"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, July 1, 2014

Felixia Yeap peluk Islam 5 Ramadhan.

Assalamualaikum
hye semua !
Kisah sebenar Felixia Yeap dari imej seksi kepada berhijab
sumber gambar :google
Bekas model seksi, Felixia Yeap yang mencuri perhatian sejak kebelakangan ini apabila tampil berhijab dan menutup aurat telah membuat pengakuan bakal memeluk Islam pada bulan Ramadhan. 
5 ramadhan merupakan tarikh bagi Felixia untuk memeluk islam. 
Sudah pasti ramai yang bertanya kenapa 5 ramadhan. 
Bagi beliau tarikh 5 ramadhan adalah tarikh kesukaan Rasullah s.a.w dan juga tarikh kelahiran beliau.

"Saya tahu Allah bersama saya dan pasti dia akan membimbing saya. Saya tahu ramai kawan-kawan yang sisihkan saya sebab saya tampil berhijab dan peluk islam kata gadis cantik 28 tahun itu. Saya belum fikir tempat untuk saya lafazkan kalimah syahadah. Felixia juga akui sukar untuk puasa penuh tetapi beliau cuba untuk atasinya." -Felixia


Alhamdulillah..
bakal bertambah lagi seorang umat Rasulullah..
Syira ada follow page beliau dan syira terkesan dengan bait bait kata melalui penulisan yang beliau tulis untuk pengikut juga orang2 yang mengutuk dan mempertikaikan kisah silam beliau.
Kata-katanya sungguh sopan,tidak mengaibkan walaupun orng lain membuka semula aib beliau.
Kadang kala kita sendiri yang sememangnya Islam sejak lahir lagi kalau dah marah orang memang aib dibuka...kita memaki.

Hormatilah sesama manusia walau siapa pun dia sebelum ini :)
Ambil yang baik, perbaiki yang buruk. :)
Kita juga tidak sempurna.

Pakaian Muslimah lebih sejuk dan manis dipandang malah lebih dihormati semua terutama lelaki. 
Pakaian menutup aurat juga memberi ketenangan hati pada diri dan orang di sekitar berbanding pakaian yang seksi.

Semoga lebih ramai bukan Islam memilih untuk memeluk Islam 
dan 
Umat Islam itu sendiri berusaha untuk hidup dalam cara Islam yang sebenar benarnya :)

16 comments:

Eimma said...

sepatutnya kita bagi sokongan. bukan memberikan tekanan :)

Moga Allah jaga hati kita, dan hati mereka (^_^)

Ainim Rashihah said...

sama-sama kita doakan semoga Allah memberi hidayah buat Felixia

Lya Akif Imtiyaz said...

Alhamdulillah ..

ZaridaIshak said...

Alhamdulillah.
Semoga semakin kuat dan teguh imannya kepada Allah.

sitirohaida said...

alhamdulillah..bertambah umat islam...doakan yang terbaik untuk dia

sitirohaida said...

alhamdulillah..bertambah umat islam...doakan yang terbaik untuk dia

Anonymous said...

moga allah sentiasa memelihara imannya

Hani Rahman said...

Semoga Felixia tabah & terus istiqamah setelah memilih Islam ... Insyaallah ...

Lya Akif Imtiyaz said...

Semoga bellau akan lebih mendalami islam selepas memeluk islam nanti ..All The Best untuk beliau

Ismail N said...

Semoga beliau sentiasa mendapat hidayah dari Illahi. Tak lama lg 5 Ramadhan.

KHALID said...

Alhamdulillah, dpt menantu lah mak aku x lama lagi.. sobs :')


Jom ramai2 kita berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak XD




kimchaa said...

Moga felixia dipermudahkan segalanya. dan moga kita yang dilahirkan islam mengamalkan cara hidup islam

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah...

Unknown said...

semoga di cucuri rahmat dan di lindungi hati yang suci itu

Iola said...

alhamdulillah..seharusnya kita mendoakan yang terbaik untuk saudara2 kita..beliau insan terpilih :)subhanallah..

Iola said...

alhamdulillah..seharusnya kita mendoakan yang terbaik untuk saudara2 kita..beliau insan terpilih :)subhanallah..

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah