"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Thursday, August 14, 2014

Persiapan yang penting untuk memasuki alam universiti .

Assalamualaikum
hye semua :)

Sekarang ni ramai yang sedang membuat persiapaan untuk kemasukkan bulan September 2014 kan..tawaran kemasukan diumumkan agak lambat tahun (2014) ini dan pelajar yang terpilih hanya mempunyai masa lebih kurang 20 hari (dari tarikh pengumuman tawaran) untuk membuat persiapan.
Syira sendiri pun sedang sibuk buat persiapan ni..hehe..

Apa persiapan yang penting untuk memasuki alam universiti?
jom lihat senarai di bawah :D


1. Keluarga/Guru/Kawan-kawan.

Harus diingati bahawa ahli keluarga/guru dan kawan-kawan banyak memberi sokongan dan doa sepanjang kita mengejar cita-cita kita.
Ucapkan terima kasih atas segala sokongan yang pernah mereka beri.
Jangan sombong bila dah berjaya :)


2. Lokasi pengajian

Buat sedikit kajian terhadap lokasi pengajian sekiranya anda akan belajar jauh dari rumah anda. Kalau keluarga anda akan menghantar anda bersama, dah cari hotel ke belum? Cuaca di sana macam mana? Kos sara hidup tinggi atau rendah?


3. Wang

 Awal semester ini banyak memerlukan penggunaan duit.
Nak bayar itu ini. Walaupun under tajaan atau pinjaman, awal-awal tu kena dahulukan wang sendiri terlebih dahulu. 


4. Dokumen

Pastikan semua dokumen telah pun diselesaikan urusannya. Baca maklumat dan cetak surat tawaran serta semua borang yang diperlukan oleh pihak universiti.
Jangan lagi tiga hari nak pergi baru perasan ada yang tak siap lagi. Sebab apa? Sebab ada yang memerlukan urusan rasmi.
Contohnya mungkin sijil memerlukan pengesahan. Kalau last minute baru perasan ada sijil yang tak disahkan lagi macam mana?
sijil yang memerlukan pengesahan ini ialah salinan sijil..bawa ke sekolah dan minta cop serta tandatangan pihak sekolah.
Ada juga yang nak kena cop setem hasil ke, (setem hasil ini utk urusan ptptn) nanti pihak ptptn akan datang u selalunya :)
segera buat medical check up , tu semua kena siapkan awal-awal tu.
sediakan setem dan sampul jika perlu. Sediakan gambar lebih 8 keping.


Dokumen yang perlu dibawa masa pendaftaran: 
(bergantung pada U masing2-tengok syarat U anda ye)

-Salinan ic ibu bapa yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan ic sendiri yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan surat tawaran yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan medikal check up yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-gambar saiz passport (sebanyak yang mungkin)
-salinan surat beranak yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-borang pendaftaran tawaran kemasukan IPTA (dalam 3 copy)
-salinan sijil keputusan STPM yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan sijil MUET yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan sijil SPM yang telah disahkan (dalam 3 copy)

Dokumen dan barang yang perlu untuk kegunaan permohonan PTPTN:

-penyata pendapatan ibu bapa (jika tiada slip gaji) dalam 2 copy yang telah disahkan
-salinan slip pembukaan akaun bank islam yang telah disahkan
-salinan SSPN yang telah disahkan
-setem hasil 2 keping (beli di pejabat pos)
-salinan ic ibu bapa yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-salinan ic sendiri yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-borang perjanjian (boleh print kemudian, lepas mohon PTPTN)
-gambar siaz passport (beberapa keping)

INGATAN: SETIAP salinan hendaklah berserta dengan yang ORIGINAL..


5. Buka akaun bank

Sebelum nak masuk universiti memang pelajar dinasihatkan untuk buka akaun bank seperti bank Islam, Cimb atau sebagainya.
so sila buat persiapan awal je..hari Isnin dan Jumaat biasanya bank sesak..pilihlah hari lain yang sesuai supaya semua urusan berjalan lancar.


6. Barang-barang

Jangan fikir nak pinjam kawan ye. Ni semua kena prepare sendirian berhad ya awal-awal sem ni. 
Kita tak tahu macam mana keadaan di tempat baru.

sumber: [Di sini]
Jom check senarai barang yang perlu dibawa


- Tidur: Bantal, sarung bantal, sarung tilam, comforter, dll

-Keperluan solat/ agama : telekung ,sejadah, Al Quran,  surah Yassin, songkok.

- Komputer: Laptop, charger laptop, charger phone, pendrive, mouse, printer, dll

- Meja: Alat tulis, buku nota, kalendar, lampu belajar, fail, dll

- Bilik tidur: Jam penggera, handphone, dll 

- Makanan: Snek seperti biskut, minuman 3 in 1,minuman, dll

- Barang dapur: Jika hostel anda membenarkan pelajar memasak, rice cooker, kuali, pinggan, cawan, sudu garfu, pencuci pinggan mangkuk, dll

- Kelas: Kamus, Testpad, notebook, kalkulator, beg sandang

- Tandas: Barang mandi, berus gigi, ubat gigi, syampo, dll

- Ubat-ubatan: Jika anda memerlukan, panadol, painkiller, supplemen, vitamin, dll

- Barang keperluan : Make up, pin tudung, stoking, pengetip kuku, sikat, cermin, bedak, tuala wanita, dll

- Pakaian: Pastikan anda bawa bersama pakaian yang sesuai untuk ke kelas..baju kurung kemeja..blouse seluar slack...sediakan baju kurung putih,kain hitam ...seluar slack hitam, kemeja putih.

- Barang laundry: Pencuci baju, berus, baldi, softener, nila, dll

- Dokumen penting; IC, lesen, dokumen pendaftaran, medical checkup, dll

- Dan barang-barang lain yang dianggap perlu



Selamat memasuki institusi pengajian tinggi kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.
Semoga seronok di tempat baru.


##Merancanglah dengan berhemah...Nasihat untuk Syira juga..hehe

Never STOP Learning !

Assalamualaikum
hye semua :)


Wednesday, August 13, 2014

AIMIDA - Koleksi Dress dan Tudung Labuh buat Muslimah.

Assalamualaikum
hye semua.

Anda sedang mencari pakaian muslimah dan pelbagai rekaan tudung yang menarik?
Buat peminat butik online, kali ini Syira ingin mengajak anda untuk shopping di Aimida.
Aimida menawarkan pelbagai rangkaian pakaian muslimah dan juga tudung terkini yang menepati syarak :)
Aimida bukan sahaja menjual tudung yang pelbagai, namun Aimida turut menjual pakaian buat muslimah yang ingin kelihatan cantik dan menawan walau ringkas.


Ingin kelihatan cantik namun masih menutup aurat ? jom shopping di Aimida !
Tudung keluaran Aimida didatangkan dengan pelbagai saiz iaitu bidang 50,55 dan bidang 60.



Katakan sahaja warna yang anda gemari kerana di Aimida menawarkan lebih 20 warna untuk anda :D
nak beli borong pun boleh (lebih 10)
and 
kalau beli lebih dari 2 helai dan ke atas FREE POSTAGE !
:D Bestkannnn...

Buat muslimah yang meminati tudung bercorak..anda boleh dapatkan shawl labuh dengan bidang yang lebih besar di Aimida :D
pelbagai rekaan menarik dengan corak yang terkini ditawarkan dan pastinya akan menambat hati anda ^_^

Kelebihan tudung dari Aimida :

> Kain lembut tapi berat so tidak mudah diterbangkan angin.
> Mudah dibentuk.
> Sukar kedut.
> Pelbagai pilihan warna menarik.
> Selesa dipakai.

Material: Chiffon Georgette Tebal (tidak jarang setelah dilipat 2, so tidak memerlukan inner!)

Buat yang suka kelihatan menawan dan manis bak puteri , di Aimida anda boleh mendapatkan jubah dress yang terkini dengan warna-warna ceria !

Rekaan pakaian di Aimida ini menggunakan pelbagai jenis kain yang sesuai dengan cuaca di Malaysia serta berkualiti seperti chiffon, cotton dan lycra. 
Kain yang lembut,beralun, tidak panas dan yang pasti menepti syarak menjadi keutamaan dalam setiap pakaian yang dijual.

Inginkan dress dengan warna-warna lembut seperti warna pastel ?
di Aimida juga anda boleh mendapatkannya !


Pasti anda tertanya-tanya tentang harga yang ditawarkan?
Jangan bimbang tentang harga !

kerana anda boleh mendapatkan tudung labuh dan dress yang pastinya cantik dengan
harga mampu milik !
ramai pelanggan sudah berpuas hati dengan koleksi pakaian dan tudung di Aimida :D
apa tunggu lagi ?
jom shopping ! 

## Free postage if buyers come to collect items in Kuantan ##

Phone +60139144567 / +60148230230
Email : aimidaclothing@gmail.com

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah