"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, December 19, 2013

Model muslimah, Tabarruj, Fesyen.

Assalamualaikum
hye semua !

Tengah bosan bosan ni tiba tiba rasa nak je search hukum menjadi model muslimah.
Sebab sekarang ni memang ramai yang berebut rebut nak jadi model muslimah kan.
Boleh jadi model iklan, dapat duit, halal atau haram duit tu ? Syira pun tak pasti, so kena selidik :)
Sebelum buat sesuatu better cari baik buruknya dulu kan...
Ni apa yang Syira dapat dari Mr. Google :


"Assalamualaikum ustaz,
Ana ingin mengutarakan persoalan berkaitan hukum wanita muslimah menjadi 
model busana muslimah dan fesyen tudung yang semakin terbuka dan berleluasa di dalam majalah berunsurkan Islam seolah-olah perkara tersebut dibenarkan syara’ 
kerana tiada mufti atau fatwa di Malaysia yang memberi hukum terhadapnya? 
Lebih-lebih lagi model muslimah tersebut memakai ‘make-up’ 
atau tabarruj yang jelas seperti lipstik dan sebagainya. 
Apakah hukum menjadi model tersebut dan 
hukum bertabarruj untuk tontonan umum?"

Jawapan: Klik link ini http://ustaznaim.blogspot.com/



"Jika tabarruj/mempamerkan kecantikan saja dilarang, 
maka –dalam Islam- tidak ada ruang bagi kaum Hawa untuk mengkomersialkan kecantikan mereka. 
Mereka tidak boleh berkecimpung dalam profesi yang tidak memperkerjakan kemampuan 
dan keterampilan, tapi sekedar mengeksploitasi kecantikan dan kewanitaan. 
Dengan kata lain, mereka tidak boleh digaji karena keindahan rambut, tubuh, gaya, lenggak-lenggok, senyuman, wajah, pakaian, suara yang menggoda, dan sebagainya. 
Semua itu haram untuk dikomersialkan, 
dan haram hukumnya menyewa seluruh “asset” mereka yang seperti itu."

(read more) http://syariahpublications.com/

Syarat-syarat umum sesuatu fesyen ataupun busana itu menepati hukum syara’

1. Tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan.
2. Tidak nipis.
3. Tudung hendaklah melepasi paras dada.
4. Tidak diperagakan dengan digaya-gayakan di hadapan ajnabi seperti catwalk dalam peragaan fesyen walaupun dikatakan ia menutup aurat.
5. Tidak berhias dan bersolek seperti tabarruj jahiliyyah.

Ni, apa yang dibaca la :) Wallahua'lam..Allah lebih Maha Mengetahui.
Untuk info yang lebih baik dan nak dapat kesahihannya, boleh tanya mana2 ustaz, nanti share di sini ye :) thanks !

SUMBER (nak lebih maklumat? klik link di bawah).
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/
http://muslimahberjilbab.blogspot.com/
http://ustaznaim.blogspot.com
http://syariahpublications.com


Wednesday, December 18, 2013

Official Fanpage - Syiralokman.blogspot.com.

Assalamualaikum
hye semua !

Perhatian ! Pengumuman penting ! ^_^

Syira dah tukar dari PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg kepada Blog Syira Lokman.
Lepas ni Syira akan update segala entry terbaru di page "Blog Syira Lokman" dan
page "Pabila dua blogger bergabung" akan didelete.
Sebenarnya sayang nak delete sebab dah ada 1047 likers, tapi kena juga delete..
kenapa ??

atas sebab2 tertentu :) hehe..

So, sesiapa yang join giveaway ke apa .please like page Blog Syira Lokman.
Pembaca setia blog Syiralokman jangan malu malu untuk like oke ? :)
Terima kasih !




Tuesday, December 17, 2013

Resepi Gulai Tempoyak ikan keli, Gulai lemak ikan dan Sambal Tumis Udang.

Assalamualaikum
hye semua !

Hari ni Syira nak share 3 resepi mudah yang kowang boleh cuba . :)
macam2 cara lagi orang masak sebenarnya (search google)
 but ni cara mudah yang kowang boleh guna terutamanya orang bujang tu yang baru nak belajar masak.
Lepas ni tak ada la alasan susah nak masak ye ? :)

Resepi Gulai Tempoyak ikan keli.


Bahan-Bahan :

Satu ekor ikan (*jenis?? pilihan.)
3 bawang kecil (ditumbuk halus)
10 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)


Cara:
  1. Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir.
  2. Bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi. 
  3. Masukkan dalam periuk yang diletakkan air. 
  4. Gaul sehingga rata. 
  5. Letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan. 
  6. Masukkan  timun dan garam.
  7. Kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.


Resepi gulai lemak ikan.




Bahan-bahan :

2 ekor ikan  (apa2 jenis ikan pun tak pe)
Serbuk kunyit
4 bawang kecil dan 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
10 biji cili api (ditumbuk halus)
1 keping asam gelugur/keping
1 biji timun
serai
1/2 biji kelapa-ambil santan
air


Cara-cara:

  1. Bersihkan ikan dan ketepikan.
  2. Tumbuk cili, bawang kecil dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. 
  3. Masukkan sedikit air dan serbuk kunyit.
  4. Masukkan juga asam gelugor dan serai. Masak sehingga santan mendidih. (sentiasa kacau).
  5. Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
  6. Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm.
  7. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.

Resepi sambal tumis udang.




Bahan-bahan :

½ kilo udang sederhana saiz ( M ) - dibuang kepala (dibersihkan)
Garam dan gula secukup rasa
**petai (pilihan)

Bahan-bahan dikisar :

10 biji cili kering
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
belacan

**Kalau nak pedas boleh ditambah lagi cili kering

Cara-cara :


  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  2. Bila sambal dah pecah minyak baru la boleh dimasukkan udang dan kacau rata.Bila dah agak masak (lepas 10 minit) masukkan garam dan gula.
  3. Kacau sekejap semua bahan dan boleh la ditutup api.

3 RESEPI UNTUK ANDA ! SELAMAT MENCUBA ^_^


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah