"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Saturday, May 17, 2014

Saya takut KUCING !!

Assalamualaikum
hye semua !


Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini, seperti di dalam gambar.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.

Aneh bukan?


##Kalau Syira macam mana ? Syira tak takut kucing tapi kucing yang takut dengan Syira..hehe...
Syira dekat dengan kucing boleh tapi kucing tu suka pandang Syira semacam...
...suka rapat2..panjat2..
suka buat Syira terkejut..bila Syira terkejut, Syira takut laa..hehee..

sumber : facebook.

11 comments:

Cikla Shahril said...

Salam. Akk mmg dr kecik geli kucing. Bkn takut. Lebih kpd geli sbnrnye. Pernah dulu masa kecik sampai demam2 pasal kucing nk kejar akk mase akk pgg ayam goreng. Kelakarnya bila pikir balik. Tp smpai skng masih lagi fobia dgn kucing.. lg2 kucing yg jenis manja suka gesel2 ni.. hehe

Syaza Raihanah said...

Thats true. Kucing ni suka datang dekat orang yang takut dengan kucing. Sebab Syaza sendiri alami situasi tu. Saya takut kucing!! :D

Bahrain said...

Yang kelakonya kawan lelaki aku pun aku takut kucing inikan lagi nak pegang. hahaa

MISSNICK said...

Akak pun suka kucing....nak bela sangat2 tapi sebab selalu keluar pagi balik malam...weekend pun keje...kang ada kucing stress memberontak dalam rumah hehe..

Yaya Mohd said...

betulll...
setuju sgt..cam Yaya la..tp yaya bukan fobia dgn kcing, cume tkut nak dekt..risau lau tetibe dia wat hal,cakar tetiba kang..huhu

tp mmg kcing tu ttp nak mengade ngn kite even kite nak jaoh kan diri dari dier.. ;p

Humaira Lee said...

saya pun takut dengan kucing. hehehe..

Sal Bee Yah said...

Erm...betul tu syira, kucing memang suka 'buli' orang yang takut kat diorang. Klo orang yang suk dok panggil-panggil dia buat tak tau je

Anis Amir said...

Oh macam tu ke ?? Eh ! Betul lah Kak Syira ^^ Mak Anies memang takut sangat dengan kucing. Anies ada bela sekor kucing kat rumah. Yang si gebu tu kejar, bukan tuan dia, tapi yang takut nak dekat dengan dia =='

Lya Akif Imtiyaz said...

TAKUT KUCING ??? Akak tak takut tapi ada perasaan geli sikit bila terkena kat bulu kucing huhuhu ...

Wafi Remli said...

mungkin

Wafi Remli said...

ilmu psikologi kucing la nh

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah