"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, August 18, 2014

Resepi Ayam masak sos tiram.

Assalamualaikum
hye semua :)
Main Masak-Masak
gambar dari google..nak gambar sebenar tunggu di facebook ye..
phone ada masalah sikit..
and warna asal gelap sikit.
Bahan-bahan:

 Ayam dipotong kecil (lebih sedap bahagian tulang dan kulit)
2 camca besar minyak masak
bawang putih dihiris nipis
1 tangkai cili merah dihiris
1 ½ cawan air
1 camca besar Sos Tiram 
1 camca teh Kicap Pekat Manis
4-5 tangkai Daun Kesom.

*tepung jagung jika perlu


Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih. 
2. Masukkan ayam dan goreng 5 minit atau hingga hampir masak. Masukkan air.
3. Kecilkan api dan renih. 
4. Kacau sekali sekala hingga ayam lembut dan cukup masak. 
5. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
6. Masukkan cili merah dan daun kesom.
7.Masak hingga kuah pekat. *masukkan tepung jagung jika perlu

SELAMAT MENCUBA ^_^

##boleh guna bahan lain seperti daging ata sayur-sayuran :)

17 comments:

Anonymous said...

Thnks for sharing..menarik, boleh cuba pas ni.

Unknown said...

sedapnya..yummy2.. ^_^

norhasnizakhalid said...

sedapnya yunk...

✿INA AINAA✿ said...

Semua bahan ada, nak masak malam ni juga.. yes!! Tengah lapau ni, sanggup ku buat apa sahaja

Lya Akif Imtiyaz said...

Sedap ni ..boleh la belajar nanti ..hehehe

Unknown said...

boleh apikasi sedap dan resipi mudah..

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah pagi selasa dik Syira...wahh...sedapnyer ayam masak sos tiram tu..nak cuba resepi ni jgk...boleh...hehe..

sitirohaida said...

sedap..boleh try nanti

::EIDA:: said...

xpernah lagi masak sos tiram salunya guna sos tiram time nak goreng mee je kekekkeee.. nnti leh try!

ZaridaIshak said...

nampak macam sedap dan bahannya senang, mudah nak masak nie.

Mama said...

suka resepi guna sos2 ni.senang dan cepat.ekeke

Dayang Deno said...

alamak tak boleh makan sos tiram

memmetlenggeng said...

eh...tiba-tiba ada resepi, bagus syira ni..boleh buat macam-macam

Unknown said...

Sedap. Nk try buatlah. Sebelum ni tak letak daun kesom pun

Iola said...

hee ley upgrade jadi ladna ni :D

izzeyda said...

simple dan menarik resepi nih..

Mimie said...

sedapnye..nyum nyum

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah