"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, January 17, 2014

Custom made clutch - Shambijoux store

Assalamualaikum
hye semua !

Clucth yang Syira order dah sampai :D yeayy !
Ni custom made clutch tau..kowang suka?
Yang bestnya custom made ni.. kowang boleh pilih design apa kowang nak, nak gabung dengan design mana pun boleh :)

Mula mula syira pilih macam2 design..rambang mata :D
...design gitar warna warni, musik...
tapi malangnyaa....
dah habis !
 :( sedih..design tu semua cantikkk gila !

then Syira pilih satu kain tu ala ala warna pink+purple ada kuning sikit..kain tu macam bawah ni..
wajibla syira pilih warna ala ala pink purple kann...
tapi..tapi apa pula ??
corak bunga tu besar sangat..tak sesuai untuk clutch :(



then fikir balikk..syira nak 1 hitam putih so...bawah ni yang Syira pilih :)

Flap : (Ann Kelle) Remix, Triangles In Black.
Body : (Dorothy Tsang & Amy Adams) Geekly Mustache in cream.

Then bila corak pink bunga purple pink tu tak sesuai, Syira jenuh pilih kain lain, 
bila fikir balik..Syira dah banyak sangat warna pink...pink..pink...heheee..
asyik pink je kann..
Dah fokus nak pilih warna lain tapi pink asyik menggoda je..

so Syira decide nak warna purple + blue sebab bag warna ni Syira tak ada lagi :)
so corak ni yang Syira pilih !

Flap : Free Spirit Designer Solid in Lavender.
Body : (Tula Pink) Acacia, Raccoon in Blueberry.
Pandangan belakang !

Sesiapa yang berminat boleh la pm ShambijouxStore 
atau 
layari laman web ni http://store.shambijoux.com/

Thursday, January 16, 2014

OPZZPINKY GA 2014 BY SHARINA

Saya nak ajak korang join GA menarik Blog Opzzpinky ini, hadiah cun menanti korang, mari ramai2 join ya..klik SINI
GA ini ditaja oleh Sha Dhira San | Irah Zahirah | Alyssa | Yana | Nazlyizan | Suejana | Najmi | Kina |Rubiey |
SE-Shop
Salah satu kedai online yang baru dibuka, menitik beratkan kecantikan dan kesihatan kaum hawa, dimana menawarkan harga yang murah dan mampu milik bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan juga kecantikan. Mari kunjungi SE-Shop pasti korang tertawan dengan harga menarik :)
Produk HOT masa kini
Harum Malam 
Set Kecantikan Collogen + Vit E
Bedak Sejuk Tanaka
Emilay
Ibu Putih JannaLawwa
Perla Coffee
Sila PM di SINI jika berminat :)

Tips : Kulit Muka Lembut & Cerah.

Assalamualaikum
hye semua !

Siapa yang selalu amalkan petua untuk cantik ?
Ni Syira nak share sikit petua macam mana nak bagi kulit muka lembut dan cerah.

Petua 1. 

Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.

Petua 2. 

Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.


Petua 3. 

Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.


Petua 4. 

Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Petua 5

Pakai bedak sejuk pada malam hari setiap hari.


Petua ni Syira tak pernah try lagi, kecuali yang pakai bedak sejuk tu.
Kalau rasa nak kulit lembut lembut macan donut, boleh la cuba petua ni ! :D
InsyaAllah kulit akan menjadi semakin lembut dan cantik.
Tapi  jangan le kome try sekali dah nak tengok hasil..kena la buat banyak kali..istiqamah katanya..baru menjadi :)
selamat mencuba !!



DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah