"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Sunday, March 30, 2014

Kelebihan berzikir.

Assalamualaikum
hye semua :)



Kelebihan berzikir.

  1. Menjauhkan diri daripada syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
  2. Menyebabkan seseorang cinta kepadanya.
  3. Menjauhkan rasa kegelisahan dan kesedihan hati.
  4. Menjadikan hati lapang, gembira dan berseri-seri.
  5. Menguatkan tubuh dan hati.
  6. Menjadikan cahaya dalam rumah dan hati.
  7. Menarik rezeki.
  8. Dengan berzikir, lidah seseorang jauh daripada ucapan-ucapan keji seperti mengumpat, memaki, berbohong, perkataan kotor dan juga perkataan sia-sia.
  9. Dengan berzikir, seseorang dapat mencapai kemajuan dan kejayaan.
  10. Nur zikir sentiasa bersama orang yang berzikir.
  11. Dalam hati manusia, ada bahagian yang boleh subur hanya dengan berzikir
  12. Zikir adalah ubat penyakit hati.
  13. Zikir adalah sumber kesyukuran.
  14. Yang paling mulia antara orang yang bertakwa di sisi ALLAH adalah orang yang asyik berzikir, kerana balasan takwa adalah syurga, sedangkan balasan zikir adalah penyertaan ALLAH.
  15. Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
  16. Zikir memurahkan rezeki.
  17. Mendekatkan diri kepada ALLAH bagi membuka pintu segala kebaikan.
  18. Menghilangkan kegelisahan dalam hati.
  19. Membersihkan hati daripada segala kekotoran dan penyakit.
  20. Menghapuskan dosa-dosa kecil dan maksiat kecil.
## Banyak lagi kelebihan berzikir, Syira share 20 yang terpilih..hehe..
Jom sama sama kita berzikir :)


8 comments:

sHaRiNa eLyaNa said...

Assalamualaikum
btul2 thnks for sharing
dlu klu tkut kena mrh ole arwah bapa sha sbb balik lwt, sha akan berzikir disepanjang jalan, alhamdulilah dgn zkir tu, bapa sha xmrh pun :)

tulah klbhn zikir kan..

ZULHILMI TEMPOYAK said...

thanks sharing.. :)

Fatihah Azanan said...

Nice sharing. Semoga bermanfaat untuk diri saya :D

Wafi Remli said...

"Ala bizikrillahi tatmainnul qulub"

msredcheesecake said...

benda paling senang dibuat, tapi kita saja susahkan

mselim3 said...

Assalammualaikum.. syira,

terima kasih atas info dan perkongsian zikir nie...

mselim3

Lya Akif Imtiyaz said...

Bersama kita mengamalkan zikir ...
Satu amalan yang baik untuk kehidupan kita ..Insyaallah ..

Unknown said...

Rasa dekat ngan Allah swt.. =)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah