kongsi rezeki orang kata kan :)
Sebab niat asal Syira waktu rebranding blog ni adalah "Syira buat blog untuk tolong orang, tak semua orang mampu bayar mahal". Syira tahu perasaan orang yang berniaga, tambah yang masih baru...sebab tu Syira cuba tolong dengan cara review ni...and alhamdulillah masih tak putus rezeki.
Tahun ni juga rezeki lagi apabila buku kedua Syira iaitu FRAGILE dah mula berada di pasaran. Baru je diterbitkan. Lebih kurang 1 bulan. Dulu masa buku pertama Syira SERENITY diterbitkan, risau sangat kalau takde pun orang nak baca, tapi alhamdulillah, buku SERENITY dah masuk cetakan ke2 and buku FRAGILE ni pun mendapat sambutan yang hebat sangat ! Korang boleh dapatkan di semua rangkaian kedai buku seluruh Malaysia... Seronok bila orang suka baca apa yang kita tulis dan ianya memberi manfaat pada mereka.
Sebenarnya selain dari jana wang melalui blog Syira sendiri, dan menjual buku Serenity serta Fragile, Syira juga merupakan penulis berbayar untuk 1 blog menjual barangan kecantikan dan kesihatan. Alhamdulillah, banyak sangat rezeki kalau kita sentiasa syukuri.
Kalau korang masih ingat dulu Syira merupakan vendor pakaian di sebuah butik di Shah Alam. Tapi sekarang Syira dah stop berniaga pakaian sebab tak cukup masa. Di universiti Syira masih aktif dengan program-program seperti program sukarelawan Surau Hunters, Astar Caring Team, Sinergi Astar, Kelab Penyokong Astar, Women Empowerment dan pelbagai program kaunseling yang lain. Tahun 3 ni, tanggungjawab bertambah bila Syira dilantik sebagai Yang dipertua Persatuan Kaunseling Universiti Malaya (PERKUM). Entah apa deme nampak ada kat Syira ni, rasanya Syira comel..mungkin sebab tu kot deme lantik Syira jadi YDP :p hee ~~
Bila orang tanya, tak penat ke, macam mana bahagikan masa?
Sejujurnya memang Syira rasa penat sangat kadang-kadang. Siapa tak penat kome oii, nak fokus belajar, siapkan tesis lagi. Belajar kos kaunseling tapi jenuh juga nak kaunseling diri sendiri untuk rajin study..hahaa..
Sampai ke tahun ke3 ni, Syira masih join program kolej dan universiti. Syira nak jadi pelajar yang serba boleh !! aja aja fighting !! hiyahhhh !!
haa..nampak tak semangat tu penting..muahahaha...
Sebab tu blog sendiri kadang curi-curi masa juga nak update. hehee..Sibuk mana pun Syira akan pastikan ada juga entry baru.
Syira seronok buat banyak benda, join projek kolej, join program fakulti dan universiti. Seronok sebab dapat banyak kawan baru yang baik-baik. Syira sambil belajar sekarang ni pun still cari masa untuk kerja secara online. Selalunya Syira akan fokus lebih pada blog and tulis manuskrip masa cuti semester. So masa hari-hari kuliah, Syira akan fokus belajar and join program kolej/universiti je. Ada job review, Syira settlekan segera. Takde job pula, Syira akan settlekan assignment.
Alhamdulillah, so far takde masalah besar. Masih terkawal lagi :)
Doa minta Allah permudahkan urusan, insyaAllah semuanya akan lancar :)
Kita manusia. Syira pun ada masa mood tak baik, low confident, malas and macam-macam benda negatif rasa tapi kena pandai kawal la.
Syira perasan setiap kali nak mula semester baru je Syira akan ada satu perasan yang negatif. Syira rasa tak mampu nak teruskan semester seterusnya. Yang ni memang Syira akui berlaku setiap kali nak mula semester baru. Tapi bila dah start semester baru, ok je sebenarnya, diri sendiri je fikir lebih-lebih. Sekarang ni tinggal lagi 3 sem oke..jauh lagi perjalanan, nak berjuang menyiapkan tesis pula ni..Doakan Syira ye :) Nak berusaha siapa yang tak penat kan, tapi bila kita tengok hasilnya nanti, itulah nikmat ! :D
Kalau ikutkan hati, mau jadi satu novel ni...hahaa..banyak beno nak tulis..
Oke, Syira stop kat sini ye. :)
Gambar ni saje letak, acah-acah buka buku sendiri.
Terima kasih semua orang atas bantuan dan doa !
Terima kasih sangat-sangat, semoga korang berjaya dunia akhirat !
Tanpa korang, Syira sangat lemah.
If ada apa-apa pertanyaan or teguran boleh hubungi Syira melalui link di bawah :
Emel : syiralokman21@yahoo.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/wan.syahirah.75
Instagram : https://instagram.com/syira_lokman/
Twitter : https://twitter.com/SyiraLokman
## Maaf jika ada salah silap, mohon tegur Syira :) Kalau nak share tips pun boleh. Syira masih banyak benda perlu diperbaiki. Jumpa di next entry ! tak lama lagi result semester 5 keluar. Doakan Syira dapat keputusan cemerlang tau. Jangan lupa beli buku motivasi Fragile dan Serenity ! Selfie dan hashtag #serenitysyiralokman dan #fragilesyiralokman ok ^_^
Always do your best. What you plant now, you will harvest later.
Believe in yourself! Have faith in your abilities!
2 comments:
seronoknya life syira ;)
Amboii buzy nye syira ni
www.unlimitedbeautysecret.com
Post a Comment