"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, January 19, 2013

Peringatan utk saya dan awak :) - aurat..

Assalamulaikum..
hye semua ! :)

Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:


status yang diambil dari page: Hilal-AsyrafOfficial

Pernah dengar Islam berwarna lain? Islam yang berwarna lain itu adalah yang terkeluar daripada keaslian ini. Bukanlah ini bermakna Islam melarang kreativiti atau jumud. Tetapi kreativiti sepatutnya punya limitasi. Sekiranya tidak dikawal, maka ia akan terkeluar daripada kebaikan.

Contoh, penutupan aurat. Hari ini kita lihat, bagaimana dunia mempromosikan Islam berwarna lain ini dalam hal penutupan aurat. Islam mengarahkan agar aurat dijaga sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh. Tetapi kita dapat lihat bagaimana hari ini ada yang mempromosi tudung, bersama pakaian ketat, kemudian dikatakan itu fesyen Islam terkini. 

Saya ada terjumpa dalam satu majalah komik yang popular di Malaysia ini. Ada salah satu ahli kelabnya menghantar gambar pada majalah itu. Perempuan. Dia memakai tudung, kemudian berbaju ketat menampakkan bentuk tubuh. Apakah komentar majalah itu? 

"ya, inilah dia muslimah era terkini. Fesyen Islam yang rugged. Tahniah!" 

Ya. Begitulah kekeliruannya. 

Islam hanya diambilnya separuh-separuh pada bahagian yang disukainya sahaja, tetapi dinamakankeseluruhannya sebagai Islam hanya berdalilkan separuh yang diambilnya itu.


Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap...meliputi tatacara hidup dunia dan akhirat :)
Bila terasa ingin berubah, mulakan langkah, jangan berlengah ...Belum terlambat sayang :)
Niat boleh dipimpin.Tak perlu tunggu sampai seru, kita yang perlu mulakan dulu .
In shaa Allah, Allah pasti akan bantu .Saat kita nak berubah ada je dugaan..terasa "fesyen itu cantik" tp kita silap and yes..Syira pernah silap..Syira ta nak mati dalam pujian,tapi nak hidup dalam kebenaran !..ingat janji Allah ...kuatkan hati..berubah !..
Allah gives you pain to make you learn how to be strong.Stay positive,never give up and always be grateful ..
Jadikan masa lalu sebagai satu pengajaran yang membenihkan rasa keinsafan dan bukan satu alasan untuk tidak berubah...
Change your attitude, the way you talk, the way you behave, the way you think... It's not just about covering your aurat.. :) Girls....Your body is sacred. You’re far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too.. ^_^
Jom sama2 doa kita berubah dan beristiqamah.....Salah satu cara untuk istiqamah dalam penghijrahan adalah dengan memiliki sahabat yg selalu mengingatkan kita tentang agama :)

"Wearing tudung labuh, baju longgar, eeiy makes me look fat lah". Well I don't see how wearing ketat-ketat can make you look any skinnier...

###Don't use the "no ones perfect" excuse to carry on sinning...please..tell me if you know more ^_^ maaf if Syira silap..mohon tegur ye :) entry ini utk anda yg mahu berubah and utk diri Syira sendiri supaya hati Syira terus kuat !.. please dear..pray for me :)

2 comments:

Lady ★ Hanna said...

hehe.. cover ur aurat ;) thumbs up ;)

Amirah Raduan said...

syira di tag.. :)
http://hijaugreen91.blogspot.com/2013/01/segmen-khas-islam-itu-indah.html

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah