"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Monday, May 4, 2015

Dunia kreatif di Muzium 3D Art of Paradise Langkawi

Assalamualaikum
hye semua !

Syira update blog lagi ! hehe...alhamdulillah..masih bernyawa blog ni walaupun tuannya sibuk memanjang...
banyak entry tersimpan dalam draft sebab kekangan masa tapi insyaAllah..slow-slow Syira update supaya korang tak bosan tengok entry sama je dalam blog ni kan..
korang nak tau tak...cuti midsem lepas Syira and family bercuti selama 3 hari 2 malam di langkawi ! :D Rabu,Khamis, Jumaat..
ni kali ke 4 Syira ke Langkawi sebenarnya, 3 kali dengan family, sekali dengan rombongan sekolah.
so misi kali ni adalah pergi tempat yang belum pernah pergi sebelum ni.
Antara tempat yang awesome untuk dilawati adalah ART IN PARADISE LANGKAWI ! 

Muzium 3D Art of Paradise Langkawi di Oriental Village, merupakan muzium seni tiga dimensi kedua terbesar di dunia.
Muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat itu terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.


ni lukisan dinding yang paling Syira suka sebabnyaa...cantik !
sebenarnya semua cantik tauuu..excited tengok !
indahnyaa lahaiiii..kalau la tangan ni sekreatif pelukis tu...hahaa..


best tau tak tempat ni...lawaaaaaa sangat lukisan dinding tu...rasa nak je rumah macam ni..hehe..
paling syok, Syira and family pergi weekdays..so tak ramai orang...kalau pergi time cuti..makkk aiii..kome nak bergamboo pun nunggu lee turn, sebab ramai beno..
rezeki Syira pergi hari orang lain sibuk bekerja...so masuk je muzium tu...tonggang terbalik le baring bergamboo :D


tengokk kome oiii..muncung ikan ni..amboiii...merah mak ngah ! 
ingat dia sorang je ada muncung gituu,syira pun ada tauu! hahaa..


kat dalam ni..kita akan melawat zoo ala-ala A Famosa gitu sebabnya zoo kat sini haiwan-haiwan hidup bebas, takde dalam sangkar...relax je pegang gajah..


ni namanya encik rukruk@berukkk ..ntah tak tau la kenapa pose rupe tu..

haa..kan Syira cakap zoo kat sini best...siap boleh pegang zirafah okee..
manja manja je dengan zirafah ni..maklum la pencinta haiwan :P
Syira teman zirafah minum air..


alaaaa..korang...
kte maluuuuu...tiba tiba tengah syok jenjalan...ada pula banyak photographer jerit-jerit panggil nama kte..siapa tangkap gambar banyak banyak..
haii..bercuti pun orang kejooo :P


lepas berangan jadi retisss, masuk pula alam bunian.
eh !
alam fantasi ala ala cinderella...sebelum ni dah jadi mak tiri cinderella, kali ni berangan la pula kenkonon princess di alam fantasi gituwww.. 


di pertengahan jalan, bertemu ibu tiri cinderella, muka tak boleh nak sombong lagi ke omak oiii??
oiii..ada anjing hitam pula, maaf ye..tak boleh pegang...
nanti viral, tak pasal pasal retis balikkk :P



rezeki ! rezeki !
kte jumpaaa duit laa dalam ni..syok laaa kome oiii..boleh shopping di Zmar Apparel Shoppe
baju and tudung best best banyak tau di Zmar Apparel Shoppe :D
*sempat promote :P


harap-harap la ada putera raja sedang tunggu Syira..semoga ketemu jodohku..hahaha



Bila datang Langkawi, korang perlu terjah Art in Paradise ni tau...sangat best and korang akan sedar kreatifnya tangan yang dicipta Allah buat manusia, yes..ia nikmat if digunakan sebaiknya :)


Terima kasih sudi baca dan support Syira ^_^


7 comments:

Umi Nazrah said...

menarik nya! makin banyak tempat best kat Langkawi dah sekarang. rindu pulak nak p :D

sitirohaida said...

x sure pergi awal tahun lepas dah ada lom muzium ni...ketinggalan la nampaknya kan

Ainim Rashihah said...

lama tak pegi langkawi..so xtau apa je yg ada kat sana

amie farhana said...

salam kenal ,cantik betul .harap sangat nanti dapat jejak kaki dekat langkawi .
jemput la datang blog baru amy http://luahanfarhana.blogspot.com/

arysha_fayyadh said...

Assalam syira,
masa akak pi langkawi ritu tak tau pun ada tempat ni
sob3
nak kena repeat langkawi :)

izzeyda said...

cantik dan menarik.. ntah bila laa dapat ke sana.. member2 ramai dah sampai..

Unknown said...

Cantik lukisan 3D tu.. teringin plak nak pegi Langkawi.. :)

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)
Daisypath Anniversary tickers

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah