"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, April 23, 2012

Cerita jiwa atau dunia ?




Aku tidak keseorangan
Sering ada peneman duka lara jiwa mengusik minda
Sering ada saja yang sanggup berkorban mendengar cerita jiwa
Hanya aku
Aku perlu memilih
Untuk menjadi kan cerita hidupku suatu rahsia
Atau berita tersebar luas di mata dunia
Hanya aku yang memilih untuk mengejar cita citaku
Atau terus membiarkan khayalan angan angan terus menyusuri mimpi mimpiku

Walau duka mahupun bahagia
Semua rasa ini adil tersemat di jiwa insan bernama manusia..
Kadang kala kenangan menghantui jiwa..
Kegembiraan yang jelas terpancar di luaran hanyalah tembok penghalang
Segala kedukaan yang penuh emosi

Tak siapa tahu
Tak siapa peduli
Tapi ada hati yang mengerti
Kepercayaan juga keyakinan antara hati harus kuat
Untuk menembusi keindahan di akhirnya ..

© ORIGINAL ®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
♥syiralokman.blogspot.com♥


Friday, April 20, 2012

Redha itu Bahagia

Assalammualaikum
hye semua.. !


REDHA ITU BAHAGIA.. !

percayalah..Syira pernah alaminya..
Allah maha adil ^_^

#bila hati kecewa..bukan kesedihan yang berpanjangan.
bila jiwa bahagia..bukan kegembiraan yang berterusan.
Kehidupan manusia berputar..
jika jiwa dekat dengan-Nya..
InsyaAllah.. hidup dalam keredhaan :)


Saturday, April 7, 2012

Pastikan cinta benar-benar cinta bukannya kebodohan :)

Assalammualaikum
hye semua !



Memang menjadi lumrah hati ingin mencintai dan dicintai,
hadirnya perasan itu kadang kala bukan kehendak diri tetapi ia muncul tanpa kita sedari..
Tak salah untuk merasainya tetapi janganlah terlalu asyik dibuai mimpi hingga lupa keagungan Ilahi..
Cinta terlalu sukar untuk ditafsirkan,ianya terlalu meluas hingga kita sendiri kadang kala tidak faham mainan cinta dunia.


1.Lelaki dan perempuan mencintai antara satu sama lain dan atas takdir Allah mereka disatukan..

2.Kita masih mampu tersenyum dan mendoakan kebahagiaannya walaupun terpaksa melepaskan dia pergi.

3.Lelaki dan perempuan bercinta dan bahagia..setelah bertahun lamanya mereka terpaksa berpisah bukan kerana hilangnya rasa cinta,tetapi mereka terpaksa berpisah atas faktor luaran.

4.Kita sanggup menunggu seseorang bertahun lamanya walaupun kita tahu dia tidak akan menjadi milik kita.

5.Kita sanggup berkorban apa sahaja untuk dirinya dan sentiasa menjaganya namun kita juga tidak lalai untuk menjaga diri sendiri.

6.Kita setia menjaganya walaupun dia memilih untuk meninggalkan kita dan bersama yang lain.

Adakah semua ini cinta ?? fikirkanlah...

#Cinta sukar dilihat dan ditafsirkan tetapi kita rasa.
 kadang kadang kesedihan itu yang akan membawa berjuta kegembiraan kelak..
 berkorban dalam percintaan itu boleh tapi..
 pastikan cinta benar-benar cinta bukannya kebodohan :)
 Hanya Allah yang Maha Mengetahui ...



DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah