"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, July 15, 2015

TERIMA KASIH sudi follow.

Assalamualaikum
hye semua :)

Buka je blog hari ni, Syira nampak bilangan followers 4444...waahhhh :D
alhamdulillah...setelah berblog selama 4 tahun 5 bulan..
makin ramai yang sudi baca coretan blog syira lokman.
mungkin bagi orang lain jumlah pengikut ni nampak sedikit, tapi merekalah yang setia baca entry Syira, komen di blog and diorang pembaca yang awesome !
Tq juga silent readers !
walaupun kadang-kadang malas nak update blog tapi gigihkan juga demi korang tau !
haa..sweet tak ? sweet tak ? hehee..


Alhamdulillah atas kejayaan blog Syira Lokman setakat ini.
TERIMA KASIH SEMUA !



Jom kita sembang, kenal-kenal.
Jangan lupa add and follow tau ^_^
Other than URL given, I do not own any other social media network.
Kalau ada pertanyaan, nak minta tolong atau nak Syira review produk, online shop, butik, tolong kumpul sumbangan/derma, sponsorship atau sebarang urusan, please PM or emel :D
insyaAllah i will help you :) Nak swap review di instagram pun boleh tau !
* Syira lebih aktif di fb !

Terus setia dengan blog ni ye :)
Doakan kejayaan dunia akhirat !
sayangg koranggg !


Tuesday, July 14, 2015

7 Tips Sebelum Pulang Berhari Raya.

Assalamualaikum
hye semua :)

Image result for pulang berhari raya.
Jumaat ni kita umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Cepatnya masa berlalu kannn...sebulan berpuasa, dah nak raya pula :D
Sekarang ini ramai Umat Islam sedang membuat persiapan untuk pulang ke kampung.
Semua teruja nak berhari raya bersama keluarga kan :)
Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Baca jangan tak baca...nanti Syira cubit siapa yang degil tu ! :P

Jom khatam beberapa tips ini ^_^ 


Maklumkan kepada jiran/polis

Pastikan sebelum nak balik kampung tu pesanlah dekat jiran untuk tengokkan rumah kita. 
Kalau jiran pun balik kampung jugak, bolehlah maklumkan dekat balai polis yang berhampiran. 
Ramai polis yang bertugas raya nanti.
Dapatlah polis buat rondaan...sian polis tak raya..hehee


Hentikan langganan akhbar/majalah

Ini bagi mengelakkan pencuri dapat mengesan ketiadaan orang di rumah.
 Kalau dah suratkhabar takda orang ambil dekat luar tu, mestilah pencuri akan tahu rumah berpenghuni atau tidak kan. 
Kalau tak nak hentikan juga..biar je la..sambil mencuri boleh pencuri tu baca surat khabar..dapat tambah ilmu.. :D
pencuri berilmu la katakan :D kot kot muka pencuri tu ada dalam paper..syok ooo pencuri tu tengok muka sendiri..glamour :D


Matikan semua suis dan gas

Bagi menjaga keselamatan harta benda, sila periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. 
Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut. 


Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci

Sebelum pulang ke kampung, sila pastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci.
Cara ini merupakan langkah berkesan untuk 
mengelakkan rumah dipecah masuk.
ni nanti tak pasal-pasal.lepas raya tengok rumah dah kena pecah...duit raya buat duit ganti barang rumah je laa :D 


Elakkan memasang lampu luar

Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar.
 Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah. 


Servis kereta

Ni perkara penting untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
Pastikan kenderaan anda dah diselenggara awal bagi mengelakkan berlakunya perkara yang di luar jangkaan :)
so boleh la pulang berhari raya dengan gembira..insyaAllah selamat sampai :)


Berdoa untuk kesejahteraan bersama

Sebagai umat Islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya dipermudahkan segala urusan kita. 
 Kalau tak yakin, tampallah ayat-ayat suci al-Quran 
dan letaklah poster ayat-ayat yang menjelaskan hal kematian, balasan akibat mencuri, seksaan dosa mencuri kat pintu pagar dan pintu rumah. 
Set sekali alunan bacaan Yassin. 
InsyaAllah... pencuri akan insaf...hehe

Image result for pulang kampung
Alhamdulillah..itu sahaja 7 tips sebelum pulang berhari raya dari Syira Lokman..
SELAMAT HARI RAYA :D
Hati-hati tauuu ^_^
siapa nak bagi Syira duit rayaaa...??? hahaa..orang memberi,kita menerima ye dakkk :P

MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY

Assalamualaikum
hye semua :)

jom support sambil beramal :D
KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK JOIN !


Sedikit pengenalan mengenai penubuhan projek Amal Till Jannah 

  1. Ditubuhkan pada 1hb Jan 2015 
  2. Pengasas ATJ: Pn Rosyamila binti Yunus 
  3. Misi ATJ: membantu anak2 yatim,tahfiz, umah org tua,fakir miskin, pesakit kronik,gelandangan, asnaf serta golongan yang memerlukan 
  4. Objektif - mendidik diri mendekati Allah swt dan Rasulullah saw melalui saluran sedekah 
  5. Matlamat Akan datang - meluaskn pelbagai program dakwah dn kerohanian di pelbagai daerah dan negeri melibatkn dari kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan 
  6. Harapan - harapan utama ATJ ialah untuk melihat kejayaan umat Islam dlm pelbagai bidang khasnya dr segi ekonomi,sosial dn politik dgn mengutamakan prinsip dn syariah Islam. Semoga ATJ menjadi medium bagi umat Islam menyalurkan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah swt.

1 JULAI - 31 JULAI
HADIAH MENARIK menanti 10 PEMENANG BERTUAH YANG AKAN DIPILIH OLEH ADMIN ATJ.

Antara Hadiah MENARIK yang disediakan :

Hadiah Pertama
1x Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)
1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM)
1x Buku Amalan Orang Soleh


Hadiah Kedua

1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM)
1x Sampul Raya ATJ
1x Buku Amalan Orang Soleh 


Hadiah Ketiga

1x Stiker Kereta ATJ
1x Buku Amalan Orang Soleh
1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) 


Hadiah Keempat - Kesepuluh

1x Buku Amalan Orang Soleh
1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah