"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, February 1, 2018

Resepi Gulai Ayam Minang

Assalammualaikum
Hai semua !

Cuti sem macam ni memasak memang benda yang Syira suka buat. Setiap kali nak balik rumah, Syira dah listkan makanan yang nak dimasak.
Ada je makanan yang teringin, mesti masak. So kali ni Syira nak share resepi Masakan Minang iaitu Gulai Ayam Minang.


Bahan-bahan :

4 ketul kepak ayam
1 inci lengkuas*
2 inci halia*
1 sudu kecil serbuk kunyit*
2 biji bawang besar (sederhana besar)*
1 ulas bawang putih*
3 biji cili merah * (tambah cili padi sekiranya mahu pedas)
cili kering *
1 batang serai * (Syira tak letak sebab tak ada)
1 helai daun kunyit *
1 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 helai daun kunyit dihiris nipis
1 cawan kecil santan pekat
1 cawan kecil air
2 keping asam keping/gelugur
Lobak merah (dipotong dadu)
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara memasak :
  1. Kisar bahan-bahan bertanda * sehingga halus dan ditumis sehingga masak (kering airnya). 
  2. Masukkan lobak merah serta ayam dan biarkan mereneh sehingga air ayam tadi kering. 
  3. Tambahkan santan, garam, gula dan asam keping dan kacau sehingga mesra. 
  4. Kemudian tambahkan air dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan daun kunyit yang dihiris nipis bersama daun limau purut.
  6. Masak hingga semua bahan sebati dan SIAP ! :D
Selamat mencuba ! ..hehee..

1 comment:

INTAN said...

thanks for sharing recipe

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah