"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, May 19, 2014

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

Assalamualaikum
hye semua :)

KLIK BANNER UNTUK JOIN !!
16 Mei 
,Setiap tahun,warga pendidik pasti dirai.
Majlis dirancang penuh teliti.

Setiap tapak perhimpunan ataupun padang sekolah pasti akan penuh ketika tibanya 16 Mei. 
Sambutan Hari Guru diadakan untuk para pelajar mengenang jasa-jasa guru.
Jasa guru yang sukar dibalas walaupun dengan wang ringgit.
Hanya dengan 1 majlis meraikan Hari Guru, tidak mampu membalas beribu ilmu yang mereka pelurukan dalam jiwa kita.
Anak yang masih kosong mindanya.
Anak yang masih leka apa impiannya.
Anak yang masih curiga dengan masa depannya.

Rindu cikgu-cikgu di Tadika Kemas Sg, Senam, SK Sri Kinta, SMK Tasek Damai dan SMK Jalan Tasek.
Apa yang hebat tentang guru?

KESABARAN.
Kesabaran mereka untuk terus mendidik anak-anak yang pelbagai ragam walaupun kadang kala kebaikan mereka dibalas dengan kenakalan anak murid yang tidak faham erti perlunya ilmu.
mengapa guru masih sabar?
 kerana ingin menjadikan anak-anak ini orang yang berguna suatu hari nanti. :)
Hebatnya guru :)

Terima kasih kepada semua "guru" Syira.
Cikgu sekolah, cikgu kelas memandu, kawan-kawan, mama abah,
keluarga, family angkat, rakan blogger, cikgu blogger, buku, rezeki, kehidupan
dan
sesiapa yang pernah memberi ilmu kepada Syira walau hanya sedikit . :)

Anda tetap guru yang hebat hingga menjadikan Syira insan yang makin hebat sekarang ^_^
terima kasih atas doa kalian :)
Semoga hidup kalian diberkati dan bertambah rezeki yang bermanfaat serta diberi kesihatan yang baik.

Doakan Syira berjaya dunia akhirat ye ^_^
terima kasih !

Guru,
Curahlah ilmu walau tiada balasan yang kau terima, kerana perjuangan kesabaranmu untuk terus mendidik bakal melahirkan insan-insan cemerlang yang mulia :)


Jom join giveaway Hari guru ni,klik je banner di atas.. 
tamat 21 Mei ..birthday Syira tu..hehe..

Hadiah Giveaway

1x RM50 tunai
1xRM30 tunai
1xRM20 tunai

Temuduga Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di UM.

Assalamualaikum
hye semua !

klik untuk lebih jelas
Alhamdulillah..rezeki :)
Temuduga program ijazah sarjana muda Kaunseling (penuh masa) sidang akademik 2014/2015.
Temuduga di Universiti Malaya pula :)

Ujian Kelayakan : 23 Mei 2014 (8:30 pagi)
Temuduga : 24 Mei (2:00 petang)

Ada sesiapa dah pernah pergi temuduga ni,boleh ta share soalan2 yang bakal ditanya nanti.
Kali ni Syira nervous sikit dari temuduga di USM dulu sebabnya belum ada idea apa yang perlu Syira prepare..
boleh tolong Syira tak ? hehe..

Kalau ada apa-apa tips/soalan..share la ye ^_^

Minggu ni busy sikit, happy + gementar !

Rabu : Birthday Syira...hehe
Khamis : Ujian MEdSI di UPSI.
Jumaat : Ujian kelayakan di UM.
Sabtu : Temuduga di UM.

Nak masuk universiti sekarang ni susah benoo pun.
Habis duit sini sana,pergi ujian,interview..
yelaa..makin banyak saingan kann..
:)
Tapi tak apa, semua ni rezeki...
doakan Syira tau ! ^_^
semoga segalanya dipermudahkan.

Sunday, May 18, 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!

Assalamualaikum
hye semua :)


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam


DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah