"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Tuesday, May 27, 2014

PENGALAMAN ujian dan temuduga Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di UM.

Assalamualaikum
hye semua !

Setelah sekian lama meninggalkan anda dengan entry autopublish..hari ni alhamdulillah Syira masih berkesempatan menulis buat kalian pembaca setia blog Syira Lokman.
23 dan 24 Mei 2014 Syira telah menghadiri satu sesi ujian dan temuduga untuk kemasukan ke Universiti Malaya bagi Program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling yang bertempat di Universiti Malaya
Untuk tahun ni seramai 42 pemohon terbaik akan dipilih untuk menjadi pelajar UM bagi jurusan Kaunseling. (sumber-Orang yang interview Syira..hehe)


23 Mei merupakan hari Jumaat dimana pada pagi tersebut diadakan ujian di Dewan Peperiksaan.
Alhamdulillah..lebih kurang ujian MEdSi juga :)
Ujian ni untuk sesiapa yang memohon Kos Kaunseling dan Pendidikan awal kanak2. :)

Hari Sabtu petang pula, barulah diadakan temuduga.
Jom ! Syira share pengalaman temuduga pula :)


Family dan anak2 yang bakal ditemuduga ditempatkan dalam auditorium untuk sesi pendaftaran.
Mula2 kami didendangkan dengan lagu-lagu indah dari radio apa ntah, Syira pun dah lupa..hehe..
Sementara menunggu nama dipanggil tu, pihak urusetia bagi kami tengok wayang :D
Haha..cerita dolo doloo..3 ABDUL :D
Mengekek je orang dalam auditorium ni..siapa tak terpesona dengan filem P.Ramlee kann..
setiap babak boleh ingat :D

Ada banyak kos lain yang adakan sesi temuduga pada hari yang sama dan setiap kos dua bilik disediakan.
Dalam satu bilik hanya ada seorang je yang bakal menduga kita dengan soalan2 yang agak mencabar :D

Semasa nama dipanggil,Syira masuk ke bilik temuduga dengan ayu dan lembutnya..hahaa..
senyum-senyum manis gituww :P kali ni pakai baju purple..
actually baju yang sama semasa interview di USM.
Biasa la, sebelum masuk, ketuk pintu bagi salam dan ucap selamat sejahtera bagi non-muslim. 
Tapi Syira bagi salam je sebab yang interview Syira tu hanya seorang perempuan Islam :)
Serahkan sijil-sijil yang ada dan duduk bila disuruh.

Bermulalah sesi sembang-menyembang @ temuduga Syira.
Temuduga ni menggunakan bahasa melayu :D

(semua orang tak dapat soalan yg sama tau)


Antara soalan yang ditanya ialah :

  1. Latar belakang. 
  2. Kenapa pilih kaunseling ?
  3. Siapa motivator yang awak suka dan kenapa ? 
  4. Apa kekuatan awak ? (ceritakan kelebihan dan jawatan yang pernah disandang ye)
  5. Macam mana nak atasi pelajar yang tak nak belajar / tak berminat dengan subjek tertentu?
  6. Kalau dah bimbing pun dia tak nak macam mana? (tetapkan matlamat)
  7. Iktibar dari peristiwa MH370 (hargai orang disekeliling kita,syukur dengan hidup ini..kita tak tahu bila kita akan pergi so buat sesuatu /jadi yang terbaik untuk orang yang kita tinggalkan)
  8. Apakah sumbangan awak / apakan yang akan awak lakukan sekiranya terpilih menjadi pelajar Universiti Malaya?
Yang dalam kurungan tu jawapan yang penemuduga tu nak ya, macam mana Syira tahu ?
sebab lepas jawab dia beritahu apa yang dia nak and kita perlu tahu :)
Dia akan ulas semula,biasala nak jadi kaunselor kan.. :)
Selagi tak dapat point yang dia nak, 
selagi tu dia tanya sampai kita kata "maaf,saya tak pasti/tak tahu"

Setiap orang berbeza soalan..dapat penemuduga pun jenis yang berbeza karakter.
so kira nasib la dapat soalan senang or susah. :)
Bagi Syira soalan-soalan ni masih oke :)
Alhamdulillah..
setiap soalan dapat point yang di nak, cuma nombor 6 tu je tak terfikir pasal matlamat.

Soalan nombor 5,6 dan 7 tu soalan berantai tau..
lepas soal , anda jawab, soal lagi and anda jawab lagi sampai 
penemuduga puas hati dengan jawapan anda :)

Ini pengalaman Syira sendiri ye..yang interview tu perempuan...
bilik lagi satu lelaki tak tahu pula cara beliau bagaimana..
apapun..terima kasih semua yang mendoakan :)

All the best juga !

Syira kongsikan pengalaman Syira supaya yang bakal ditemuduga nanti lebih bersedia . :)
so,all the best kepada yang bakal ditemuduga..hehe..
yang penting, cakap and yakin !
insyaAllah..andai Allah kata ini rezeki ,kita akan dapat juga . :)
Usaha je,biarkan Allah tentukan rezeki kita :)



18 comments:

drshikinzainal @ ekin said...

Nervous kalau nak kene interview.
Jom join sini..
http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/kuiz-medical-1-by-dr-shikin.html

Anonymous said...

Ujian bertulis berbentuk esei ka? :)

Syira Lokman said...

lebih kurang MEdSI..tak ada bertulis..just tanda jawapan ya atau tidak..setuju tak setuju..bulat2 je :)

Azwar Syuhada said...

Bestnya..Awar tak dapat yang interview punya la..sedih jer.. Ehhhh,, syira sebelum ni form 6 ke? Sebab umur Sira dengan Azwar sama..

Lya Akif Imtiyaz said...

Semoga berjaya ya Syira ..

Lokman said...

semoga berjaya terpilih.. insya allah. :)

Azlina bt. Azis said...

lega sudah ye

Eimma said...

hheheh.. sekarang semua benda nak ditemuduga kan :) so, kene well prepared lah ...hihih

Syira Lokman said...

aah ann..sekarang ni siapa da ujian and temudug lagi..hehe..tpe la..utk masa depan :)

syira dlu form6 azwar :) sama ye??

terima kasih semua..doakan syira tauu

Unknown said...

good luck...

Azhafizah MN said...

nervous sangat kalau diinterview kan..apepun just buat yang terbaik :)

Unknown said...

Alhamdulillah...seronok dgr pengalaman syira....tq sgt2 krn at least dpt membntu org lain kan....last2 sekali..syira dpt tawaran u mana ya?

Unknown said...

Interviewer tu tanya dalam bahasa melayu?

Syira Lokman said...

@Sitihamnah Daud skrg syira pelajar tahun 2 kaunseling di UM :)

Syira Lokman said...

@Ryna Tiffany YUP ! SOALAN BM OR BI BERGANTUNG PD DIORG :)

Unknown said...

salam sis syira. can i get your email address?

Syira Lokman said...

@nurain razaks sure :) syiralokman21@yahoo.com.my

Anonymous said...

salam sis..interview saya esok..saya nak tanya penemuduga akan tanya dalam bm or bi?mostly?saya cuak ni..

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah