"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Friday, February 24, 2012

Gulai Taucu

Assalammualaikum
hye..

AGAIN! resepi baru lagi,maklum le,,tengah berjinak jinak belajar masak..hehee
saja nak share resepi dengan kamu semua,jom cuba !

IKAN MASAK TAUCU/GULAI TAUCU
lama dah Syira masak ni sebenarnye..
hehe..sekarang baru rajin nak share resepi..
jom la cuba! :D

BAHAN-BAHAN:


ikan
1 peket taucu
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 biji cili merah
halia
1 sudu teh asam jawa
air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :


1.Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng dahulu.

2.Mayang bawang merah , bawang putih, halia dan bawang besar. Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua jenis bawang tadi dan halia. Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar.

3.Terus masukkan semua taucu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa. Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.

4.Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.


SELAMAT MENCUBA !!

ni dah lama Syira masak..
first time masak untuk family..
selalu satu jenis lauk je,kali ni 3 terus! hehe
Telur sweet sour
sardin
Terung goreng cili
nak resepi ?? anda request,Syira bagi :D

#semua resepi dalam blog ni adalah resepi yang Syira berjaya masak dengan jayanya..hahaa :P
(ayat tak nak kalah!..)



10 comments:

Razil Tahir said...

Waahh... mengiurkan... :)

Anonymous said...

mak DM suka sangat masak gulai taucu..sebab dia suke taucu.,,DM plak x suke makan gulai taucuuuuu ..hahah

Syira Lokman said...

razil : hehe..jom try buat sendiri :D

DM: alahaiii..mkn la,sedap! ^_^

Aqilah Khairri said...

Hai cik syira :)
Aqilah follow sini #2030
Sudi-lah follow aqilah balik yee

http://aqilahberbicara.blogspot.com

Nmapak sedap. Boleh cuba ni nanti :D

Syira Lokman said...

aqilah : done..tq!
hehe..cuba la,,seronok memasak! ^_^

Mr.Sepet said...

sedaapnya ..

Syira Lokman said...

mr sepet : macam mne kmu boleh rasa?? haha..tgk gmbar je kann :P
tq !

KizZ said...

Okeh..malam ni jugak saya cuba..hihi

urm,jemput join contest Kedai Kiz "The OH!SEM tagline contest" yer,,

Princess Feyqa said...

nyum3 sedapnyee :)
terliur plak fiqa! huuu

Syira Lokman said...

KizZ: heheh..good! :D

Princess Feyka : hehee...so kena la try buat sendiri :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah